Anda di halaman 1dari 3

KENDY DAVID SINGOD ISL PKB 3102

Bagaimanakah kebolehan metalinguistik mempengaruhi perkembangan akademik di sekolah. Metalinguistik merupakan satu cabang linguistik yang mengkaji kajian bahasa dan hubungannya dengan budaya dan masyarakat. Ia merupakan satu kajian hubungan dialog antara unit komunikasi ucapan sebagai manifestasi dan enakmen cokewujudan. Perkataan linguistik ini mula diperkenalkan antara tahun 1950 dan 1960. Sekiranya diperhatikan secara meluas lagi, metalinguistik merupakan satu cabang luas dalam pengajaran bahasa dalam masyarakat. Oleh itu, untuk membincangkan tentang sejauh manakah pengaruhnya dalam akademik sebenarnya adalah meluas sekali. Metalinguistik atau meta kemahiran kesedaran adalah berkaitan dengan keupayaan seseorang untuk mendalami dan mengetahui bahasa lisan dan bertulis dan kesedaran bahawa bagaimana ianya digunakan. Dalam konteks bahasa, pembelajaran meta boleh diertikan sebagai melampaui komunikasi dan makna serta menumpukan perhatian kepada struktur asas. Manakala perkataan linguistik sendiri merangkumi unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa seperti sintaksis, semantik, fonem, morfem dan lain-lain yang terdapat dalam kajian bahasa. Metalinguistik ini sudah mempengaruhi bidang akademik seseorang pelajar itu sejak di sekolah rendah lagi. Campur tangan bahasa ini dalam perkembangan akademik pelajar atau kanak-kanak akan berjaya apabila terdapatnya kesedaran bahasa dan komponen bahasa dalam kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah kerana kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk berfikir tentang bahasa dan

memanipulasikan bentuk bahasa yang diterima dan mengadaptasikannya dalam pembelajaran konsep bahasa yang baru. Selain itu, kemahiran metalinguistik itu sendiri juga banyak membantu pelajar untuk menguasai kemahiran bahasa. Kemahiran metalinguistik merujuk kepada pemahaman bahawa bahasa adalah satu sistem komunikasi, terikat kepada peraturan dan membentuk asas bagi keupayaan untuk membincangkan cara-cara yang berbeza untuk menggunakan bahasa (Baten,Hofman, & Loeys, 2011). Dalam erti kata lain, ia

KENDY DAVID SINGOD ISL PKB 3102

adalah keupayaan untuk menganalisis sedar bahasa dan subparts, untuk mengetahui bagaimana mereka beroperasi dan bagaimana mereka dimasukkan ke dalam sistem bahasa dan bagaimana mereka dimasukkan ke dalam sistem bahasa yang lebih luas (Beceren, 2010). Seorang individu dengan keupayaan itu sedar bahawa bentuk-bentuk bahasa dan struktur boleh berinteraksi dan boleh dimanipulasi untuk membentuk pelbagai makna yang luas. Dapat dikatakan bahawa kemahiran metalinguistik ini penting untuk pembelajaran bahasa. Contohnya pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam fonologi akan dapat mengenalpasti dan memanipulasi bunyi pertuturan dalam perkataan dengan mudah. Dalam pembelajaran ilmu metalinguistik itu, kesedaran metalinguistik adalah kemahiran yang terpenting sekali. Hal ini kerana dengan kesedaran ini, pelajar atau individu akan mempunyai penguasaan bahasa yang meluas malah kepekaan mereka terhadap penggunaan bahasa samada secara lisan atau secara bertulis menjadi lebih baik lagi. Sebagai contohnya, sekiranya seseorang itu mahir dalam bidang semantik iaitu menafsir atau memahami sesuatu makna dalam ayat, maka akan lebih mudah untuk dia memahami struktur ayat dengan mengenalpasti apa yang hendak disampaikan melalui ayat tersebut samada secara lisan atau bukan lisan. Dalam kemahiran mendengar pula, kesedaran metalinguistik menjadi perkara asas yang penting yang perlu diperkembangkan dalam setiap pelajar. Walaupun kemahiran mendengar itu sudah ada secara semulajadi dalam setiap individu, namun kemahiran mendengar itu perlu untuk ditingkatkan. Tidak semua individu mempunyai kemahiran yang baik. Oleh itu kebolehan metalinguistik ini akan banyak membantu individu mendengar dengan baik iaitu membentuk minat untuk mendengar, menafsir dengan jelas sesuatu perkara yang didengar, memberi tumpuan kepada perkara yang didengar dan sebagainya. Kemahiran metalinguistik ini juga perlu dimiliki oleh seseorang yang

menyampaikan maklumat terutamanya guru-guru dan pensyarah-pensyarah dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar di mana-mana institusu-institusi pendidikan. Penguasaan dalam kemahiran menyampai ini penting agar penerima mesej atau ilmu yang diajarkan dapat dimengerti dengan baik oleh para pelajar. Sebagai

KENDY DAVID SINGOD ISL PKB 3102

contoh, guru-guru haruslah mempunyai kemahiran fonologi dan semantik dalam mengajar. Hal ini kerana dalam pengajaran, komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan merupakan alat penghubung utama penyampaian ilmu. Keupayaan guru menguasai bidang fonologi dan semantik membolehkan mereka mengujarkan sebutan dan bunyi bahasa yang tepat kepada pelajar selain daripada bidang semantik yang membolehkan mereka memahami dengan baik apa yang mereka sampaikan kepada para pelajar. Oleh itu kesedaran metalinguistik merangkumi kesemua aspek ini. Kesimpulannya, metalinguistik sememangnya amat mempengaruhi

perkembangan akademik di sekolah bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru tersebut dengan melihat kepada tahap kesedaran metalinguistik yang dimiliki oleh pelajar mahupun guru tersebut.