Anda di halaman 1dari 14

TANGAN KANAN, KIRI

ATAU KEDUA-DUANYA

Oleh : Tung Wai Chee


Sipnosis
Cerpen ini mengisahkan Ee Nah, gadis remaja berbangsa Cina berusia
belasan tahun. Ee Nah dilahirkan dalam keluarga seni. Ayahnya pelakon
drama manakala ibunya pelakon teater. Abang Ee Nah, iaitu Ha Lim pula
seorang wartawan meskipun ayah Ee Nah mahukan abangnya itu menjadi
seorang ahli perniagaan. Ee Nah amat meminati muzik. Walau
bagaimanapun, minat Ee Nah itu mendapat tentangan hebat daripada
ayahnya. Sungguhpun begitu, Ee Nah tetap meneruskan minatnya itu.
Dia sering bermain piano di rumah dan kedegilan Ee Nah bermain piano
itu sering mengundang kemarahan ayahnya. Lisa, iaitu sepupunya yang
juga pengasuhnya sering memberi dorongan kepada Ee Nah agar terus
maju dalam bidang yang Ee Nah minati. Hal ini demikian disebabkan Lisa
turut meminati muzik.

Pada suatu hari, mereka bersepakat untuk menyertai satu pertandingan


menyanyi. Mereka giat berlatih bagi memantapkan vokal dan
memperkemas tarian mereka. Dalam pertandingan tersebut,mereka telah
berjaya muncul sebagai johan. Kemenangan mereka mendapat liputan
yang meluas. Tawaran untuk menjadi artis rakaman datang bertalu-talu.
Setelah menyaksikan kegigihan Ee Nah dan membaca tentang kejayaan
anaknya itu melalui akhbar, akhirnya ayah Ee Nah merestui cita-cita
anaknya itu.
PERSOALAN

Pertentangan pendapat antara anak dan ayah


Ee Nah meminati muzik, tetapi ditentang keras oleh ayahnya.
Ee Nah sering dimarahi oleh ayahnya. Walau bagaimanapun, Ee
Nah tetap meneruskan minatnya itu.

Kegigihan yang membawa kejayaan


Walaupun mendapat tentangan daripada ayahnya, namun Ee Nah
tetap gigih berusaha bagi mengembangkan bakatnya. Akhirnya,
Ee Nah berjaya dalam satu pertandingan muzik.

Sikap ayah yang mengongkong minat anak-anak


Ayah Ee Nah gemar mengongkong minat anak-anaknya. Dia tidak
suka Ee Nah berjinak-jinak dengan bidang muzik. Dia juga
menentang keras hasrat abang Ee Nah, Ha Lim menceburi bidang
kewartawanan.
Tema

Kegigihan
semangat
juang
PLOT
 Permulaan
Ee Nah merupakan seorang gadis remaja yang begitu meminati
bidang seni, khususnya muzik dan seni.
 Perkembangan
Ee Nah diasuh oleh sepupunya, Lisa setelah Ee Nah kematian
ibunya. Lisa yang turut meminati bidang muzik sentiasa memberi
galakan kepada Ee Nah. Ee Nah sering bermain piano di rumah.
 Perumitan
Ayah Ee Nah menentang keras akan minatnya itu. Ee Nah sering
dimarahi sehingga tertekan.
 Klimaks
Walaupun begitu, Ee Nah dan sepupunya, Lisa menyertai satu
pertandingan menyanyi tanpa pengetahuan ayahnya. Ee Nah
muncul sebagai juara dalam pertandingan itu.
 Perleraian
Ayah Ee Nah merestui minat anaknya dalam bidang seni.
WATAK
DAN
PERWATAKAN
Ee Nah

Ee Nah merupakan remaja awal


belasan tahun. Ee Nah merupakan
anak kacukan. Ee Nah digambarkan
mempunyai sepasang mata yang
sepet dan memiliki rambut yang ikal
mayang. Dia amat meminati muzik dan
bidang nyanyian. Dia boleh bermain
piano. Dia rajin berusaha disamping
memiliki sifat berani, tabah dan kuat
semangat sehingga dia berjaya
mengubah pendirian ayahnya.
Bapa
 Ayah kepada Ee Nah
 Bapa saudara kepada Lisa
 Bekas pelakon drama
 Isterinya, bekas pelakon teater
 Suka mengongkong anak-anak
 Menentang cita-cita anaknya
 Hipokrit, degil dan mementingkan
diri sendiri
 Akhirnya, mengalah dan merestui
cita-cita anaknya
Lisa

 Sepupu Ee Nah
 Pengasuh Ee Nah selepas ibu Ee Nah
meninggal
 Suka berjeneka
 Bertanggungjawab dan penyayang
 Berani dan sabar
 Berjaya memenangi pertandingan
menyanyi bersama Ee Nah
Ha Lim

 Abang Ee Nah
 Meminati bidang
penulisan
 Menjadi wartawan
Latar
LATAR TEMPAT
Di sebuah rumah keluarga Cina, iaitu rumah keluarga
Ee Nah.

LATAR MASA
Berlaku pada zaman sekarang. Tempoh masanya
lama.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang meminati bidang seni
Masyarakat yang gigih berusaha
Masyarakat yang saling membantu
Masyarakat yang suka mengongkong minat anak-
anaknya
GAYA BAHASA
Simile
“Kepingin dia menyedarkan Pak Longnya yang degil macam
keldai”.
Personifikasi
Sinar mentari sore menyelinap masuk menerusi pintu kaca.
Peribahasa
“Orang lain bercita-cita tinggi sampai ke bulan, kamu macam
katak di bawah tempurung.
Simpulan bahasa
Lisa segera angkat kaki
Sinkof
“Dah balik Pak Long?”
Hiperbola
Ayah bagai gunung berapi pendam. Akan meletus, mengalirkan
lava bila-bila masa sahaja.
Bahasa Inggeris
“Nasib baik ayah berada di out station.”
NILAI DAN PENGAJARAN
 Kegigihan  Ibu bapa haruslah
Ee Nah gigih berusaha dan memahami minat anak-
berjuang dalam bidang yang anak mereka demi
diminatinya sehingga beroleh melahirkan keluarga yang
bahagia dan harmoni.
kejayaan.
 Tolong-menolong  Setiap kejayaan
Lisa, sepupu Ee Nah memberi hendaklah dikecapi
bantuan kepada Ee Nah bagi dengan usaha yang gigih.
mengembangkan bakat seni
yang ada pada dirinya.  Kita mestilah saling
 Kesabaran membantu demi kebaikan
Ee Nah tetap bersabar walaupun bersama.
sering dimarahi ayahnya
disebabkan minatnya yang  Setiap masalah mestilah
mendalam dalam bidang muzik. diselesaikan secara
damai dengan fikiran
yang rasional.
TAMAT

Puan Ku Zaleha
Marha Nadhirah
Nur Liyana
Hasnoor Haini
Nurul Farhanah

Anda mungkin juga menyukai