Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

1249/2 Sejarah Kertas II

SEJARAH TINGKATAN 4 SOALAN DAN JAWAPAN BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu Soalan Struktur

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kesan terhadap aspek pendidikan hingga wujudnya dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu, iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201) Pendidikan tidak formal adalah asuhan dalam keluarga yang menekankan pengajaran nilai-nilai moral melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. [2 markah]

(b) Sebutkan kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan pengajaran. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)
o o o

Menerapkan melalui cerita. Melalui pergaulan sosial Menerapkan melalui pantun, peribahasa, teka-teki, pepatah dan lain-lain.

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Senaraikan peranan istana sebagai pusat pendidikan formal. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201 - 202)
o o o o
Nag2oO9

Sebagai pusat pengajian agama Tempat ulama mengajar Tempat perbincangan ulama daripada pelbagai bangsa Tempat mengembangkan ilmu tasawuf 1

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

1249/2 Sejarah Kertas II

o o

Tempat menyimpan buku-buku hikayat Pusat pendidikan ilmu politik dan pentadbiran

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan ciri-ciri sistem pendidikan pondok. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 202 - 203)
o o o o o

Memberi penekanan kepada ilmu agama Menyediakan pelajar untuk bertugas sebagai guru agama Menyediakan pelajar yang dapat bertugas untuk masyarakat Tiada batasan waktu Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian [5 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu

(Pendidikan)

Soalan Esei (a) Bandingkan bentuk pendidikan formal dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam dengan selepas kedatangan Islam. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)

Hindu - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan masyarakat Melayu berasaskan tradisi agama Hindu dan Buddha. Islam - Selepas kedatangan Islam pendidikan memberi penekanan terhadap agama Islam. Bangsawan - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan didominasikan oleh golongan istana dan bangsawan. Semua - Selepas kedatangan Islam, pendidikan melibatkan semua golongan. Istana - Sebelum kedatangan Islam, istana adalah satu-satunya institusi pendidikan.

2
Nag2oO9

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

1249/2 Sejarah Kertas II

Institusi - Selepas kedatangan Islam, pendidikan formal dijalankan bukan sahaja di istana tetapi juga di institusi pendidikan seperti masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok. Pendeta - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan diajar oleh pendeta dan guru khas. Ulama - Selepas Islam, pendidikan disampaikan oleh ulama dan guru agama. [8 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah pendidikan formal dilaksanakan di madrasah ? (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.203) Sukatan - Berdasarkan sukatan pelajaran Kelas - Dilaksanakan secara kelas Tahap - Pendidikannya mengikut tahap iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap khusus. Mudir - Diawasi oleh Mudir. Lembaga - Perjalanan madrasah diselia oleh lembaga, jawatankuasa dan sebagainya. [5 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu (Kesenian & Gaya Hidup) Soalan Esei (a) Huraikan pengaruh Islam terhadap seni persembahan muzik, nyanyian dan tarian dalam masyarakat Melayu tradisional. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 205 - 206)

Sesuai - Seni persembahan disesuaikan dengan ajaran Islam. Arab - Pengaruh Arab berkembang dalam kesenian ini. Dabus - Tarian dabus mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali. Inang - Tarian Inang ditarikan dalam majlis tertentu di istana.

3
Nag2oO9

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

1249/2 Sejarah Kertas II

Nazam - Lahirnya nyanyian nazam yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w , para nabi dan para sahabat. Upacara - Nyanyian nazam dipersembahkan dalam upacara bersifat keagamaan. Dikir - Seni dikir dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang. Seni kata - Seni kata dikir bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab. Ghazal - Berkembangnya kesenian ghazal yang memuji kebesaran Allah. [9 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Apakah kesan-kesan pengaruh Islam terhadap kehidupan sosial masyarakat Melayu. (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 207 - 208)

Keluarga - Hubungan kekeluargaan sangat rapat. Hormat - Ibu bapa dan orang yang lebih tua dihormati. Panggilan - Menggunakan panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua. Jiran - Jiran dianggap seperti keluarga sendiri. Suara - Orang muda menggunakan suara yang rendah bila bercakap dengan orang lebih tua. Ziarah - Orang yang datang berziarah hendaklah memberi salam. Bersalam - Tuan rumah bersalaman dengan tetamu. Cium - Kanak-kanak mencium tangan orang tua apabila bersalaman. Hidang - Tetamu dihidangkan makanan dan minuman. Bismillah - Ungkapan bismillah dibaca semasa hendak makan. Majlis - Majlis-majlis dijalankan secara Islam. Gotong-royong - Majlis dijalankan dengan semangat gotong-royong. Perpaduan - Nilai-nilai perpaduan sangat diutamakan. [13 x 2m = Mak. 12 markah]

4
Nag2oO9

Anda mungkin juga menyukai