Anda di halaman 1dari 3

Warisan keluarga merupakan identiti yang diturun dari satu generasi ke satu generasi tidak kira dari segi

barang pusaka mahupun kemahiran. Dalam keluarga saya, warisan yang ada dalam keluarga saya adalah tikar mengkuang yang dihasilkan oleh nenek saya yang bernama Tuminah Haji Adan. Maksud Warisan Warisan adalah bermaksud aspek-aspek sejarah dan peninggalan lama dalam bentuk benda (ketara) dan bukan-benda (tak ketara). 6 Warisan Ketara meliputi tapak tanah bersejarah, monumen, bangunan atau sesuatu yang tidak boleh dipindahkan; artifak iaitu bahan kebudayaan yang boleh dipindahkan termasuk batu nisan, tekstil, ukiran kayu, manik, manuskrip. Warisan Tak Ketara meliputi ilmu, kepakaran, tradisi lisan, nilai-nilai adat dan kebudayaan, bahasa & persuratan, acara perayaan, ritual & kepercayaan, seni persembahan, seni tampak, seni perubatan tradisional, sukan dan permainan tradisional. Alam semula jadi. Pengertian kebudayaan, kesenian dan warisan seperti diberikan di sini adalah berbeza daripada pengertian yang diberikan dalam pengajian antropologi-sosiologi. Walaupun mungkin para ilmuan tidak menyenangi dengan tafsiran ini namun dapat dihujah, sama ada suka atau tidak suka, inilah konsep kebudayaan, kesenian dan warisan daripada perspektif rasmi pihak kerajaan, khususnya KEKKWA.

ANYAMAN TIKAR MENGKUANG.

Seni anyaman tikar mengkuang adalah kemahiran yang diwarisi sejak zaman berzaman tanpa adanya suatu dokumentasi lengkap berhubung teknik atau kepelbagaian corak atau kelarai uniknya. Dikatakan, terdapat lebih daripada seratus kelarai yang berlainan. Kemahiran untuk mewujudkan kelarai-kelarai yang berlainan atau kombinasi kelarai-kelarai tadi sudah tentu memerlukan ketelitian dan kemahiran menganyam yang sangat tinggi. Selain itu, proses anyamannnya dibuat secara manual dan memerlukan ketelitian & daya tumpu yang hebat. PROSES MENGANYAM TIKAR 1. Memilih dan memotong daun mengkuang mentah. Panjang daun yang dikerat bergantung kepada saiz tikar yang ingin dibuat. Biasanya ianya dipotong dalam ukuran 3 kaki sehingga 8 kaki.

2. Selepas dipotong, duri tengah daun mengkuang tadi akan dibuang dengan menggunakan pisau kecil. Daun-daun yang dikerat berdasar anggaran tadi akan dikerat sekata sekali lagi berdasarkan saiz sebenar ukuran tikar yang akan dibuat.

3. Kedua-dua belah duri tepi dibuang, daun mengkuang akan dibelah bergantung kepada saiz bilah yang ingin dihasilkan.Selepas itu,bilah-bilah mengkuang atau mengkuang yang telah dikecilkan saiznya akan direbus untuk membuang klorofil.

4. Mengkuang yang telah dinyah klorofil akan direndam ke dalam air selama 2 malam.Setelah direndam, bilah-bilah mengkuang akan dijemur sehingga kering selama satu atau dua hari. Bergantung kepada warna yang ingin dihasikan,bilah-bilah mengkuang sekali lagi akan direndam di dalam cecair pewarna untuk menghasilkan bilah-bilah yang pelbagai warna.

5. Sekali lagi,bilah-bilah yang telah diwarnakan dijemur dan dikeringkan.

6. Seterusnya, tikar akan dianyam dalam pelbagai corak atau kelarai. Seorang tukang tikar yang mahir boleh menggabungkan 4 atau 5 kelarai dalam sebuah tikar. Tikar yang telah siap akan dikemaskan hujungnya dengan membuat cara Lepih atau Tulang Belut. (rujuk gambar-gambar tikar dibawah).