Anda di halaman 1dari 6

Petua Untuk Mencerahkan Kulit Beras pulut diakui khasiatnya sejak turun-temurun.

Orang tua-tua dahulu menggunakan pulut goreng yang ditumbuk halus, dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur. Ramuan ini digosok seminggu sekali pada seleruh badan. Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggal...kan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Cara-Caranya: 1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat. 2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. 3. Biarkan lumuran tersebut separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan. 4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin. 5. Untuk hasil yang terbaik amalkannya 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

Petua Untuk Wanita Sentiasa Cantik dan Manis

Rajin Bersenaman - Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit anda akan lebih cantik dan berseri-seri. ... Merokok Mempercepatkam Penuaan Merokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap rokok, bahan-bahan kimia merbahaya akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda. Makanan Berlemak Mengundang Masalah Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana, lemak tepu yang biasanya melekat pada saluran darah akan meningkat sejajar dengan peningkatan usia anda. Sesungguhnya, penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda. Penjagaan Tulang Penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D amat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Amalkan juga senaman seperti jogging untuk menguatkan tulang anda. Makan Rempah Ratus - Memakan rempah ratus dalam bentuk serbuk amat mujarab dan berkesan jika anda campurkan sedikit madu dengan telur ayam kampung. Rempah ratus berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Bahanbahannya seperti akar telunjuk langit , akar Siti Fatimah, tongkat Ali, akar tutup bumi, bunga pakma dan akar seringan. Daun-daun akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan. Setelah itu dijemur sehingga kering dan sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum, dijadikan serbuk atau dimasukkan dalam kapsul.

Petua Menghilangkan Bekas Jerawat

Pilihan 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. ... Pilihan 2: Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu. Pilihan 3: Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Bersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu. Pilihan 4: Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering. Pilihan 5: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam. Pilihan 6: Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Pilihan 7: Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Petua Melangsingkan Badan dan Menghancurkan Lemak Pilihan 1: Sebiji peria dikisar bersama secubit garam dan air. Tapis air dan simpan di dalam peti sejuk. Minum air ini setiap pagi disertai selawat. Pilihan 2: Tiga potong halia ditumbuk dengan sedikit jintan manis dan jintan putih bersama beberapa biji lada hitam. Masukkan ke dalam 1/2 gelas air suam dan tapis serta ditambah 1/2 gelas lagi. (Amalkan 2 kali sehari) Pilihan 3: Perahan air asam jawa dicampur sedikit madu bertujuan menghancurkan lemak/membersihkan kotoran dalam badan juga melawaskan sistem perkumuhan.

Petua Untuk Kuruskan Badan 1. Kurangkan berat badan anda secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kg ke 1.0 kg dalam seminggu. Biasanya 0.5 kg adalah angka yang mampu dicapai oleh kebanyakan orang. Tetapi jangan terlalu memaksa jika anda tidak berupaya mencapai sasaran awal. Disiplinkan diri dan lakukan secara beransur-ansur. 2. Jangan amalkan sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doctor. Ada banyak risikonya. 3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Juga, kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. 4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut cream crackers dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan. 5. Banyakkan minum air mineral. 6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari. Sebagai contoh: Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi, Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi), Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang) Minum petang (3.30 - 4.00 petang) Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam) Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tidak menjadi hal. Ikut keadaan dan kesesuaian anda. 7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan TV. 8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya, supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi. 9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik

teringatkan makanan. Sebagai Contoh: Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari. Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari: a) 10 minit untuk setiap sesi. b) Buat 10 minit di waktu pagi c) 10 minit pada waktu tengahari d) 10 minit sewaktu petang. 10. Rehat mesti secukupnya. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.