P. 1
Pelan Strategik Kota Kinabalu-DBKK_2011-2015

Pelan Strategik Kota Kinabalu-DBKK_2011-2015

5.0

|Views: 605|Likes:
Dipublikasikan oleh jordan2xkl

More info:

Published by: jordan2xkl on Apr 16, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/31/2016

pdf

text

original

Diterbitkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu No.

1, Jalan Bandaran, 88675 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel: 60 88 521800 Faks: 60 88 219175 Website: www.dbkk.sabah.gov.my

Keluaran Pertama Januari 2011 © Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Hak Cipta Terpelihara. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam dokumen ini atau mengubah dalam apa jua bentuk atau cara, sama ada elektronik, fotokopi atau rakaman tanpa kebenaran bertulis daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Kandungan

1. Prakata Mayor Bandaraya Kota Kinabalu [ 4 ] 2. Ringkasan Eksekutif [ 5 ] 3. Pengenalan [ 6 ] 4. Carta Organisasi [ 7 ] 5. Fungsi Dan Peranan [ 8 ] 6. Carta Fungsi [ 9 ] 7. Punca-Punca Kuasa [ 10 - 11 ] 8. Stakeholders Dan Pelanggan [ 12 ] 9. Analisis Persekitaran [ 13 ] 10. Visi Dan Misi [ 14 ] 12. Nilai-Nilai Bersama [ 15 ] 13. Fokus Strategik [ 16 ] 14. Objektif Strategik [ 17 ] 15. Strategi, Pelan Tindakan Dan Indikator [ 18 - 28 ] 16. Peta Strategi [ 29 ] 17. Elemen Penentu Kejayaan [ 30 ] 18. Penutup [ 30 ]

PRAKATA MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadirat Allah S.W.T kerana Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi tahun 2011-2015 dapat dihasilkan dan didokumentasikan. Penerbitan pelan ini adalah tepat pada waktunya dalam usaha DBKK membantu merealisasikan hasrat pembangunan kerajaan melalui Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Perancangan strategik merupakan usaha ke arah mencapai matlamat Visi dan Misi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi tempoh 2011-2015. Pelan strategik ini didokumenkan bertujuan untuk menyediakan asas atau rangka kerja kepada semua warga kerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dalam merancang, melaksanakan serta memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang telah ditetapkan. Dokumen ini disediakan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan serta stakeholders selaras dengan Hala Tuju Pembangunan Dan Kemajuan Negeri Sabah. Masyarakat sentiasa meletakkan harapan yang tinggi terhadap DBKK kerana kesejahteraan dan kualiti hidup mereka banyak bergantung kepada sejauh mana kejayaan kita memenuhi keperluan mereka dalam menyediakan perkhidmatan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan (3K). Bagi merealisasikan hasrat untuk menjayakan perancangan strategik ini, analisis terhadap persekitaran seterusnya memantapkan sistem tadbir urus perlu diberi perhatian. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting adalah segala perancangan yang dibuat dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan program yang memberi impak yang tinggi kepada masyarakat keseluruhannya Besarlah harapan saya agar semua warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dapat memberi komitmen padu dan sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan perancangan program yang telah digariskan di dalam dokumen ini. Sekian.

(DATUK ILIYAS BIN IBRAHIM)

Muka surat 4

RINGKASAN EKSEKUTIF
Membentuk Masa Depan Bandaraya Kota Kinabalu

Pembangunan Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu merupakan pendekatan ke arah mencapai visi DBKK menjadi Bandaraya Peranginan Semulajadi dengan pembangunan mampan, mesra dan sejahtera menjelang tahun 2020. Analisis persekitaran menyeluruh DBKK telah dikaji dan diteliti bagi mengenal pasti ruang-ruang utama yang perlu diperbaiki dan dimantapkan. Berikut merupakan sasaran yang ditetapkan ke atas pelan strategik ini:
• Sistem Penggredan Star Rating PBT: Mendapat penarafan 4 Bintang pada tahun 2011. • Sumber Manusia: 80% daripada jumlah anggota mendapat penilaian tahap prestasi sekurang-

kurangnya 80% setiap tahun.
• Persekitaran kerja yang kondusif: Tahap kepuasan pekerja melebihi 80% setiap tahun mulai

tahun 2011.
• Kutipan hasil: Jumlah kutipan hasil meningkat 5% setiap tahun. Jumlah kutipan hasil tertunggak

20% dari jumlah keseluruhan hasil tertunggak pada tahun 2012. Memperkenalkan 1 hasil baru dalam tempoh 3 tahun mulai 2011. Sekurang-kurangnya 1 projek usaha sama dalam tempoh 3 tahun. Peningkatan 5% permohonan baru lesen perniagaan setiap tahun.
• Kawalan pengurusan dalaman: Mendapat penarafan Indeks Akauntabiliti daripada Audit

Negara.
• Penguatkuasaan undang-undang: Pertambahan 5% sasaran kes yang diselesaikan setiap tahun. undang• Mengukuhkan Asas Perundangan: Semua 4 Undang-Undang Kecil (UUK) yang telah dikaji

semula diluluskan pada tahun 2011. Tiga UUK dikaji semula setiap tahun. Satu UUK digubal setiap 5 tahun.
• Kemudahan dan infrastruktur awam: Tahap kepuasan pelanggan melebihi 80% setahun.

Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bandaraya dengan sekurang-kurangnya 80% aduan awam dapat diselesaikan setiap tahun. Pelaksanaan Jadual Penyelenggaraan 100% setiap bulan.
• Persekitaran Bersih, indah dan selamat: Tahap kepuasan pelanggan melebihi 80% setahun. • Jaringan kerjasama dengan pihak berkepentingan: Menetapkan sekurang-kurangnya 4 kali

pertemuan setahun dan 4 kerjasama strategik dengan PBT bersempadan setiap tahun.
• Penyertaan penduduk dalam program DBKK: Mengadakan perjumpaan/ program 2 kali setahun

bersama masyarakat.
• Imej DBKK: 80% masyarakat berpandangan positif terhadap fungsi dan peranan DBKK pada

tahun 2011.
• Memperkenalkan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai bandaraya peranginan semula jadi Tahap jadi:

kepuasan pelancong melebihi 80% setahun.

Muka surat 5

PENGENALAN
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Kota Kinabalu Ibu Negeri Sabah Pada 2 Februari 2000, Kota Kinabalu telah diisytiharkan sebagai bandar raya keenam di Malaysia. Keluasannya merangkumi 350.70 kilometer persegi dengan bilangan penduduk melebihi 437,500 orang. Penduduknya terdiri daripada semua kaum utama di negara ini dan lebih daripada 30 etnik di negeri Sabah. Dengan keunikan sejarah dan kepelbagaian budaya, Bandaraya Kota Kinabalu telah menjadi pintu masuk utama ke Kepulauan Borneo. Ia telah berkembang pantas menjadi pusat pentadbiran, pelancongan, perdagangan, perindustrian dan pendidikan bertaraf dunia. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ditubuhkan pada 2 Februari 2000 melalui Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu 1996 (Bilangan 15 Tahun 1996) setelah diwartakan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada bulan November 1996. Semua urusan pentadbiran dan peranan Majlis Perbandaran Kota Kinabalu diambil alih oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu . Kawasan pentadbiran DBKK merangkumi pusat bandar, pinggir bandar, luar bandar dan laut serta pulau. Kawasan pentadbiran ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:
• Kawasan perkadaran seluas 108.90 kilometer

persegi atau 31.1% daripada keseluruhan keluasan pentadbirannya. • Kawasan operasi dibahagikan mengikut zon iaitu Kota Kinabalu, Tanjung Aru/ Kepayan, Nountun, Inanam, Kuala Inanam, Menggatal, Menggatal Utara, Kuala Menggatal dan Telipok. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ditadbir dan diketuai oleh Mayor yang dilantik oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Sabah, dan dibantu oleh seorang Ketua Pengarah serta dua orang Timbalan Ketua Pengarah yang masingmasing mengetuai Sektor Korporat dan Sektor Operasi. Lembaga Penasihat DBKK ditubuhkan bagi menasihati Mayor dalam perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, yang terdiri daripada lima orang dan tidak melebihi 15 orang yang dilantik oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Muka surat 6

CARTA ORGANISASI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
MAYOR

Gred: JUSA VU 6

BAHAGIAN AUDIT DALAM Gred: W 48
KETUA PENGARAH

Gred: JUSA VU 7

TIMBALAN KETUA PENGARAH (KORPORAT) Gred: N 54 SEKTOR TEKNIKAL

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) Gred: N 54

JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Gred: N 52 JABATAN KOMPUTER Gred: F 48 JABATAN KEJURUTERAAN Gred: J 48

JABATAN HAL EHWAL KORPORAT Gred: N 48

JABATAN LANDSKAP Gred: J 48

JABATAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN BANDAR Gred: N 48

JABATAN PERUNDANGAN Gred: L 48

JABATAN PENILAIAN Gred: W 48

JABATAN PERANCANGAN BANDARAYA Gred: J 48

JABATAN PENYELIDIKAN & KOORDINASI Gred: N 48

JABATAN PENGUATKUASA Gred: N 48

JABATAN PENGURUSAN SUB-URBAN Gred: N 48

JABATAN PENGURUSAN & PELABURAN HARTA Gred: N 48

JABATAN KEWANGAN & BELANJAWAN Gred: W 48

UNIT PEROLEHAN KONTRAK & TENDER Gred: W 48

Muka surat 7

FUNGSI DAN PERANAN
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai peranan yang penting bagi memaju dan membangunkan kawasan pentadbirannya melalui fungsi-fungsi seperti berikut: 1. Menjaga kebersihan dengan menyediakan perkhidmatan seperti pembuangan sampah, pembentungan, pembersihan parit, longkang dan pemotongan rumput; 2. Menyedia dan memelihara kemudahan awam bagi keselesaan penduduk seperti jalan raya, paritparit, lampu-lampu jalan, tempat letak kereta, pasar awam, pusat peranginan dan kemudahankemudahan lain; 3. Menyedia dan menyelenggara keindahan bandar dan kemudahan rekreasi seperti taman-taman, pantai-pantai, tepi-tepi dan pemisah jalan, tempattempat pelancongan dan peranginan; 4. Merancang dan melaksana pembangunan dengan teratur selaras dengan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa 1950 dan Undang-Undang Kecil Bangunan 1951 melalui penelitian pelan-pelan pembangunan, bangunan dan pengawalan bangunan haram; 5. Mengendali, memantau, memasti dan mengawal pemeriksaan kesihatan umum melalui penguatkuasaan Undang-Undang dan meluluskan lesen perniagaan, lesen penjaja dan sebagainya; 6. Melabur dalam projek-projek pembangunan yang menguntungkan untuk menambah sumber kewangan; 7. Memperbaiki kualiti kehidupan warga bandaraya melalui penyediaan dan pengawalan kemudahankemudahan yang berfaedah.

Pasar Grace Square, Sembulan

Muka surat 8

CARTA ORGANISASI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
MAYOR

KETUA PENGARAH

BAHAGIAN AUDIT DALAM 1. Menilai Sistem Perakaunan dan Sistem Kawalan Dalam 2. Memeriksa maklumat akaun dan kawalan serta pengendaliannya 3. Mengkaji pelaksanaan tugas/ tanggungjawab, dasar dan prosedur DBKK 4. Memeriksa & memastikan pentadbiran dan pembangunan harta DBKK 5. Menjalankan penyiasatan khusus 6. Mengemukakan Laporan Audit kepada Mayor

TIMBALAN KETUA PENGARAH (KORPORAT)

SEKTOR TEKNIKAL

TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)

JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Ehwal 1. Penyelenggaraan komputer DBKK 2. Pembangunan sistem komputer DBKK 3. Perolehan komputer 4. Pengurusan Unit Web 1. 2. 3.

JABATAN HAL EHWAL KORPORAT

JABATAN KOMPUTER

JABATAN KEJURUTERAAN JABATAN LANDSKAP

JABATAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN BANDAR

1. Perhubungan Awam & Hal Antarabangsa 2. Penerimaan Aduan Awam 3. Pengurusan Komunikasi Korporat 4. Urusetia dan Pentadbiran 5. Kebudayaan, Kesenian & Rekreasi 6. Upacara Awam dan Protokol JABATAN PERANCANGAN BANDARAYA

1. Merancang & mengatur struktur organisasi serta menilai keberkesanan fungsi di setiap jabatan. 2. Me ra nc ang , me la ksa na & men i la i perkhidmatan anggota DBKK. 3. Melaksana Jadual Tugas, Pekeliling Perkhidmatan Jabatan, Polisi Jabatan, Skim dan Standard 4. Merancang, melaksana & menilai anggota terlatih dan program pembangunan 5. Pengurusan Kualiti & Piagam Pelanggan DBKK 6. Urusetia Perlaksanaan MS ISO

JABATAN PENILAIAN

JABATAN PERUNDANGAN

1. Melaksanakan polisi garis panduan, peraturan undang-undang kecil yang berkaitan dengan pembangunan 2. Menyedia & memproses Kelulusan Pelan Perancangan dan Pelan Pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu 3. Kawalan Bangunan, memproses pengeluaran Sijil Menduduki Bangunan (OC) 4. Pengurusan Trafik/ Lalulintas dan Pengangkutan Awam

1. Mewujud & mengkaji semula polisi, garis panduan, peraturan dan UUK terhadap pembangunan infrastruktur 2. Merancang, melaksana dan menyelia penyelenggaraan dan pembaikan Jalan Raya, Bangunan & Struktur dan Prasarana Kemudahan Awam 3. Perparitan dan Pembentungan 4. Pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan 5. Khidmat nasihat Teknikal 6. Pengiklanan; 7. Menguatkuasakan UU yang terdapat pada UUK (Iklan) 1983 8. Bertanggungjawab memperbaiki pengurusan/ pendekatan ke atas proses pengiklanan 9. Bertanggungjawab untuk mencari pendekatan memperolehi faedah melalui ‘perkongsian pintar’ daripada industri pengiklanan

1. Mengurus perkhidmatan pengutipan sampah dan memantapkan sistem pengurusan sisa pepejal 2. Meningkatkan kesedaran awam tentang penggunaan Tong Sampah mengikut spesifikasi & standard yang ditetapkan 3. Mengkaji dan meluluskan pelan saluran dan sistem pembuangan sampah 4. Menjaga kebersihan tempat awam seperti kawasan kedai termasuk premis makanan, jalan raya, pantai & tempat peranginan 5. Mengawal pencemaran alam sekitar termasuk pemotongan bukit dan kawasan bakau 6. Menyiasat & mengambil tindakan ke atas kacau ganggu termasuk anjing liar & vector/ serangga perosak seperti lipas, tikus dan nyamuk 7. Mengurus & menjaga kebersihan pasar dan tempat penjaja terbuka/ tamu 8. Pengurusan maklumat & Pendidikan Awam (Recycling & Composting) 9. Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan ‘Micro-Enterprise’

UNIT PEROLEHAN KONTRAK & TENDER 1.

JABATAN PENYELIDIKAN & KOORDINASI

Pengurusan Pelan Induk Landskap Penyelenggaraan Landskap Memproses & meluluskan pelan pembangunan landskap untuk tujuan pengeluaran OC 4. Program penghijauan jalan-jalan utama, taman-taman awam, taman-taman perumahan dan kawasan lapang 5. Melaksana & menyelaras aduan-aduan awam berkaitan dengan landskap 6. Pengurusan Tapak Semaian 7. Mengurus & melaksana kerja-kerja hiasan rasmi bagi majlis-majlis anjuran DBKK, Kerajaan Negeri & Kerajaan Persekutuan 8. Menjalankan Penyelidikan & Pembangunan (R & D) mengenai landskap 9. Khidmat nasihat landskap 10. Menyelenggara hardscape & peralatan permainan kanak-kanak di taman-taman awam & kawasan perumahan 11. Pembersihan Pantai 12. Pemotongan rumput & pembersihan parit di kawasan perumahan, jalan-jalan DBKK, taman-taman awam, kawasan lapang, pesisir pantai, pusat bandaraya, pusat-pusat peranginan & kawasan awam

1. Penilaian; Menguatkuasakan UU yang terdapat pada Bahagian X dan Seksyen 56, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961/ Fasal 156 Perlembagaan Persekutuan 2. Bertanggungjawab menyediakan Perintah Kadar DBKK 3. Bertanggungjawab untuk memperbaiki serta mempertingkatkan pendekatan/ kaedah/ standard penilaian pada peringkat PBT 4. Bertanggungjawab untuk mencari alternative sumber hasil yang boleh diperolehi daripada penggunaan yang optimum 5. Bertanggungjawab menyediakan maklumat hartanah berkadar untuk keperluan National Property Information Centre (NAPIC) & Malaysian Geospatia Data Infrastructure (MyGDI)

JABATAN PENGURUSAN SUB-URBAN

1. Mengurus & menyelia pelaksanaan dasardasar yang diterima pakai oleh DBKK melalui pemakaian peraturan, prosedur & manual yang berkaitan 2. Bertindak sebagai Penasihat UUK DBKK 3. Memeriksa, membetul, membuat pindaan & memberi pendapat serta pandangan dari sudut perundangan ke atas dokumen-dokumen perundangan seperti Perjanjian, Kontrak, MOU, Surat Wakil Kuasa 4. Pendakwaan / Pembelaan 5. Pengkajian Undang-Undang 6. Menguatkuasakan UUK DBKK 7. Mengambil tindakan UU ke atas sesiapa yang disyaki melanggar UU atau UUK DBKK

JABATAN PENGUATKUASA

JABATAN KEWANGAN & BELANJAWAN

JABATAN PENGURUSAN & PELABURAN HARTA

1. Pengurusan hartanah DBKK secara keseluruhan 2. Pengurusan jual beli rumah milik DBKK 3. Penyewaan harta milik DBKK 4. Pengurusan & pembangunan GIS 5. Pengurusan Tempat Letak Kereta 6. Pengurusan pemprosesan & kelulusan iklan 7. Penyediaan Database hartanah dalam kawasan bandaraya 8. Pelaksanaan kajian feasibility sebelum pelaburan dilaksanakan

1. Pemungutan hasil melalui pengendalian urusan pengeluaran bil-bil cukai taksiran, memungut semua hasil, deposit dan lain-lain pembayaran 2. Mengendalikan urusan dan tindakan berkaitan perancangan dan dasar kewangan yang melibatkan perakaunan, pentadbiran dan belanjawan 3. Membuat pembayaran yang melibatkan gaji dan pembayaran am 4. Memproses lesen perniagaan dan lesen-lesen tambahan DBKK

Urusetia Lembaga Tawaran & Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga 2. Mengawasi pengurusan kewangan projek pembangunan DBKK 3. Mengurus, menyemak serta menilai semua urusan berkaitan sebut harga/ tender projek pembinaan & menyediakan kertas kerja kelulusan 4. Memantau pelaksanaan sehingga siap dan menyelesaikan pembayaran sesuatu kontrak/ projek pembangunan DBKK 5. Bertindak sebagai penasihat kepada pengurusan DBKK berhubung kerja-kerja perolehan kontrak & tender 6. Mengurus pelantikan juruperunding sebarang aktiviti pembangunan DBKK 7. Mengurus serta menyelaras tugas-tugas pra-pembinaan 8. Mengurus permohonan pindaan kerja, tambahan masa & perubahan harga oleh kontraktor 9. Mengurus serta menyelaras kerja-kerja cacat dalam tempoh kecacatan 10. Menggubal prosedur baru & menyediakan garis panduan selaras dengan Arahan Perbendaharaan dan Perundangan Kerajaan

1. Membantu mencapai VISI, MISI, OBJEKTIF dan FUNGSI DBKK 2. Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan di peringkat jabatan & organisasi DBKK 3. Membuat Kajian Sosial dan Kajian Ekonomi DBKK 4. Menyelaras pelaksanaan Local Agenda 21 (LA 21) 5. Program Rakan Bandaraya (City Friends) dan Program Promosi & Pendidikan Kitar Semula

1. Menguatkuasakan UU Kecil dan UU lain yang diguna pakai oleh DBKK 2. Pengawalan Penjaja Haram 3. Menyelaras tindakan penguatkuasaan UU melalui pengeluaran kompaun 4. Mengawal/ mencegah pertumbuhan setinggan 5. Menguatkuasakan UU Letak Kereta

1. Pelaksanaan Pembangunan Kecil Luar Bandaraya melalui penyelarasan peruntukan khas bagi 4 kawasan DUN, iaitu N12 Inanam, N13 Likas, N14 api-Api dan N15 Sembulan serta 2 kawasan Parlimen, iaitu P150 Gaya & P1515 Tg. Aru 2. Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) melalui perancangan dan penyelarasan pelaksanaan kemudahan sosial dan ekonomi masyarakat luar bandar 3. Program Gerak Desa Wawasan (GDW) melalui program/ aktiviti yang dijalankan di peringkat kampung-kampung di sekitar DBKK 4. Urusetia Bencana Alam

Muka surat 9

PUNCA KUASA
Punca-punca kuasa pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu, 1996 Ordinan & Enakmen Ordinan Perancangan Bandar Dan Desa 1950 Ordinan Lesen Perniagaan 1949 Ordinan Hiburan Awam 1958 Ordinan Kesihatan Awam 1960

Undang-Undang Kecil (Bangunan) 1951 Undang-Undang Kecil (Umum) 1956 Undang-Undang Kecil (Pembentungan) 1960 Undang-Undang Kecil (Pendaftaran Dan Kawalan Anjing) 1963 Undang- Undang Kecil (Pengendalian Sekerap) 1966 Undang-Undang Kecil (Premis-Premis Makanan) 1966 Undang- Undang Kecil (Pendandan) 1966 Undang-Undang Kecil (Penjaja) 1966 Undang- Undang Kecil (Hotel Dan Rumah Tumpangan) 1966

Undang-Undang Kecil (digubal di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961)

Undang- Undang Kecil (Dobi) 1966 Undang-Undang Kecil (Pasar) 1966 Undang-Undang Kecil (Lorong-Lorong dan Tempat Awam) 1966 Undang- Undang Kecil (Rumah Urut) 1979 Undang- Undang Kecil (Tamu) 1980 Undang-Undang Kecil (Kawalan Haiwan) 1981 Undang- Undang Kecil (Tanaman) 1982 Undang- Undang Kecil (Iklan) 1983 Undang- Undang Kecil (Premis Pub dan Bar Lounge) 1984 Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Undang- Undang Kecil (Kerja-Kerja Tanah) 1987 Undang- Undang Kecil (Penggunaan Premis-Premis) 1995 Undang- Undang Kecil (Tempat Letak Kereta) 2003

Muka surat 10

PUNCA KUASA
Punca-punca kuasa pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Undang-Undang Kecil (Penternakan Lembu) 1966 Undang-Undang Kecil (digubal di bawah Ordinan Kesihatan Awam 1960) Undang- Undang Kecil (Perniagaan Berbahaya) 1966 Undang-Undang Kecil (Pemuliharaan Dan Kebersihan) 1984

City of Kota Kinabalu Instrument 1978

Sumber Punca Kuasa Tambahan

Local Authority (Assignment of Functions - The Provisions of Parking Places and Stands) Order 1973 Arahan Perbendaharaan Arahan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Sabah 1961

Muka surat 11

STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN

STAKEHOLDERS Ketua Menteri Menteri / Pembantu Menteri Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN)

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

PELANGGAN Penduduk (Warga Bandar Raya) Agensi Kerajaan Sektor Swasta Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pemilik Kediaman / Premis Perniagaan Komuniti Peniaga Pelawat / Pelancong

Muka surat 12

ANALISIS PERSEKITARAN

KEKUATAN (STRENGTHS)
• Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu 1996 • Peruntukan Ordinan dan Undang-Undang • • • • • • • • • • •

PELUANG (OPPORTUNITIES)
• Mendapat perkhidmatan dan juruperunding

daripada luar
• Memperkasakan keupayaan melalui agensi

Kecil (UUK) sedia ada Mahkamah Bandaraya Kota Kinabalu Berada di bawah tanggungjawab langsung Ketua Menteri Sabah Status Mayor yang berpengaruh dalam pentadbiran bandaraya Ahli Lembaga Penasihat yang profesional dan berpengalaman luas Bangunan pejabat DBKK terletak di pusat bandaraya Kota Kinabalu Struktur organisasi yang mantap dan jelas Tonggak 5 Bandaraya Kota Kinabalu Kekuatan kakitangan seramai 1,690 orang yang berpengalaman dan mahir Budaya kerja berpasukan yang tinggi serta komited kepada kecemerlangan Persijilan MS ISO 9001:2008 Mengaplikasikan ICT dan GIS dalam pentadbiran

• •

luar dan antarabangsa seperti Tourism Promotion Organization (TPO), Sister City dll Perkongsian bijak dengan sektor swasta d a l a m pe l ak s a n a a n p roj e k-p r oje k pembangunan Pembangunan pesat sebagai pusat pentadbiran, perniagaan, perindustrian dan perkhidmatan seperti BIMP-EAGA, MICE dll Hub pelancongan - Gunung Kinabalu, PulauPulau Tunku Abdul Rahman Keunikan sejarah dan kepelbagaian budaya etnik

KELEMAHAN (WEAKNESSES)
• Sumber kewangan terhad • Tidak mempunyai formula jelas pengagihan

CABARAN (THREATS)
• Pertumbuhan pesat penduduk tidak diiringi

• •

peruntukan kerana bajet tidak dikaitkan dengan cukai taksiran yang dikenakan Tunggakan cukai yang tinggi Strategi penyelenggaraan pencegahan bagi bangunan, kenderaan, peralatan dan loji tidak wujud Tidak mempunyai Sistem Pengesanan Penyelenggaraan (Maintenance Tracking System) program pembangunan infrastruktur Kapasiti terhad dalam pengawalan haluan pembangunan sosio-ekonomi bandar dan luar bandar

• • • • • •

d eng an p ening katan kemud ah an perkhidmatan dan infrastruktur Pertambahan jumlah PATI yang tidak terkawal Masalah vandalisme Simpanan dana terhad Perubahan dasar kerajaan menyebabkan perubahan dalam polisi pentadbiran Laporan negatif media massa Campur tangan politik dalam pengurusan

Muka surat 13

VISI
Menjadikan Kota Kinabalu Bandaraya Peranginan Semulajadi Dengan Pembangunan Mampan, Mesra Dan Sejahtera Menjelang 2020

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berazam untuk:
• mencapai pembangunan seimbang dari aspek sosial, alam sekitar dan

ekonomi;
• mengurus dan memperbaharui infrastruktur agar sentiasa memberi

keselesaan kepada masyarakat;
• memelihara dan melindungi sumber dan aset alam sekitar seperti

pantai, laut, pulau, sungai, lagun, bukit, flora dan fauna yang wujud di sekitar bandar raya; dan
• memastikan polisi dan operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

sentiasa mengambil kira matlamat pembangunan lestari.

MISI
Mengurus Tadbir Bandaraya Kota Kinabalu Melalui Penyampaian Perkhidmatan Yang Cekap, Telus Dan Profesional Untuk Kesejahteraan Masyarakat Serta Pembangunan Seimbang

Bagi menyokong misi ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu komited dalam memberikan perkhidmatan berkualiti untuk memenuhi keperluan dan aspirasi masyarakat dengan cara berikut:
• • •

melaksanakan tanggungjawab berkanun dengan berkesan; menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti; membangunkan ekonomi secara adil sesuai dengan persekitaran bandar dan pinggir bandar; membangunkan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai bandar raya peranginan semula jadi; dan mempertingkatkan kualiti hidup warga bandar raya.

Muka surat 14

NILAI-NILAI BERSAMA
Warga DBKK berpegang kepada lima nilai bersama yang merangkumi norma dan prinsip-prinsip kerja yang perlu dihayati oleh seluruh anggota. Nilai-nilai bersama ini penting dalam merealisasikan visi dan misi yang ditetapkan.

(1) Kepercayaan Kepada Tuhan Kami memegang kepercayaan kepada Tuhan sebagai asas kewujudan kami dalam organisasi ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan terbaik dan bersungguh-sungguh untuk kebaikan insan dan alam.

(2) Integriti Melaksanakan amanah dan kuasa dengan jujur dan saksama. Berkhidmat dengan penuh komitmen, bertanggungjawab serta sempurna dan utuh.

(3) Hormat dan Bertoleransi Saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam kepelbagaian agama, kaum dan budaya.

(4) Bertekad Cemerlang Kami mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian perkhidmatan yang cemerlang melalui sistem penyampaian yang menumpukan kepada budaya proaktif, responsif, transformasi, inovasi dan kreatif sesuai dengan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP).

(5) Kerja Berpasukan Mempunyai semangat kekitaan, bekerjasama, bertolak ansur dan sifat setia kawan serta muafakat yang tinggi untuk mencapai visi dan misi organisasi.

Muka surat 15

FOKUS STRATEGIK
Fokus strategik DBKK bagi tempoh 2011-2015 berdasarkan teras pentadbiran bandar raya menjurus kepada aspek Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan (3K) serta Tonggak Lima Bandaraya Kota Kinabalu. Ianya juga selari dengan Agenda Pembangunan Sosial, Hala Tuju Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah iaitu, mempergiatkan aspek pembersihan dan menceriakan kawasan bandar dan desa untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Perancangan strategik ini menggariskan rangka perancangan pengurusan dalaman Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pentadbiran menyeluruh ke atas bandar raya seperti ilustrasi dalam Rajah 1.

VISI MISI
PELAN INDUK LANDSKAP KOT KINABALU KOTA PELAN STRUKTUR KOTA KINABALU 2030 PELAN INDUK SISTEM PEMBENTUNGAN K.K PELAN INDUK PENGURUSAN SISA PEPEJAL

TONGGAK 5 BANDARAYA KOTA KINABALU PELAN STRATEGIK DBKK NILAINILAI-NILAI BERSAMA
Rajah 1 : Aspirasi Pencapaian Visi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Tonggak Lima Bandaraya Kota Kinabalu
Lima pelan induk dibangun sejak tahun 2002 yang menjadi tonggak strategi DBKK dalam merancang dan membangunkan Bandaraya Kota Kinabalu ke arah pencapaian visinya. Pelan-pelan tersebut adalah:
(1) Pelan Struktur Kota Kinabalu 2030 merupakan perancangan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu secara menyeluruh bagi tempoh 30 tahun. (2) Pelan Induk Pengurusan Sisa Pepejal menggariskan perancangan mengurus sisa pepejal secara menyeluruh secara profesional, efektif dan efisien dan bermatlamatkan sifar sampah menjelang tahun 2026. (3) Pelan Induk Pengangkutan Awam menggariskan perancangan sistem pengangkutan yang komprehensif, terancang, efisien dan sistematik serta mengambil kira pertambahan jumlah kenderaan setiap tahun selaras dengan pertumbuhan penduduk.

(4) Pelan Induk Landskap Kota Kinabalu merupakan pelan komprehensif pembangunan dan pengindahan landskap
bandaraya Kota Kinabalu dengan mengambil kira aspek alam sekitar serta pemeliharaan dan pembangunan landskap. (5) Pelan Induk Sistem Pembentungan Kota Kinabalu menyediakan rangka perancangan pembangunan sistem pembentungan sedia ada, keperluan semasa serta masa hadapan selaras dengan pembangunan pesat masa kini sehingga tahun 2020.

PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM

Muka surat 16

OBJEKTIF STRATEGIK
Perancangan strategik DBKK menggariskan lima objektif strategik yang menfokuskan kepada dalaman dan luaran bagi mencapai visi dan misi DBKK.

(1) Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti DBKK Memperkukuhkan asas DBKK yang meliputi pembangunan organisasi, sumber manusia, persekitaran kerja dan kewangan.

(2) Memperkasakan Tadbir Urus DBKK Memperkukuhkan sistem pengurusan DBKK meliputi kecekapan kawalan dalaman, sistem dan prosedur kerja, keberkesanan penguatkuasaan dan memperkukuhkan asas perundangan.

(3) Mempertingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Kota Kinabalu Penyampaian perkhidmatan DBKK kepada masyarakat merangkumi persekitaran bersih, indah dan selamat, kemudahan dan infrastruktur awam serta kualiti perkhidmatan bandaraya.

(4) Memantapkan Kerjasama Strategik Dengan Pihak Tertentu Kerjasama dengan agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO)/ pihak swasta dan lain-lain yang meliputi penyertaan komuniti dan jaringan kerjasama dengan pihak tertentu.

(5) Memperkenalkan Bandaraya Kota Kinabalu “Bandaraya Peranginan Semulajadi” Memperkenalkan slogan (tag line) Kota Kinabalu sebagai “Bandaraya Peranginan Semulajadi”.

Muka surat 17

STRATEGI, PELAN TINDAKAN DAN INDIKATOR (KPI)
1. Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti
STRATEGI 1. Memantapkan Pembangunan Organisasi PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN

1. Memperkukuhkan struktur Penarafan dalam Star Mendapat organisasi Rating PBT penarafan 4 bintang pada tahun 2011 2. Memperkukuhkan skim perkhidmatan organisasi 3. Memantapkan penghayatan budaya kerja cemerlang 4. Mewujudkan dan melaksanakan Pelan Tindakan setiap jabatan 5. Menilai dan memantau prestasi pencapaian organisasi Pelan Tindakan jabatan Setiap jabatan mempunyai Pelan Tindakan mulai tahun 2011 Buku Laporan Tahunan jabatan

Laporan Tahunan jabatan

1. Memantapkan Pelan 2. Memantapkan Pengurusan Sumber Strategik Pengurusan Manusia Sumber Manusia 2. Meningkatkan kompetensi pegawai melalui latihan profesional, kemahiran dan pembentukan jati diri yang kukuh 3. Memantapkan prestasi kakitangan melalui kursus motivasi dan retreat 4. Mempertingkatkan budaya inovatif dan kreatif 3. Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif 1. Mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan 2. Mempertingkatkan jalinan hubungan antara pihak pengurusan dan pekerja 3. Meningkatkan kemudahan pejabat kakitangan

Tahap Kompetensi Pekerja

Penilaian Tahap Prestasi setiap anggota mencapai sekurang-kurangnya 80% setiap tahun

Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif Tahap kepuasan pekerja (Borang Maklum Balas Kakitangan)

Mendapat 2 anugerah pada tahun 2015 Tahap kepuasan pekerja melebihi 80% setiap tahun mulai tahun 2011

Muka surat 18

1. Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti
STRATEGI 4. Memperkukuhkan Dan Memantapkan Sumber Hasil PELAN TINDAKAN 1. Mempelbagaikan kaedah kutipan dan saluran pembayaran hasil 2. Meningkatkan kecekapan sistem pemantauan kutipan hasil tertunggak 3. Mempertingkatkan usaha dan keberkesanan kutipan hasil tertunggak Jumlah kutipan hasil tertunggak INDIKATOR Jumlah kutipan hasil SASARAN/ TAHUN SASARAN Sekurangkurangnya 5% peningkatan kutipan hasil setiap tahun

Mengutip sekurang -kurangnya 30% dari jumlah keseluruhan hasil tertunggak pada tahun 2012 Sekurangkurangnya 1 hasil baharu dalam 3 tahun mulai 2011 Sekurangkurangnya 2 kadar baharu dilaksanakan dalam 3 tahun mulai 2011 Sekurangkurangnya 1 pelaburan dalam tempoh 3 tahun Peningkatan 5% dalam permohonan baru lesen perniagaan setiap tahun

4. Memperkenalkan sumber hasil baru

Sumber hasil baharu

5. Mengkaji semula semua kadar sewa, lesen, yuran dan bayaran lain

Kadar baharu

6. Membuat pelaburan yang memberi pulangan tinggi

Pelaburan baharu

7. Meningkatkan kemudahan Permohonan lesen dan peluang kegiatan sosio perniagaan -ekonomi bandar raya 8. Mewujudkan dan menggalakkan pembangunan kawasan perniagaan baru 9. Memperluaskan kawasan perkadaran Kawasan perkadaran bertambah

Kawasan perkadaran meliputi seluruh daerah Kota Kinabalu menjelang 2011

Muka surat 19

2. Memperkasakan Tadbir Urus
STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR Indeks Akauntabiliti (Audit Negara) SASARAN/ TAHUN SASARAN Mendapat penarafan 4 bintang pada tahun 2012 Sifar kes tatatertib setiap tahun mulai 2011

1. Meningkatkan 1. Memperkukuh dan Kecekapan melaksanakan sistem Pengurusan Kawalan pemantauan pengurusan Dalaman 2. Mempertingkatkan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni

Disiplin kakitangan

3. Mewujudkan Pelan Dokumen Pelan Dokumen wujud Tindakan Integriti Dan Kod Integriti dan Kod Etika dan dilaksanakan Etika DBKK (PIKE) pada tahun 2011 4. Mengoptimumkan kos operasi Prestasi perbelanjaan Mencapai perbelanjaan seimbang antara hasil dan perbelanjaan setiap tahun Sijil MS ISO 9001: 2008 (tempoh sah laku 3 tahun)

2. Memantapkan 1. Sentiasa menyemak Sistem Dan Prosedur pemakaian dan Kerja keberkesanan peraturan/ undang-undang sedia ada

Sijil MS ISO 9001:2008

2. Memantapkan sistem dan Dokumen prosedur prosedur kerja seperti MPK kerja dan FM 3. Mempertingkatkan Keberkesanan Penguatkuasaan 1. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu 2. Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan anggota yang terlibat langsung dengan kerjakerja penguatkuasaan undang-undang 4. Mengukuhkan Asas Perundangan 1. Mendapatkan kelulusan Kelulusan pihak berkuasa berkenaan ke atas Undang-Undang Kecil (UUK) yang telah dikaji semula 2. Melaksanakan kajian semula terhadap semua Undang-Undang Kecil Bilangan UUK dikaji

Dokumen prosedur kerja dikemaskini sekali dalam 2 tahun

Jumlah kes yang Peningkatan 5% kes dibawa ke mahkamah diselesaikan setiap tahun

Semua 14 UUK yang telah dikaji semula diluluskan pada tahun 2011 3 UUK dikaji semula pada setiap tahun 1 UUK digubal setiap 5 tahun

3. Menggubal Undang-Undang Bilangan UUK digubal Kecil (UUK) yang baru

Muka surat 20

3. Mempertingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Kota Kinabalu
STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN

1. Mewujudkan 1. Melaksanakan Pelan Induk Persekitaran Bandar Pengurusan Sisa Pepejal Raya Yang Bersih, Indah dan Selamat - Projek pengasingan sisa Kawasan Tg.Aru, Pusat 100% siap pada makanan dari premis Bandar & Foh Sang tahun 2015 makanan mengamalkan pengasingan sisa makanan - Pengutipan sampah secara berpusat di kawasan-kawasan komersil Penutupan semua corong sampah di Pekan Lido Pembinaan 20 rumah sampah di kawasan bandar raya - Pengurangan sampah Pembinaan 3 pusat melalui kompos dan kitar kompos & 3 pusat semula di kawasanbelian kitar semula kawasan perumahan - Mempertingkatkan Pengisytiharan program pendidikan kawasan tanpa awam melalui kempen dll sampah Pengurangan penggunaan beg plastik 100% siap pada tahun 2015 Siap pada tahun 2015 100% siap pada tahun 2015

25 kawasan tanpa sampah menjelang tahun 2015 Pasar raya tidak lagi memberikan beg plastik secara percuma menjelang tahun 2015 Sekurangkurangnya 50 JK Kawalan Tikus ditubuhkan menjelang 2015 100% tandas awam mencapai 2 bintang ke atas menjelang 2015 Gred C sifar di Zon 1,2 & 3 pada tahun 2015

Kawalan tikus

Penggredan tahap kebersihan tandas awam Penggredan premis makanan

Muka surat 21

3. Mempertingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Kota Kinabalu
STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN

1. Mewujudkan 2. Melaksanakan Persekitaran Bandar ”Environtmental Raya Yang Bersih, Enhancement Master Plan” Indah dan Selamat - Cadangan Pengindahan 12 buah jalan utama Siap pada tahun Landskap Jalan-Jalan di Kota Kinabalu 2015 Utama Kota Kinabalu ditanam dengan pokok teduhan di pembahagi jalan & kiri kanan bahu jalan - Cadangan Naik Taraf & Pengindahan Landskap Pusat Bandaraya Kota Kinabalu - Cadangan Koridor Rekreasi Teluk Likas 8 buah jalan, 2 Siap pada tahun bulatan & 1 taman 2015 poket di pusat bandar raya dinaik taraf Pembinaan Taman Siap pada tahun Awam Muara Likas, 2015 (pembangunan Fasa II Koridor Rekreasi Teluk Likas) dilaksanakan Siap pada tahun 2015 Siap pada tahun 2015

- Naik taraf Taman 50 buah taman Permainan Kanak-Kanak permainan kanakdi kawasan perumahan kanak dinaik taraf - Naik taraf Taman Awam - Naik taraf Nurseri dan pembinaan Pusat R & D Landskap - Program Penanaman Pokok Teduhan di seluruh Kota Kinabalu - Garis Panduan Permohonan Kelulusan Pelan Landskap - Pelan Penyelenggaraan Landskap 3 buah taman awam dinaik taraf

Naik taraf Nurseri dan Siap pada tahun pembinaan Pusat 2015 R & D Landskap dilaksanakan 5000 pokok teduhan ditanam Kelulusan Mayor Siap pada tahun 2015 Dikuatkuasakan pada tahun 2012 Siap pada tahun 2012

Pelan disiapkan

Muka surat 22

3. Mempertingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Kota Kinabalu
STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN 2011 Siap pada tahun 2012

1. Mewujudkan 3. Pelancaran program Persekitaran Bandar ’Bandar Selamat” Raya Yang Bersih, Indah dan Selamat - Projek Pengasingan Laluan Jalan Tunku Abdul Pejalan Kaki dan Laluan Rahman daripada Bermotor Bulatan Bandaran ke Kompleks karamunsing

Jalan Coastal daripada Siap pada tahun Kompleks Centre 2012 Point melalui Api-Api Centre ke Wawasan Plaza dan Terminal Bas Wawasan - Projek Pencahayaan dengan pemasangan lampu lorong dan jalan - Kempen kesedaran Kawasan Segama, Kg. Siap pada tahun Air, Jalan Tugu & Api- 2012 Api Centre Mewujudkan Pengawasan Sejiran di taman-taman perumahan Sekurangkurangnya 1 taman perumahan setiap tahun

Muka surat 23

3. Mempertingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Kota Kinabalu
STRATEGI 2. Mempertingkatkan Kemudahan Dan Infrastruktur Awam PELAN TINDAKAN 1. Melaksanakan Pelan Struktur Kota Kinabalu 2030 - Memastikan dasar, polisi Tahap pematuhan dan strategi pelan dalam kawalan dilaksanakan dan pembangunan dikuatkuasakan dalam perancangan dan pembangunan Kota Kinabalu sehingga tahun 2030 2. Mewartakan & melaksanakan Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020 - Mengadakan ”Penyertaan/ Bantahan Awam” dalam Seranta Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020 - Pembentangan Deraf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2020 dalam Lembaga Pusat Perancangan Bandar & Desa, KKTP untuk kelulusan Pameran awam selama sebulan Mac 2011 100% dipatuhi setiap tahun INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN

Persetujuan Lembaga Mei 2011 (adoption)

- Mengemukakan usul Kelulusan diperolehi & Jun 2011 kepada TYT Negeri Sabah diwartakan untuk kelulusan & digazetkan sebagai ”Approved Scheme” - Melaksanakan & menguatkuasakan kawalan dan pelulusan pelan-pelan cadangan pembangunan Tahap pematuhan 100% dipatuhi setiap tahun

Muka surat 24

3. Mempertingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Kota Kinabalu
STRATEGI 2. Mempertingkatkan Kemudahan Dan Infrastruktur Awam PELAN TINDAKAN 3. Melaksanakan Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandaraya Kota Kinabalu - Pembinaan Pondok Siap pada tahun 45 buah Lay-By bagi Perhentian yang seragam, bas dan 10 buah bagi 2012 Lay-By bagi bas dan teksi teksi di bina di Bandaraya Kota Kinabalu - Menaiktaraf Terminal Terminal dinaik taraf Wawasan (Pusat Bandar) Kota Kinabalu - Menaik taraf Terminal Utara, Inanam Terminal dinaik taraf Siap pada tahun 2012 Siap pada tahun 2015 Siap pada tahun 2015 INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN

- Pembinaan ”Inter Terminal 3 buah Inter Terminal Link” dan kemudahan Link di Kompleks ”Park & Ride” Sukan Likas, Masjid Bandaraya & Masjid Negeri termasuk kemudahan Park & Ride - Pembinaan Terminal Bas Selatan Terminal Kepayan

Siap pada tahun 2015 Siap pada tahun 2012 Siap pada tahun 2012

- Kajian Perkhidmatan Teksi Kajian dilaksanakan Air - Kajian Integrasi Tanah dan Kajian dilaksanakan Pengangkutan Awam Bandaraya Kota Kinabalu

Muka surat 25

3. Mempertingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Kota Kinabalu
STRATEGI 2. Mempertingkatkan Kemudahan Dan Infrastruktur Awam PELAN TINDAKAN 4. Melaksanakan Pelan Induk Sistem Pembentungan Kota Kinabalu - Memperbaiki/ menaik taraf saluran kumbahan yang bermasalah & kerjakerja berkaitan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu - Membersihkan saluran kumbahan utama & kerjakerja berkaitan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu 3. Mempertingkatkan 1. Memantapkan Unit Aduan Awam Kualiti Perkhidmatan Bandaraya Pembaikan saluran kumbahan ‘Pipe Patching’ di kawasan pusat bandar & sekitarnya bernilai RM3.7 juta dilaksanakan Siap pada tahun 2012 INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN

Bermula dari kawasan Siap pada tahun Port Authority & Dah 2012 Yeh Villa ke stesen Pam Utama di Inanam Lagoon sejauh 10 KM Aduan awam Sekurangkurangnya 80% aduan awam dapat diselesaikan pada setiap tahun 100% mematuhi skop kerja

2. Mempertingkatkan pengawalseliaan terhadap kontraktor DBKK 4. Memperkukuhkan Pengurusan Kemudahan Awam 1. Menekankan aspek penyelenggaraan yang sistematik dan berjadual

Pematuhan Arahan Kerja

Jadual penyelenggaraan

100% dilaksanakan setiap bulan

Muka surat 26

4. Memantapkan Kerjasama Strategik
STRATEGI 1. Memantapkan Jaringan Kerjasama Dengan Pihak-Pihak Berkepentingan PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN Sekurangkurangnya 2 stakeholders dan pelanggan terlibat dalam setiap program DBKK Sekurangkurangnya 4 kerjasama strategik setiap tahun

1. Mengadakan kerjasama Penglibatan strategik dengan stakeholders dan stakeholders dan pelanggan pelanggan bandar raya (agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta dll) 2. Mempertingkatkan perkongsian maklumat, tanggungjawab dan kepakaran dengan PBT bersempadan dan agensi kerajaan yang berkaitan Kerjasama strategik

1. Mempertingkatkan Program LA 21 2. Memperkukuhkan Jalinan Dan penglibatan masyarakat dalam perancangan dan Penyertaan pelaksanaan program Masyarakat Dalam bandar raya Aktiviti Dan Program Bandaraya 2. Mengadakan Hari Bertemu Bilangan perjumpaan Pelanggan 3. Meningkatkan Imej Organisasi 1. Membangun Pelan Penjenamaan Semula DBKK 2. Memberi maklum balas segera terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam media massa Star Rating PBT

Peningkatan 5% penglibatan masyarakat

2 kali perjumpaan setahun 70% masyarakat berpandangan positif terhadap DBKK pada tahun 2011

Muka surat 27

5. Memperkenalkan Bandaraya Kota Kinabalu “Bandaraya Peranginan Semulajadi”
STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN/ TAHUN SASARAN Dokumen strategi diwujudkan dan dilaksanakan pada tahun 2011

1. Memperkenalkan tag 1. Mewujudkan strategi line Kota Kinabalu memperkenalkan Kota Bandaraya Kinabalu sebagai Peranginan Bandaraya Peranginan Semulajadi Semula Jadi 2. Mengadakan kerjasama dengan ‘Sister City’ dan ‘Tourism Promotion Organization (TPO)’ 3. Menangani isu-isu pelancongan di Bandaraya Kota Kinabalu dari segi kebersihan, keindahan & keselamatan 4. Menggalakkan penganjuran program berpotensi tarikan pelancongan

Dokumen strategi

Bilangan kerjasama

Sekurangkurangnya 1 kerjasama setahun

Tahap kepuasan pelancong

Tahap kepuasan pelancong melebihi 80% setahun

Muka surat 28

PETA STRATEGI
Peta strategi ini memberi gambaran menyeluruh terhadap strategi-strategi yang akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pencapaian strategi dan objektif strategik diukur berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan. Peta strategi ini merangkumi empat perspektif utama iaitu pelanggan, kewangan, proses dalaman serta pembelajaran dan pertumbuhan. Perspektif-perspektif tersebut berperanan penting dalam proses kerja DBKK untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan DBKK khasnya dan warga bandaraya Kota Kinabalu amnya.

2011PETA STRATEGI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU 2011-2015

PELANGGAN C1 Mewujudkan Persekitaran Bandaraya Bersih, Indah & Selamat C5 Memperkukuhkan Jalinan Dan Penyertaan Masyarakat Dalam Aktiviti Dan Program Bandaraya

C2 Mempertingkatkan Kemudahan Dan Infrastruktur Awam

C3 Mempertingkatkan Kualiti Perkhidmatan Bandaraya

C4 Memperkukuhkan Pengurusan Kemudahan Awam

KEWANGAN F1 Memperkukuhkan Dan Memantapkan Kutipan Hasil F2 Memperkenalkan Sumber Hasil Baru

PROSES DALAMAN P1 Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Kawalan Dalaman P6 Memantapkan Jaringan Kerjasama Dengan PihakPihak Berkepentingan

P2 Memantapkan Sistem Dan Prosedur Kerja

P3 Mempertingkatkan Keberkesanan Penguatkuasaan

P4 Mengukuhkan Asas Perundangan

P5 Memperkukuhkan Pengurusan Aset Dan Fasiliti Awam

PERTUMBUHAN & PEMBELAJARAN

L1 Memantapkan Pembangunan Organisasi

L2 Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia

L3 Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif

L5 Meningkatkan Imej Organisasi

L6 Memperkenalkan Kota Kinabalu ”Bandaraya Peranginan Semulajadi”

Muka surat 29

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

Komitmen Pengurusan Atasan
Penglibatan Ketua-Ketua Jabatan/ Bahagian/ Unit asas penting dalam menentukan arah tuju serta memimpin dan mentadbir jabatan bagi terus relevan dan berkesan. Komitmen yang tinggi dapat memberikan petunjuk bahawa segala pencapaian perancangan strategik DBKK adalah penting dan perlu difahami oleh semua peringkat warga DBKK.

Pembangunan Modal Insan
Pembangunan modal insan merupakan elemen paling penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Melalui Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia, DBKK telah menggariskan beberapa pelan tindakan iaitu meningkatkan kompetensi pegawai dan prestasi anggota, meningkatkan tahap integriti dan nilai-nilai murni di kalangan anggota, mempertingkatkan budaya inovatif dan kreatif serta memantapkan penghayatan budaya kerja yang cemerlang.

Kajian Semula Pelan Strategik
Kajian semula Pelan Strategik DBKK akan dijalankan dalam tahun 2012 bagi menentukan keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan dan sasaran yang telah ditetapkan. Kajian semula ini juga mengambil kira senario baru perubahan persekitaran dan fokus strategik DBKK agar terus relevan.

PENUTUP
Panduan Utama Pengurusan Dan Pentadbiran DBKK

Penyediaan Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ini merupakan usaha berterusan DBKK bagi memantapkan pembangunan organisasi seterusnya meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan DBKK selaras dengan hasrat kerajaan. Justeru itu, adalah diharapkan agar dokumen ini menjadi rujukan utama dalam rangka kerja bagi memastikan kejayaan pencapaian visi dan misi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Muka surat 30

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->