Anda di halaman 1dari 2

BIL AKTIVITI 1 Kawalan Kelas

Permulaan Pengajaran

TINDAKAN GURU Mengarahkan pelajar supaya memberI perhatian semasa proses pembelajaran berlangsung. Meminta agar pelajar bertanya soalan sekiranya tidak memahami topik yang dipelajari. Sesi pembelajaran dimulakan dengan membaca doa yang dipimpin oleh ketua kelas. Guru memperkenalkan diri kepada pelajar. Guru memulakan sesi pembelajaran dengan menyampaikan sebuah cerita tentang sirah Nabi Muhammad S.A.W. untuk menarik perhatian pelajar. Guru menyuruh pelajar menulis beberapa perkataan yang di sebut dalam cerita yang telah disampaikan oleh guru. Guru menyenaraikan 10 perkataan dari cerita tersebut. Guru mengarahkan pelajar menulis dalam tulisan jawi. Guru membantu pelajar dengan memberikan tips-tips menulis jawi yang mudah.

RESPON PELAJAR Pelajar dapat dikawal dengan baik. Pelajar bersedia dan bertindak mengikut arahan guru. Pelajar memberi sepenuh perhatian.

Perkembangan Pengajaran

Pelajar bertindak dengan mengambil buku latihan dan melaksanakan tugas yang diberi. Pelajar mula menulis dan berbincang bersama rakan

Penilaian Pengajaran

HASIL Daripada proses pembelajaran yang telah dijalankan. Guru dapat melihat masih terdapat banyak kelemahan pelajar dalam jawi. Pelajar masih keliru dengan kaedah penggabungan huruf-huruf jawi. Pelajar masih lemah dalam mengeja beberapa perkataan yang diberikan guru. Pelajar kelihatan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran seterusnya. Guru berharap agar dapat membantu pelajar untuk menangani masalah-masalah pembelajaran pelajar dengan menggunakan kaedah-kaedah yang lebih mudah

Penutup

difahami. Di samping itu, guru mengharapkan pelajar terus member perhatian dan bersungguh-sungguh untuk memahami tajuk yang dipelajari.