Anda di halaman 1dari 2

DIALOG CERITA KAWAN BAIK

Lebah : Hai rama-ramai..awak sedang buat apa? Rama-rama : Oh lebah! Saya sedang mencari makanan. Lebah : Saya pun mahu mencari makanan juga. Mari kita cari makanan bersama-sama. Rama-rama : Boleh juga.. Tapi apa kata kita ajak kumpang dan pepatung juga. Setibanya di rumah pepatunglebah memanggil pepatung..

Lebah : Pepatung oo pepatung.. kamu ada di rumah tak? Pepatung : Ya, saya ada, tunggu sebentar. Ada apa kamu memanggil saya lebah? Lebah : Saya dan rama-rama mahu mengajak kamu mencari makanan tapi sebelum itu kami juga mahu mengajak kumbang tentu dia juga sedang lapar. Pepatung : Baiklah, jom kawan-kawan.

Setelah tiba di rumah kumbang, rama-rama memanggil kumbang..

Rama-rama : Kumbang oo kumbang..kami mahu mengajak kamu pergi mencari makanan di taman. Kumbang : Kebetulan pula, saya juga sedang lapar. Jom!

Mereka pun bersama-sama terbang menuju ke taman untuk mencari makanan. Pada keesokkan harinyakumbang, pepatung dan lebah ke rumah rama-rama.

Kumbang : Rama-rama mari kita ke taman. Kami mahu mencari makanan dan bermain di sana. Rama-rama : Maaflah kawan-kawan saya sakit dan tidak larat untuk terbang mencari makanan. Pepatung : Tidak apalah rama-rama kasihan awak, biarlah kami yang carikan makanan makanan untuk awak supaya awak cepat sembuh awak rehatlah di rumah.

Mereka bertiga pun menuju ke taman dan mencari makanan yang banyak untuk ramarama. Kemudian, mereka kembali ke rumah rama-rama.

Lebah : Rama-rama kami datang membawa makanan untuk kamu. Kamu makanlah supaya kamu cepat sembuh. Rama-rama : Terima kasih kawan-kawan. Kamu semua memang baik hati kerana sudi menolong saya. .