Anda di halaman 1dari 23

BAHASA MELAYU

PMR
KERTAS DUA
02/2
Bahasa Melayu Kertas 2 terbahagi kepada 4
bahagian soalan.

Bahagian A (i) – Ringkasan


Bahagian A (ii) – Pemahaman
Bahagian B – Karangan Rangsangan
Bahagian C – Karangan Respon Terbuka
Bahagian D – Kajian Novel
Bahagian A (i) – Ringkasan

Tugas pelajar di sini ialah memahami isi petikan


dan mencari isi-isi penting. Terdapat beberapa
kriteria atau syarat yang perlu dipatuhi.

3. Hanya lima isi sahaja diperlukan.


4. Jumlah perkataan tidak boleh melebihi 80
patah kata.
5. Hanya isi sahaja yang diambil kira, huraian
dan contoh tidak diterima.
6.Isi hendaklah ditulis dalam ayat yang gramatis
PEMARKAHAN (ISI)
ISI MARKAH
1 9 – 10
2 7–8
3 5–6
4 3–4
5 1–2
PEMARKAHAN (BAHASA)
• Bahasa baik dan lancar
• Berupaya menggunakan ayat sendiri
CEMERLANG • Pemilihan kata yang tepat
(9 – 10) • Ayat gramatis
• Penanda wacana sesuai
• Ejaan dan tanda baca betul

• Bahasa baik dan lancar


BAIK • Masih berupaya menggunakan ayat sendiri
(9 – 8) • Pemilihan kata yang agak terhad
• Ayat masih gramatis
• Penanda wacana masih sesuai
• Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
• Bahasa kurang lancar
• Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan
MEMUASKAN dan tanda baca
(3 – 5) @
• Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih

• Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan


PENGUASAAN bahasa yang lemah
MINIMUM @
(1 – 2) • Menyalin secara terus daripada petikan
Cara menjawab ;

3. Baca dan fahami arahan, garisi kata kunci


yang terdapat dalam arahan
4. Baca petikan untuk memahami tema.
5. Baca petikan sekali lagi dengan
memfokuskan kata kunci dalam arahan.
6. Senaraikan isi yang dapat dikesan.
7. Hanya isi yang diambil, bukan huraian
ataupun contoh.
8. Tulis ringkasan dalam satu perenggan.
9. Gunakan ayat anda sendiri, tidak boleh
disalin bulat-bulat daripada petikan.
10.Semak kesalahan bahasa.
Bahagian A (ii) – Pemahaman

Bahagian ini mempunyai perkaitan dengan bahagian A (i).


Markah yang diperuntukan ialah 10. Di sini pelajar perlu
menjawab soalan yang diberikan. Soalan mesti dijawab
dalm ayat yang gramatis, jika jawapan ditulis dalam
bentuk point atau nombor, markah akan terjejas. Ayat
jawapan mestilah ayat sendiri, tidak boleh diambil bulat-
bulat daripada petikan. Kaitkan ayat jawapan dengan
separuh daripada ayat soalan.

Cara pembentukan soalan;

3. Maksud rangkai kata.


4. Soalan pemahaman
5. KBKK – aplikasi daripada pemahaman
Cara menjawab;

3. Maksud rangkai kata – pelajar perlu menukarkan rangkai


kata yang disoal kepada rangkai kata yang seerti. Rangkai
kata yang ditukar mestilah boleh digunakan dalam ayat
asal tanpa mengubah maksud ayat.

5. Soalan pemahaman – pelajar perlu menjawab soalan


berdasarkan petikan yang diberikan. Tulis jawapan dalam
ayat yang lengkap. Berikan isi yang cukup sesuai dengan
markah yang diperuntukan. Isi jawapan terdapat dalam
petikan, tidak boleh direka sendiri. Tulis jawapan dalam
dua atau tiga ayat.

7. Soalan KBKK – memerlukan pelajar memberikan


pendapat sendiri. Pendapat yang diberikan mesti berkaitan
dengan petikan, ada nilai murni dan positif. Pendapat yang
diberikan mestilah kreatif dan kritis.
KRITERIA PEMARKAHAN
SOALAN PEMAHAMAN

• Maksud kata tepat mengikut konteks


• Isi dinyatakan dengan cukup dan lengkap
• Isi relevan mengikut tugasan
• Ayat gramatis
Bahagian B – Karangan Rangsangan

Dalam bahagian ini pelajar akan diberikan satu


bahan rangsangan yang boleh terdiri daripada
apa-apa sahaja, sama ada gambar, jadual, carta,
peta, pelan, iklan dan lain-lain lagi. Jumlah
perkataan adalah lebih kurang 120 patah kata.
Selalunya terdapat kata kunci dalam arahan,
contohnya;

Lihat gambar di bawah dengan teliti, huraikan


kepentingan pengangkutan awam.
Cara menulis karangan
rangsangan;
• Fahami arahan dan cari isi yang berkaitan.
• Pastikan karangan anda mempunyai
pendahuluan, isi dan kesimpulan.
• Jumlah perkataan mesti mematuhi arahan.
• Perenggan isi mesti dihurai dengan baik dan
jelas. Sertakan contoh yang sesuai.
• Kaitkan dengan bahan yang diberikan.
• Masukkan peribahasa yang sesuai.
• Semak untuk memastikan tiada kesalahan
bahasa yang dilakukan
Bahagian C – Karangan Respon Terbuka

Dalam bahagian ini pelajar akan diberikan pelbagai


tajuk, berformat dan tidak berformat. Amat penting
untuk pelajar memilih tajuk yang sesuai dan hampir
dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Jumlah isi
yang dikehendaki ialah tiga isi minimum dengan
panjang karangan tidak kurang daripada 180 patah
kata. Karangan mestilah lengkap dengan
pendahuluan, perenggan isi dan kesimpulan.
Pemarkahan

3. Markah yang diperuntukkan ialah 40.


4. Karangan dilihat dari segi bahasa dan isi.
5. Pengolahan menarik dan berkesan
6. Penggunaan kata yang sesuai dan tepat,
dan struktur ayat yang betul dan pelbagai.
7. Pemerengganan seimbang penanda
wacana, tanda baca hendaklah tepat.
KRITERIA PEMARKAHAN
• Ayat yang gramatis
• Kosa kata luas dan tepat
• Kesalahan penggunaan kata yang minimum
• Ejaan dan tanda baca betul
• Idea yang relevan
• Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan,
cadangan dan kesimpulan yang sesuai
• Pengolahan yang menarik dan berkesan
CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG
IDEA
• Isi-isi penting yang diberikan mencukupi
• Idea yang tersusun (pendahuluan, isi, kesimpulan)
• Aliran idea tersusun
PENGOLAHAN
• Isi diolah dan dikembangkan dengan baik dalam
perenggan
• Huraian dan contoh yang sesuai
BAHASA
• Ayat yang gramatis, perkataan yang sesuai
• Penggunaan kosa kata yang pelbagai, mengikut laras
bahasa yang sesuai
Strategi penulisan:

Pendahuluan – sentuh tema secara


umum, elakkan daripada memasukkan isi
di bahagian ini. Terdapat pelbagai bentuk
pendahuluan yang boleh digunakan.
Bentuk yang popular ialah; definisi,
situasi, dan pendapat umum selain
daripada bentuk penyoalan, sejarah,
analogi dan lain-lain lagi. Pendahuluan
yang mantap akan memberikan gambaran
yang baik kepada pemeriksa kerana
pendahuluan umpama wajah seseorang,
bahagian pertama yang dilihat.
Isi – mesti berkaitan dengan tajuk, cukup dan
tersusun. Isi perlu dihuraikan dengan jelas. Hal
ini boleh dilakukan dengan teknik penyoalan.
Anda boleh mencipta soalan daripada ayat
pertama dalam isi tersebut. Cipta soalan dan
tulis jawapannya sebagai huraian isi tersebut.
Sertakan contoh yang sesuai dan statistik
sebagai pengukuh kepada fakta yang diberikan.
Kesimpulan – tutup karangan
dengan pendapat umum. Tidak
ada isi di bahagian ini. Selalunya
mengandungi cadangan, harapan
secra umum. Seimbang dengan
perenggan pendahuluan.

Masukkan peribahasa yang sesuai.


Gunakan peribahasa yang lazim
digunakan sehari-hari.
Bahagian D – Kajian Novel

Terdapat tiga novel bagi setiap zon. Pelajar tidak boleh membuat
pilihan, perlu menguasai ketiga-tiga novel kerana soalan mungkin
meminta pelajar untuk membandingkan mana-mana dua novel.
Pelajar akan diuji dengan aspek-aspek yang perlu dikaji.

Aspek-aspek yang dikaji:


2. Sinopsis
3. Tema dan persoalan
4. Watak dan perwatakan
5. Latar – tempat,masa dan masyarakat
6. Plot
7. Nilai dan pengajaran
Pemarkahan:

markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 10


markah
terbahagi dua iaitu 6 markah isi dan 4 markah
bahasa
jawapan hendaklah mengandungi isi dan
huraian/contoh
sekurang-kurangnya tiga isi diperlukan
jawapan perlu ditulis dalam bentuk perenggan
elakkan daripada melakukan kesalahan bahasa
menyatakan tajuk novel dan nama watak dengan
tepat
Peringatan :

Bahagian D ialah bahagian yang paling mudah untuk


mendapat markah,oleh itu jawab bahagian ini dahulu.
Gunakan watak untuk mengingati aspek-aspek lain yang
perlu dikaji.
Pastikan anda membaca setiap novel hingga habis.
Jawapan tidak boleh ditulis dalam bentuk point atau
nombor.
HENDAK SERIBU DAYA,
TAK HENDAK SATU DALIH PUN SUDAH CUKUP

BERBURU KE PADANG DATAR,


DAPAT RUSA BELANG DI KAKI;
BERGURU KEPALANG BELAJAR,
IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI.

SEKIAN TERIMA KASIH