Anda di halaman 1dari 5

kepentingan teknologi robotik dalam pembangunan Negara i.

Bidang perubatan

Penggunaan robotik membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai jenis penyakit. Misalnya, teknologi robotik dapat mendiagnosis pertumbuhan kanser. Selain itu, penggunaan robotik juga penting dalam operasi pembedahan. Teknologi robotik membantu doktor menjalankan operasi pembedahan dalam bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dijalankan dengan tangan.

ii. Bidang ketenteraan


Hal ini dapat dijelas apabila teknologi robotik membantu tentera mengesan bom, periuk api dan sebagainya. Teknologi robotik juga memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan. Dengan ini, tentera dapat mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh. Oleh itu, teknologi robotik dapat meningkatkanketahanan dan pertahanan negara.

iii. Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Teknologi robotik dapat membantu para saintis menjalankan penyelidikan saintifik. Kajian kimia turut disokong oleh teknologi robotik. Buktinya, kajian ini telah menghasilkan banyak bahan kimia seperti baja kimia yang dapat meningkatkan hasil keluaran pertanian. Selain itu, kajian nuklear dapat dijalankan hasil daripada kegiatan (R&D) yang disokong oleh penggunaan robotik. Kajian nuklear bukan sahaja dapat digunakan dalam penjanaan kuasa tetapi juga menghasilkan bahan meletup seperti bom Atom yang penting dalam bidang ketenteraan. iv. Bidang ekonomi Negara Teknologi robotik penting dalam perindustrian sebagai jentera-jentera yang dapat meningkatkan pengeluaran barang. Hal ini demikian, kerana teknologi robotik dapat berfungsi dengan cepat, berkesan dan efektif. Selain meningkatkan pengeluaran barang, teknologi robotik turut meningkatkan mutu dan kualiti keluaran dan setanding dengan piawaian antarabangsa. Penggunaan robotik juga penting dalam bidang pertanian apabila robotic dapat berfungsi sebagai pembajak dan penuai yang berkesan.

RoboPanda mampu melakukan pelbagai aksi seperti merangkak pada keempat-empat kakinya dan kembali kepada posisi duduk. Direka tanpa menggunakan alat kawalan jauh, ia boleh di kawal dengan melalui sentuhan dan suara.

Pelayan Robot Di Thailand sebuah restoran menggunakan robot untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan. Di restoran itu, pelanggan yang ingin memesan makanan hanya perlu menyentuh skrin sentuh yang terletak di badan robot berkenaan dan robot berkenaan akan bertindak balas menghantar pesanan itu kepada tukang masak. Setelah tukang masak menyiapkan makanan yang dipesan, robot berkenaan akan menghantar makanan tersebut kepada pelanggan.