Anda di halaman 1dari 32

Buku Catatan Farid

Badrul
Kumpulan 5
Nama ahli kumpulan

i. Abdul Murad
ii. Nazirul Mubin
iii. Faiz Yunus
iv. Amirul Hazim
Sinopsis
 Cerpen ‘Buku Catatan Farid Badrul’
dimulakan dengan kisah Farid yang
baru sahaja mula bercuti sekolah.
 Dia meminta pandangan bapanya
tentang rancangan masa cutinya dan
dia memilih untuk bercuti di rumah
bapa saudaranya.
 Farid pulang ke kampung dengan
bapanya, tetapi bapanya pulang
keesokan harinya kerana sibuk dengan
kerjanya di bank.
 Farid berasa gembira berada di
kampung bersama keluarga Pak Cik
Sani. Dia menceritakan tentang
kehidupannya di bandar
 Hamzah mengajak Farid pergi
melihat padi malinja yang sedang
menguning di sawah

 Hamzah bercerita tentang


sekolahnya manakala Farid pula
memberitahu dia menghabiskan
masa lapangnya dengan bermain
organ
 Farid mengajak Hamzah ke sungai untuk
menjala ikan bersama Pak Cik Sani tetapi
ditolak karana hendak belajar agama di
sekolah
 Pak Cik Sani juga mengajaknya ke surau untuk
mendengar ceramah agama dan
besembahyang Maghrib secara berjemaah.
 Sekembalinya dari surau, dia berasa malu dan
resah kerana jahil dalam agama.
 Pak Cik Sani dan Mak Cik Som mengajak
Farid ke bandar untuk membeli songkok
dan kain untuk membuat baju Melayu

 Farid berasa gembira dan mula


mengikuti kelas agama bersama-sama
Hamzah.
• Ibu bapa Farid datang untuk
membawa Farid pulang ke Kuala
Lumpur.
• Farid tidak memberikan sebarang
komen dan ini telah merisaukan
kedua ibu bapanya.
• Pak Cik Sani memberitahu bapa
Farid bahawa Farid sedang belajar
agama.
Farid memberitahu keputusannya
untuk menghabiskan cuti di
kampung dengan belajar agama.

Akhirnya ibu bapa Farid pulang ke


Kuala Lumpur, manakala Farid terus
belajar agama di kampung.
Tema

Tema yang dipaparkan dalam cerpen


ini adalah tentang kesedaran seorang
pelajar untuk mendalami ilmu agama.
Persoalan
1.Tanggungjawab dan perhatian ibu bapa.
Ibu bapa Farid kurang mementingkan
ilmu keagamaan dalam mendidik anak-
anak,sebaliknya lebih mementingkan hal
keduniaan.
2.Kesungguhan untuk mengatasi kelemahan diri
Farid berusaha bersungguh-sungguh untuk
mempelajari ilmu agama kerana dia tidak
mahu menjadi pak turut ketika mengerjakan
sembahyang.
Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Farid Badrul
• Pelajar Tingkatan Satu di Sekolah
Menengah Seri Petaling.
• Anak tunggal dalam keluarganya.
• Manja dalam keluarganya.
• Sedar akan kekurangan diri dan berusaha
untuk membaiki kelemahan tersebut.
Watak Sampingan
Hamzah
 Sepupu Farid
 Anak yang terdidik dengan tradisi kampung
 Rapat dengan Farid
 Sedia bantu Farid untuk belajar agama
Pak Cik Sani
 Bapa saudara Farid
 Bapa Hamzah
 Mengambil berat tentang anak-anak
dan anak buahnya.
 Bertanggungjawab terhadap
pendidikan anak-anaknya terutama
dalam agama
 Bapa yang penyayang
Mak Cik Som
 Ibu saudara Farid
 Ibu Hamzah
 Bertanggungjawab
 Penyayang
 Peramah dan mesra terhadap Farid
Bapa Farid

 Namanya ialah Badrul Affandi


 Bekerja di sebuah bank
 Sibuk dengan kerja hingga lupa
tanggungjawab sebagai
seorang bapa
 Kurang mementingkan
pendidikan agama
Ibu Farid
 Berfikiran dan bersikap moden
 Sibuk dengan kegiatan persatuan
 Tanggungjawab terhadap anaknya
terabai kerana sibuk dengan aktiviti
persatuannya
 Lebih mementingkan hal keduniaan
seperti suaminya
Latar Masa
Catatan yang dilakukan oleh Farid dalam
cerpen `Buku Catatan Farid Badrul’
menunjukkan semua peristiwa berlaku
dalam masa tujuh belas hari, iaitu dari 13
November hingga 29 November,iaitu
semasa cuti penggal persekolahan pada
akhir tahun.
Latar Tempat
• Rumah Farid di Kuala Lumpur
• Kampung Buluh Perindu
Latar Masyarakat
 Masyarakat kota
 Masyarakat desa
 Masyarakat yang jahil tentang
agama dan mementingkan hal
keduniaan
 Masyarakat yang arif tentang agama
 Masyarakat yang mengabaikan
tanggunggjawab terhadap anaknya
Plot
• Permulaan
•Farid Badrul baru mula bercuti
sekolah dan meminta pandangan
bapanya tentang rancangan
semasa cuti sekolah.
•Akhirnya dia memilih untuk
bercuti bersama-sama keluarga
Hamzah,sepupunya
• Perkembangan
a) Farid dihantar pulang ke kampung oleh
bapanya.Farid mengajak Hamzah ke
sungai tetapi ditolak kerana dia hendak ke
sekolah untuk belajar agama.
b) Pak Cik Sani mengajak Farid ke surau
untuk mendengar ceramah agama. Farid
berasa malu dan resah kerana
mengetahui dirinya yang jahil tentang
agama.
c) Pak Cik Sani dan Mak Cik Som
membelikan Farid songkok dan kain untuk
dibuat baju Melayu agar Farid boleh
mengikuti kelas agama dengan senang
hati. Farid mula belajar agama bersama-
Klimaks
 Ibu bapa Farid datang untuk
membawanya pulang ke Kuala
Lumpur, tetapi diberitahu oleh Pak
Cik Sani bahawa Farid sedang
mengikuti kelas agama dengan
Hamzah di sekolah.
Peleraian
 Farid mengambil keputusan untuk terus
belajar agama di kampung sepanjang cuti
persekolahan agar dia dapat memahirkan
dirinya dengan bacaan dalam solat.
Sudut Pandangan
 Sudut pandangan yang digunakan ialah sudut
pandangan orang pertama.
 Cara ini bersesuaian dengan sebuah catatan
harian seorang pelajar
 Watak ‘aku’ digunakan untuk meyakinkan
pembaca bahawa cerita ini benar-benar
berlaku kepada pengarang
Gaya Bahasa
 Bahasa Inggeris(rugged,jean,cowboy)
 Bahasa Arab(wuduk,Isyak,tahiyat)
 Sinkof ( singkatan perkataan)(dah,tak,tu)
 Simpulan bahasa(makan angin,pak turut)
 Simile(seperti sarung nangka,macam roti
kirai)
 Pengulangan
Nilai

1) Menginsafi kekurangan diri


2) Bertanggungjawab
3) Kasih sayang
4) Mengambil berat
Pengajaran
 Didikan agama haruslah dipupuk
dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi.
 Ibu bapa mestilah sentiasa memberi
perhatian dan kasih sayang kepada
anak-anak walaupun sibuk bekaerja
 Sikap prihatin wajar ditunjukkan oleh
ibu bapa terhadap anak-anak supaya
mereka rasa dihargai dan disayangi
Tamat