Anda di halaman 1dari 6

Latar Belakang/Pegangan Umum

Percaya bahawa pada dasarnya manusia adalah tidak

baik. Individu yang dibiarkan tanpa pendidikan tidak dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu bagi mereka untuk menjadi individu yang baik. Penguasaan guru, usaha yang gigih dan disiplin adalah nilai-nilai yang baik dan penting. Percaya bahawa seni dan kemanusiaan adalah bagus untuk keseronokan peribadi sahaja.

Matlamat Pendidikan
Memberi penekanan utama terhadap pembelajaran

intelektual dan kemahiran insaniah. Melahirkan pelajar yang produktif kepada masyarakat apabila dewasa kelak. Memberi penekankan terhadap matapelajaran vokasional kerana menepati ciri-ciri praktikal serta ianya berguna.

Kurikulum
Kurikulum sepatutnya tidak ditekankan dengan subjek

yang remeh dan tidak penting. Subjek asas 3M : mengira, membaca dan menulis sepatutnya menjadi teras yang perlu diajar pada peringkat rendah. Pada peringkat menengah, subjek Sains , Matematik, Bahasa dan Sejarah barulah ditekankan. Membahaskan tentang subjek yang kurang penting dalam menyediakan pelajar pada mereka dewasa nanti seperti subjek seni dan kemanusiaan. Menganggap subjek seni dan kemanusiaan kurang penting dalam pendidikan.

Peranan Guru
Guru adalah merupakan role model (contoh teladan)

kepada para pelajarnya. Tugas guru adalah untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar. Pelajar dijangka untuk mempelajari dan mengekalkan pengetahuan yang diperolehi. Penampilan dan sifat guru mestilah bagus dan baik. Pembentukan karakter pelajar adalah penting dan seharusnya ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.

Kaedah Pengajaran
Menekankan kaedah pengajaran secara kuliah. Kemajuan teknologi mampu menyampaikan

maklumat baru dengan lebih cepat dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai