Anda di halaman 1dari 7

Kamal

Mustaqim
Hafidz
Asiyah
Hanis
Seloka ini menyindir perlakuan Pak
Pandir yang tidak wajar dalam segala
tindakannya. Pak Pandir digambarkan
terlalu mengutamakan orang luar
berbanding anaknya sendiri. Orang luar
itu diberikan keistimewaan, manakala
anak sendiri diabaikan. Hal ini berlaku
kerana Pak Pandir tidak tahu
membezakan antara musuh dengan
kawan. Pak Pandir juga mudah
terpengaruh dengan orang lain hingga
tidak sedar hartanya habis dikikis.
Lantaran sikapnya itu, Pak Pandir
juga mengalami kerugian akibat terlalu
mengharapkan sesuatu keuntungan yang
belum pasti. Pak Pandir turut mengalami
kesulitan lantaran orang yang
dipercayainya telah menyusahkn dirinya
pula. Semua kesulitan yang dialami oleh
Pak Pandir berpunca daripada dirinya
yang tidak berpendirian teguh dan
mudah terikut-ikut dengan lagak atau
Bebas

Rima akhir CIRI DAN 17 baris dalam


bebas BENTUK 1 perenggan

Setiap baris:
3-5 patah kata
7-10 suku kata
Sinkof Tak sedar bertelanjang
Peribahasa Mendengar guruh di langit air di
tempayan dicurahkan
Perulangan kata Orang berbunga, dia berbunga
Simbolik Rambutan jantan
Anafora Orang berbunga, dia berbunga,
Orang berbuah, dia haram.
Anak dipijak dagang
dijinjing,
Kucing dibunuh tikus
dibela.
NILAI
• Berhati-hati
Sikap berhati-hati penting diamalkan dalam kehidupan bagi
mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan.
• Baik hati
Sifat ini biarlah dilakukan dengan berpada-pada kerana
adakalanya orang akan mengambil kesempatan.

• Kasih sayang
Kasih sayang antara ahli keluarga sangat ditekankan oleh
masyarakat bagi mewujudkan suasana yang harmoni.
PENGAJARAN
• Kita jangan mudah terpedaya dengan lagak atau
kata-kata seseorang yang tidak dikenali.
• Kita mesti gunakan akal fikiran sebelum
mengambil apa-apa jua tindakan.
• Kita jangan melebih-lebihkan orang lain
berbanding keluarga.
• Kita jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang
tidak pasti.
• Kita mesti mengelakkan diri daripada
diperalatkan oleh seseorang yang
berkepentingan.