Anda di halaman 1dari 5

Teks ucapan pengerusi majlis Mengumumkan, ketibaan, barisan VIP diiringi Pengarah Program masuk ke dewan.

Hadirin dijemput berdiri. Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Kandung Suluh Budiman. Hadirin dijemput duduk. Kalis senjata di medan perang, Tidak kalah si gagah arjuna, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Berjuang arjuna menghambat watan, Setia si jelita tersisip keris, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis. Yang Berbahagia En. Mohamed Zaidi bin Mohamed Nor, Selaku tuan penceramah kita pada hari ini, Yang Berusaha En. Nazaruddin bin Muhamad, Selaku Tutor Kelas Amali Kokurikulum Kumpulan L, Yang Dihormati En. Mohd Azmi bin Damanhori, Selaku Pengarah Program Pengajaran dan Pembelajaran: Bijak Mengurus Wang Serta semua hadirin sekalian.

Selamat datang ke: Program Pengajaran dan Pembelajaran: Bijak Mengurus Wang. Sarung ketupat berisi inti, Intinya manis kelapa muda, Kehadiran semua sangat dihargai, Moga majlis bertambah ceria.

Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi, Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara Khairil Annuar bin Omar. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Khairil Annuar bin Omar atas bacaan doa itu tadi. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara. Majlis dengan ini ingin mempersilakan En. Mohd Azmi bin Damanhori, selaku Selaku Pengarah Program Pengajaran dan Pembelajaran: Bijak Mengurus Wang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Azmi bin Damanhori atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengar dan pelajari tajuk kita pada petang ini iaitu Bijak Mengurus Wang yang akan disampaikan oleh En. Mohamed Zaidi bin Mohamed Nor. Sebelum itu, elok dan molek kiranya, saya sampaikan serba sedikit biodata berkenaan penceramah kita pada petang ini. (biodata diri) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Demikianlah tadi ceramah daripada En. Mohamed Zaidi bin Mohamed Nor berkaitan Bijak Mengurus Wang. Majlis merakamkan ucapan terima kasih dengan ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Diharap semua yang hadir mendapat input yang berguna dan bermanfaat. Embunan pagi di ranting jati, Tumbuh subur bunga selasih, Tuan sudi datangnya ke mari, Salamnya dihulur penuh kasih. Penyampaian Cenderahati Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati.

Bagi

menyempurnakan

upacara

tersebut,

majlis

dengan

ini

ingin

menjemput En. Mohd Azmi bin Damanhori. Dipersilakan En. Mohamed Zaidi bin Mohamed Nor untuk menerima cenderahati. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Azmi bin Damanhori atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. Penutup Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Melati menguntum si gadis tersenyum, Segar membunga terhias manis, Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah kita di penghujung majlis. Saya mewakili majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini sama ada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua atas kesudian hadir memeriahkan majlis pada hari ini yang penuh keberkatan ini. Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Ke kebun ayah memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bersua kembali. Marilah sama-sama kita akhiri majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan suratul al-Asr. Sekian sahaja, salam hormat, assalamualaikum.