Anda di halaman 1dari 1

Implikasi Teori Tradisional Dalam bilik darjah, sangat ditekankan pengajaran bahasa yang berbentuk deduktif di mana pelajar

diajarkan dahulu sesuatu konsep kemudian mengaplikasikannya sendiri. Dalam konteks ini, hukum-hukum bahasa perlu dikuasai oleh pelajar dan kemahiran menulis merupakan kemahiran utama yang hendak dikuasai kepada murid. Tatabahasa terjemahan juga digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua.

Implikasi Teori Struktural Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan rangsangan dan gerak balas. Bahan rangsangan untuk penguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata lain, ia dijalankan secara formal. Teori ini tidak menekankan penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua.