Anda di halaman 1dari 5

NISA PANDAN TIMES

Cinta Masjid, Masjid Al Azim, Pandan Indah


Assalamualaikum wrh & Selamat Sejatera, Kami selaku Nisa Pandan mengucapkan Selamat Datang ke program Cinta Masjid, Masjid Al Azim, Pandan Indah. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda , di samping mengisi hujung minggu dengan aktiviti berfaedah , kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Moga sukses & bertemu di lain program. Jumpa lagi!
Kelebihan Masjid dan Orang-orang Yang Mengunjunginya
Setelah jelas diketahui bahawa masjid mempunyai kedudukan yang istimewa dan terpenting di dalam Islam kerana peranannya yang luas terhadap syiar dan penyebaran ajaran-ajaran Islam , maka sudah pastilah bahawa masjid-masjid itu adalah rumah yang mulia dan suci yang mesti dipelihara dan dihormati dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu orang yang selalu mendampingi masjid dan beribadat di dalamnya disifatkan oleh Allah sebagai orang yang beriman sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ; Ertinya ;Hanya satu yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, serta mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut ( kepada sesiapapun ) selain kepada Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Ayat Al-Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis-hadis daripada Rasulullah di antaranya, sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam Ertinya : Masjid itu rumah ( tempat ibadat ) bagi tiap-tiap orang yang beriman. Dalam hadis yang lain Rasulullah ada bersabda ; Ertinya ; "Apabila kamu melihat akan lelaki yang melazimkan ( membiasakan ) diri ke masjid maka saksikanlah baginya dengan iman". Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda Ertinya:"Sesiapa yang membina sebuah masjid dengan hati yang ikhlas kerana Allah taala nescaya Allah akan membina sebuah rumah di syurga." Dari Abu Musa Al Ashari Radiallahu Anhu katanya ,Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda :"Orang yang lebih besar pahalanya dalam mengerjakan sembahyang ( masjid ) ialah yang lebih jauh serta yang lebih jauh lagi perjalanan ( dari tempatnya ke masjid ). sumber : http://www.al-azim.com/masjid/kelebihanmasjid.html

NISA PANDAN TIMES


Page 2

MASJID DI ZAMAN RASULULLAH SAW


Peranan dan fungsi Masjid Nabawi , masjid di Zaman Rasulullah S.A.W. Masjid Nabawi di zaman Nabi S.A.W digunakan untuk pelbagai tujuan. Di antara kegunaan masjid selain dari solat dan iktikaf di zaman itu adalah: Pusat pendidikan utama Tempat perjumpaan dan interaksi semua Muslimin di mana perayaan-perayaan, riadah dan acara sukan diadakan Pengkalan untuk membuat persiapan bagi peperangan dan tempat merawat mujahidmujahid yang cedera. Tawanan perang ditahan di kawasan bersebelahannya; Mahkamah dan dilaksanakan tempat hukuman Peribadi dan kepimpinan Rasulullah S.A.W Secara ringkasnya Islam adalah satu cara hidup yang sempurna di mana keseluruhan aktiviti kehidupan dianggap sebagai ibadat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan di akhirat. Dengan itu segala urusan hidup seseorang muslim seperti jual-beli (ekonomi), sosial, kebajikan, pendidikan, perundangan dan sebagainya, termasuk juga riadah mempunyai hubungan langsung dengan persediaan untuk hidup di akhirat. Budaya hidup muslimin tidak memisahkan di antara kegiatankegiatan duniawi (sekular) dengan persediaan untuk akhirat. Konsep Pusat Pembangunan Masyarakat Islam Di antara aktiviti-aktiviti dan aspek-aspek yang ditekankan di dalam masjid ini ialah: Meningkatkan daya kefahaman serta daya intelek tentang Islam Mewujudkan suasana penghayatan Islam yang menyeluruh Menjalinkan semangat persaudaraan dan ukhuwah diantara umat Islam Membina kebahagiaan dan kedamaian di dalam institusi keluarga Islam.

Pusat pentadbiran dan politik, serta juga merupakan tempat di mana perwakilanperwakilan asing disambut dan dilayan; Pusat pentadbiran dan politik, serta juga merupakan tempat di mana perwakilanperwakilan asing disambut Pusat kebajikan bagi golongan miskin dan sebagai tempat berteduh bagi golongan yang tiada Tempat di mana beberapa urusan jual-beli atau ekonomi di jalankan Konsep Masjid Sebagai Tempat Tumpuan Masyarakat Sirah dan hadith Rasulullah S.A.W. memberi gambaran jelas mengenai kedudukan masjid sebagai tempat tumpuan hidup bermasyarakat di zaman Rasulullah S.A.W. Harus di ingatkan bahawa masjid di zaman Rasulullah S.A.W. menjadi tempat tumpuan masyarakat dan tempat pelbagai aktiviti berhubungkait dengan: Konsep kesyumulan agama Islam

NISA PANDAN TIMES


Page 3

KELEBIHAN MENJADI AHLI MASJID


Firman Allah dalam al-Quran (mafhumnya): Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (Qs: At Taubah:18) Beberapa kemuliaan yang Allah Swt janjikan kepada mereka yang membuat keputusan ke atas diri mereka sebagai ahli masjid; Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah. (HR Tabrani) Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Masjid ialah rumah bagi orang-orang yang bertakwa, Allah Swt telah mengambil tanggungjawab ke atas mereka yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan: Aku akan memberi kerehatan dan rahmat kepadanya, Aku akan mudahkan meniti titian Sirat untuknya, mendapat keredhaan Allah Swt dan Aku akan mengurniakan syurga kepadanya. (HR Tabrani) Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah Swt jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah Swt akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yang masuk kerumahnya lantas memberi salam, kedua orang yang pergi ke masjid, ketiga orang yang keluar dijalan Allah Swt. (HR Ibn Hibban) Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Pergi ke masjid di waktu pagi dan petang adalah sebagai Jihad di Jalan Allah. (HR Tabrani) Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa pergi ke masjid di waktu pagi dan petang Allah Swt akan menyiapkan hidangan sebagai tetamuNya di dalam syurga. Setiap kali dia datang pagi atau petang dia akan dilayaniNya sebagai tetamuNya. (HR Bukhari) Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: Tujuh golongan akan berada dibawah naungan rahmat Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya. Pertama: Raja yang adil. Kedua: Pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah. Ketiga: Seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid. Keempat: Dua orang yang berkasih sayang sematamata kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Kelima: Seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: Aku takutkan Allah. Keenam: Seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Ketujuh: Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata. (HR Bukhari) Dari Anas r.a menceritakan bahawa seorang wanita selalu membersihkan sampah-sampah di masjid telah meninggal dunia. Baginda s.a.w telah diberitahu tentang kematiannya di waktu pengkebumiannya. Baginda s.a.w datang lalu bersabda: Apabila meninggal dunia salah seorang daripada kamu beritahulah aku. Lantas Nabi s.a.w menyembahyangi jenazahnya dan bersabda: Sesungguhnya aku melihat dia berada di dalam syurga kerana dia selalu membersihkan kotoran -kotoran di masjid. (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid) Masjid untuk diimarahkan.. Sumber:http://albakriah.wordpress.com/2011/07/09/ kelebihan-menjadi-ahli-masjid/

NISA PANDAN TIMES

Tip Gembira Sepanjang Masa (artikel iluvislam.com) Bersyukur Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam. Tekad Bermotivasi. Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawankawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari Tingkatkan motivasi Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat Mulakan dengan bismillah Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was. Ubah sikap Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai. Maafkan semua orang Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

Hubungi kami:

Nisa Kawasan Pandan No 1, Jalan Kencana 36/2, Taman Kencana,

Email : nisapandan@gmail.com Blog : nisa-pandan.blogspot.com Facebook: nisa pandan