Anda di halaman 1dari 17

PEMODENAN MODEL BARAT MENGUBAH CARA KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA: CABARAN TERHADAP TAMADUN MELAYU

Nusaibah Binti Roslan


Jabatan Sains dan Teknologi

ABSTRAK

Arus globalisasi kebendaan tamadun Barat moden mencabar tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Dampak dunia Barat moden ke atas masyarakat Melayu sangat mendalam sehingga hampir menghilangkan ciri-ciri jati diri seorang anak Melayu. Kesannya dapat dilihat pada beberapa aspek iaitu budaya, minda sekular dan pada bahasa Mealyu itu sendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan pemodenan model Barat terhadap tamadun Melayu. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan merujuk pandangan penulis-penulis yang memyedari situasi ini. Kajian ini telah mengesan bahawa permasalah yang timbul sebenarnya hanyalah disebabkan sikap Melayu yang tidak merasa bangga dengan entiti atau jati diri mereka sebagai seseorang yang berbangsa Melayu. PENDAHULUAN Perkembangan ilmu dalam bidang sains dan teknologi membawa kepada modernisasi. Modenisasi merupakan suatu transformasi atau perubahan dari aspek kehidupan masyarakat. Modernisasi bertitik tolak daripada falsafah evolusi.

Modernisasi telah mewujudkan dua bentuk masyarakat iaitu masyarakat moden dan tradisional. Masyarakat tradisional lebih kepada mengekalkan tradisi dan juga tidak dinamik. Disamping itu berpegang teguh kepada keagamaan dan struktur system sosial yang telah diwarisi. Lemah dari segi inovasi atau tidak berdaya maju serta tidak cekap. Manakal system politik lebih tertumpu kepada bentuk yang lama. Manakala ekonomi bergantung kepada pertanian di dalam menjalani kehidupan semasa. Masyarakat moden pada asalnya merupakan masyarakat tradisi yang telah mengalami pembangunan secara komplek. Ini merupakan kesan dari kehendak semasa yang mana melibatkan perkembangan sains dan teknologi dan seterusnya memberikan satu bentuk pulangan yang lumayan dari hasil yang diperoleh. Selain itu rasa ingin berubah yang mana dirasakan dapat memberikan kepuasan. Lebih bersifat individualistik dan kekuasaan. Dari aspek ekonomi ia lebih bergantung kepada industri-industri pengeluaran (http://sarjana.tripod.com/moden1.html). Konsep moden mula digunakan secara menyeluruh apabila budaya Barat tersebar luas. Oleh itu, moden dan Barat pada mulanya tidak dapat dipisahkan. Pemodenan juga selalu dikaitkan dengan Pembaratan. Pembaratan didefinasikan sebagai proses meniru gaya hidup Eropah Barat. Walaupun sesuatu itu tidak moden, akan tetap dianggap moden oleh penduduk tempatan jika ia dibawa dari Barat. Kesimpulannya, moden digunakan secara simbolik yang membawa maksud sesuatu yang baharu,maju dan Barat. Apakah penyebab Barat menjadi kayu ukur konsep moden ini?

HASIL KAJIAN 1.0 Pemodenan vs Pembaratan Apakah itu pembaratan? Pembaratan ialah proses meniru gaya hidup Eropah Barat yang disertai dengan sesuatu usaha. Pembaratan dan pemodenan atau modenisasi merupakan dua konsep dan proses yang saling berkait rapat. Proses pembaratan ini telah bermula dalam kalangan Negara Eropah sendiri apabila Negara-negara itu cuba mendapatkan kuasa dan mengatasi satu sama lain. Dalam proses mendominasi masyarakat bukan Barat dan dalam usaha hendak menjalankan pemerintahan dan pentadbiran sendiri, budaya bukan Barat telah dirungkai, adat tempatan dan amalan tradisional termusnah. Pemusnahan beberapa institusi tradisioanal Negara bukan Barat itu membolehkan pihak penjajah menggunakan kuasa untuk untuk mengubah institusi yang dianggap tidak cekap, tidak berfaedah dan sebagainya. Perubahan yang berasal dari Eropah Barat mula tersebar ke masyarakat lain di dunia dan menghasilkan transformasi yang membawa kesan kepada masyarakat tersebut. Pemodenan telah dibawa keseluruh dunia melalui persaingan sesama barat untuk mendominasi dunia. Sebagai suatu ideologi pembangunan pula, proses pembaratan boleh dianggap sebagai mendokong kepentingan Barat terutama dari segi ekonomi (http://sarjana.tripod.com/moden1.html). Aspek-aspek dominasi Barat telah disimpulkan oleh Huntington (1998) seperti berikut; Barat memiliki dan mengawal operasi perbankkan antarabangsa, Barat mengawal semua mata wang, Barat adalah pelanggan barangan dunia yang terbesar, Barat membekalkan kebanyakan daripada barangan siap dunia, Barat mendominasi pasaran modal antarabangsa, Barat menguasai kepimpinan moral utama dalam masyarakat, Barat berkeupayaan melakukan campur tangan ketenteraan secara besar-besaran, Barat mengawal laluan maritime antarabangsa, Barat melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan teknikal paling maju, Barat mengawal sistem pendidikan sains dan teknikal yang berkehadapan, Barat mendominasi ruang angkasa dan industry aeroangkasa, Barat mengawal komunikasi antarabangsa dan Barat mendominasi industri senjata teknologi tinggi (Hashim, 2004).

Hasil pertembungan antara Timur dan Barat, Timur telah terheret ke dalam apa yang dirujuk sebagai zaman moden. Impak tamadun Barat yang berpusat di Eropah ke atas masyarakat bukan-Barat dirasakan terutama bermula pada akhir abad ke 15 seterusnya iaitu apabila tamadun itu melampaui sempadan Eropah dan menjelajah ke Afrika, Asia dan Amerika Latin. Kegagahan ekonomi dan teknologi yang dimiliki Barat membolehkannya menakluk masyarakat lain dan mengenakan nilai-nilai sehinggakan kedatangan Barat ke Timur bukanlah sekadar datang ke sebuah entiti yang tidak mempunyai budaya, nilai, tamadun dan sebagainya yang tersendiri. Negara-negara di Timur adalah kaya dengan tamadun dan budaya mereka yang telah diperkayakan menerusi saling pengaruh mempengaruhi dan difusi budaya hasil kegiatan perdagangan, perkahwinan dan penaklukan. Hasilnya pula wujud saling kaitan dan identiti yang boleh menyatukan mereka ke satu tamadun Timur yang umum (http://sarjana.tripod.com/moden1.html). Apabila Barat sampai ke Timur berlakulah pertembungan di antara berbagai-bagai tamadun yang telah bertapak di sana dengan yang Barat. Hasil pertembungan itu tamadun purba Timur secara perlahanlahan telah dipengaruhi oleh kesan tamadun Barat yang lebih moden dan lebih dinamik. Sungguhpun pada akhirnya, tamadun dan budaya Barat berjaya mengatasi budaya dan tamadun Timur, namun tamadun dan budaya Timur itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Bahkan ia seharusnya diberikan perhatian dalam proses memahami perkembangan sesebuah masyarakat Timur

(http://sarjana.tripod.com/moden1.html). 2.0 Perubahan Kebudayaan Kebudayaan ditakrifkan secara ilmiahnya sebagai cara hidup ynag berupa pelahiran warisan sesuatu masyarakat sama ada material atau bukan material yang dijelmakan daripada fikiran dan perbuatan manusia dalam kehidupan. Kebudayaan itu juga merangkumi keseluruhan aspek kehidupan seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, tatasusila, dan adat istiadat. Kebudayaan amat penting dalam mengikat seluruh rakyat ke dalam satu nilai umum sehingga mereka merasai atau menjadi golongan kebangsaan (A Aziz, 2005).

Ahmad Fawzi dan Abdul Rahman (1996) telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat. Asma (1994) mengatakan budaya mempunyai satu set andaian, nilai, amalan serta simbol-simbolnya yang tersendiri yang mana telah menjadi kuasa penggerak dalam membantu membentuk tingkahlaku pekerja, serta cara bagaimana tugas-tugas disempurnakan dalam organisasi (Che Su, 2005). Menurut Noran Fauziah (1987) dan Eshlen & Cashion (1985), elemen budaya boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu budaya bukan material, budaya material dan cultural lag. Unsur-unsur yang terdapat dalam budaya bukan material ialah simbol, bahasa, nilai dan norma. Kewujudan budaya bergantung kepada kebolehan manusia memahami simbol. simbol penting untuk berkomunikasi.masyarakat zaman dahulu menggunakan simbol sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Bahasa merupakan sebahagian dari unsur simbol yamg penting. Bahasa merupakan aplikasi yang sistematik dalam interaksi. Melalui bahasa, semua idea, nilai dan norma boleh dikongsi dan disebarkan. Setiap masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri (Che Su, 2005). Nilai merupakan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam masyarakat tentang apa yang penting dan berfaedah. Nilai ialah pengiktirafan pilihan kualiti hubungan antara cara dan matlamat dalam kontek sosial. Terdapat nilai yang positif dan yang negative seperti pantang larang dan kepercayaan. Nilai menjadi sebahagian dari personaliti diri. Norma merupakan peraturan kawalan atau jangkaan sosial tentang tingkahlaku. Peraturan ini mengajar individu harus atau tidak melakukan beberapa perkara yang ditegah. Masyarakat juga menetapkan norma sebagai kawalan dengan mengadakan hukuman atau denda bagi mereka yang mendapati melanggarnya. Kawalan sosial merujuk kepada semua proses yang menyebabkan individu akur akan norma masyarakat termasuklah undang-undang jenayah, pihak polis dan mahkamah (Che Su, 2005).

Budaya material terdiri daripada objek fizikal yang direka dan dikongsi bersama ahli masyarakat. Alatan ini bukan sahaja dicipta hasil daripada teknologi tetapi juga hasil daripada budaya bukan kebendaan. Budaya material ini boleh dipindahkan kepada masyarakat yang lain dan kegunaan satu alat yang sama mungkin berbeza dalam masyarakat yang berlainan. Cultural lag berlaku apabila perubahan kebendaan mengatasi keupayaan budaya bukan material dan budaya bukan material ini pula tidak dapat menyesuaikan dengan budaya material. Kesannya, akan menimbulkan satu masalah baru yang adakalanya tidak dapat diselesaikan. Contohnya, seperti penciptaan perabot yang akan memusnahkan banyak kawasan hutan (Che Su, 2005). Syed Hussein Al Atas (1989) menyatakan bahawa inti kebudayaan yang penting terdiri daripada gagasan tradisional dan kursusnya nilai-nilai yang mereka masih pegang. Masyarakat Melayu sangat dikenali dengan budaya sopan santun dan lemah lembut. Budaya itu bersifat dinamik dan semestinya mengalami perubahan dan penyesuaian bagi keperluan masyarakat semasa. Harus disedari bahawa proses modenisasi yang dialami mempengaruhi proses perubahan budaya. Proses kolonial bukan sahaja melibatkan ekonomi dan politik, malahan juga kebudayaan. Kedudukan budaya Melayu agak lemah semasa kolonial dan dipandang rendah oleh sesetengah golongan orang Melayu sendiri berbanding dengan budaya yang dibawa oleh kolonial. Apabila sistem pendidikan Barat semakin luas tersebar maka dengan sendirinya memperkuatkan lagi kedudukan kolonial. Tekanan budaya yang dibawa oleh kolonial itu amat berkesan sekali dalam

melemahkan kedudukan budaya Melayu (A Aziz 2005). Penawaran budaya Barat kepada masyarakat Malaysia mengakibatkan berlakunya antara budaya Barat dengan budaya Timur. Proses perubahan daripada budaya Timur kepada budaya Barat ini melahirkan budaya ketiga yang dipanggil budaya popular. Golongan generasi muda terutama golongan belia Melayu yang berpelajaran menerima budaya popular dan menyesuaikannya dengan nilai dan norma masyarakat Melayu (A Aziz 2005).

Dalam bidang muzik misalnya, perubahan telah berlaku daripada muzik tradisional kepada muzik moden. Peranan media elektronik seperti radio, televisyen dan video telah mengembangkan lagi seni muzik menjadi lebih popular. Bilangan generasi muda Melayu yang meminati muzik pop lebih ramai jika dibandingkan dengan bilangan yang meminati muzik tradisional Melayu. Unsur-unsur budaya Barat diterima bulat-bulat walaupun jelas bertentangan dengan corak hidup dan tatasusila masyarakat Melayu. Keadaan ini berlaku disebabkan sikap dan anggapan bahawa sesuatu yang didatangkan dari Barat merupakan lambing kemajuan dan kemegahan (A Aziz 2005). Bagaimanapun, patut juga kita mengambil unsur-unsur kebudayaan yang datang ke rantau ini dan membawa pengaruh di atasnya semenjak beberapa lama supaya pengaruh yang bermanfaat dapat menyegarkan dan menentukan corak kebudayaan Malaysia pada masa hadapan (S. Kumaran 2005) 3.0 Penerimaan konsep Sekularisme Sesuatu yang tidak dapat dicapai atau dikesan oleh deria, kajian, dan juga alat-alat sains dan teknologi tidak boleh dianggap wujud atau benar. Akibatnya, tidak akan wujud kepercayaan dan keyakinan terhadap kuasa atau kewujudan sesuatu diluar dari batasan pancaindera seperti kewujudan Tuhan, kehidupan selepas mati dan pembalasan hari Akhirat. Cara berfikir dan bertindak sedemikian melahirkan falsafah sekularisme. Sekularisme berasal daripada bahasa Latin saeculum bermaksud masa ini dan tempat ini sahaja iaitu dunia ini sahaja. sekularisme sebagai suatu fahaman yang membentuk satu corak kehidupan di mana berlakunya pembebasan insan daripada agama dan fahaman-fahaman yang tetap yang menguasai hakikat semata. Prof. Muhammad Naquib Al Attas Secara rumusnya, falsafah ini memenuhi keperluan hawa nafsu semasa kehidupan di dunia ini semata-mata. Ia melahirkan falsafah manusia sebagai fokus dimana setiap keputusan, pertimbangan terletak pada pemikiran manusia dan bebas dari pengaruh agama.

Dalam kalangan masyarakat Melayu, agama Islam merupakan asas penting dalam menentukan sesuatu unsur budaya dari luar dapat diterima (Wan Abdul Kadir, 1993). Pembangunan dalam Islam lebih memberi tumpuan kepada aspek kerohanian manakala sains dan teknologi adalah faktor yang akan melengkapi pembangunan rohani. Ini bertentangan dengan cara Barat yang tertumpu kepada pembangunan material iaitu penekanan hanya diberi kepada sains, teknologi dan industri. Unsur spiritual tidak bergabung dalam konsep pembangunan (Junaenah et al, 2005). Namun demikian, dalam proses penerapan budaya yang pesat dialami oleh orang-orang Melayu berikutan dengan kemasukan unsur-unsur Barat, mereka sering melupakan asas utama iaitu agama Islam. Kesannya, mereka secara langsung menolak dan mengetepikan warisan tradisi budaya mereka. Sebagai contoh, agama Islam merupakan agama rasmi Negara namun fungsinya tidak banyak. Lihat sahaja artisartis Melayu di kaca televisyen. Kebanyakan artis ini mengamalkan fahaman sekular. Mereka mengakui bahawa mereka menganut agama Islam, namun pada hakikatnya mereka mengasingkan nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian mereka. Cara berpakaian, cara pergaulan mereka secara jelas bertentangan dengan konsep yang dianjurkan oleh Islam. Namun, pemimpin-pemimpin dan masyarakat Melayu kini seakan-akan senyap seperti merestui fahaman mereka terus menjadi luas. Lebih parah, anak-anak muda berpusu-pusu mengikuti aktiviti anjuran mereka, menjerit-jerit menyokong mereka, meniru penampilan mereka dengan erti kata lain meraikan mereka dan lupa akan jati diri mereka. Kesan daripada pengasingan unsur keagamaan dalam arus kehidupan moden melahirkan pelbagai jenayah dan gejala sosial yang buruk. Sekularisme menyebabkan berlakunya gejala hedonisme. Hedonisme adalah fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Berdasarkan sejarah, amalan hedonisme berasal dari Eropah selepas zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu fanatik dengan ajaran Kristian melarang segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama (Mazlan, 2008).

Antara arahan yang dikeluarkannya ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Kebanyakan kaki meja pada zaman itu mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain.Selain itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya (Mazlan, 2008). Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Penggantinya membenarkan semua perkara yang sebelum ini dilarang. Dengan itu bermulalah era dunia moden yang membenarkan semua amalan yang dulunya dilarang. Contoh konsep dan gaya hidup hedonisme yang menyerang masyarakat melayu ialah cara hidup happy go lucky, melepak, mengunjungi pesta hiburan, seks bebas dan seumpamanya (Mazlan, 2008). Perlu ada langkah konkrit untuk kita menghadapi dan mengatasi minda sekular dari menular di minda masyarakat Melayu Islam. Pertama, menilai kembali semua kurikulum pendidikan di Malaysia. Perlu ada kurikulum pendidikan yang tidak memisahkan di antara ilmu dengan pemilik ilmu iaitu Allah swt. Kurikulum yang mampu menanam kembali dalam jiwa anak-anak Islam memahami aqidah, syariah dan akhlak. Bukan kurikulum yang sekadar menjadikan Islam sebagai pengetahuan sahaja, tanpa melahirkan keyakinan dan pengamalan. Kedua, perlunya strategi dakwah dan tarbiyah yang berintegrasi di kalangan umat Islam agar mampu memberikan pengarahan yang benar dan memiliki kefahaman serta jati diri yang sebenar sebagaimana yang telah dibangunkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat Nabi saw. Dengan kata lain, diperlukan suatu pola dakwah yang mampu memberikan sistem kekebalan (Al manaah) dalaman umat Islam dalam berhadapan dengan serangan dan racun pemikiran musuh-musuh Islam. Dalam masa yang sama, perlu ada keutuhan tarbiyah di kalangan umat Islam yang berjalan sepanjang masa agar dapat memberikan wawasan dan kefahaman Islam yang sebenar.

Ketiga, umat Islam seharusnya memberikan perhatian lebih besar terhadap bidang media massa. Bahkan seharusnya umat Islam mempunyai institusi kewartawanan Islam yang sempurna dan lengkap, yang dikelolai tenaga-tenaga yang profesional yang ikhlas dan mampu menyingkap pelbagai bahaya tersembunyi yang diusahakan oleh musuh-musuh Islam. Dunia Barat melalui bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasi dalam bidang politik dan ekonomi. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi yang berpusat di Barat seperti CNN, BBC, Bloomberg dan lain-lain. Agensi syaikat dari Amerika Syarikat khususnya menentukan bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku di luar dunia Barat sering dipesong dan ditafsirkan oleh Baratbagi maksud tertentu. Keempat, bagi membangun umat Islam agar memiliki kesatuan hati, umat Islam perlu memiliki jiwa mandiri dalam pelbagai aspek kehidupan. Kebergantungan kepada pihak luar, khususnya dengan musuh-musuh Islam samada dalam bidang ekonomi, ketenteraan dan pentadbiran telah menyebabkan kepimpinan Islam akur dengan kehendak dan kemahuan mereka. Ini akan menghasilkan kelemahan dan perpecahan. Lantas situasi ini memberi peluang kepada musuh-musuh Islam terus menerus menguasai hala tuju umat Islam (Mohd Razali, 2009). 4.0 Kedudukan status Bahasa Melayu Bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan budaya, dan oleh itu, sangat rapat juga dengan daya kreativiti sesuatu bangsa. Dalam setiap bahasa, terkandung nilai-nilai budaya masyarakat bangsa penutur asli bahasa itu. Dalam bahasa Inggeris, terkandung nilai-nilai budaya individualisme. Dalam bahasa Ciana, Tamil dan bahasa Melayu terkandung nilai-nilai budaya kolektivisme. Dalam dunia ini, terdapat banyak Negara yang elit politik, Negara-negara itu telah memaksa rakyat peribuminya menerima dan menggunakan bahasa-bahasa asing dan menganut nilai-nilai individualism Barat. Nilai-nilai individualism Barat, khususnya yang terdapat dalam budaya Amerika, yang merupakan suatu budaya yang mendorong

keberanian mengambil risiko, semangat keusahawanan dan pendewaan kecemerlangan individu. (S. Kumaran 2005). Tamadun Barat dianggap sebagai tamadun yang terkuat dan berkuasa sekarang. Bahasa utama Barat iaitu bahasa Inggeris telah menjadi bahasa sejagat. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa komunikasi merentasi budaya. Kebanyakan Negara membangun terutama sekali Negara yang pernah dijajah oleh Barat menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan tinggi (Hashim 2004). Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan rasmi Negara dalam Fasal 152 Pelembagaan Negara. Berikutan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan sejak dekad 1970-an sehingga kini di semua institusi pendidikan Negara, semua rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik, tidak kira kaum, agama dan budaya. Penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja telah sebati dalam kehidupan seharian masyarakat tempatan malahan telah diperluaskan oleh kerajaan dalam bidang professional seperti guaman, perubatan, dan kejuruteraan pada dekad 1990-an. Dalam hal ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mencipta beribu-ribu patah perkataan atau istilah saintifik dan teknikal dalam bahasa Melayu untuk memartabatkan kedudukannya dalam bidang professional tersebut (Chew Fong Peng, 2008). Namun, pada tahun 2002, kerajaan Malaysia telah memutuskan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di peringkat sekolah rendah hingga peringkat matrikulasi justeru menjatuhkan martabat bahasa Melayu. Program ini telah bermula pada tahun berikutnya iaitu tahun 2003. Mahu atau tidak, pelajar perlu menguasai bahasa Inggeris bagi memahami ilmu matematik dan sains. (http://www.scribd.com/doc/13284744/Sekularisme-Dalam-Pendidikan-DiMalaysia) Kerajaan Malaysia membuat keputusan ini hasil dari ledakan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi tertulis dalam bahasa inggeris. Kadar penterjemahan ilmu tersebut ke dalam bahasa tempatan

adalah kurang. Bukan itu sahaja, kurang pakar, pensyarah atau professor bertaraf dunia yang mahir dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan ilmu-ilmu terkini sedangkan jumlah pakar dan ilmuan yang fasih berbahasa Inggeris adalah ramai (Hashim 2004). Memang benar bahawa bahasa Inggeris itu adalah bahasa dunia dan bahasa establish, namun bahasa itu pernah mengalami zaman kegelapan sebelum muncul menjadi bahasa agung di dunia. Untuk menjadi besar dan kukuh, bahasa Inggeris telah meminjam banyak istilah dari bahasa asing seperti Arab, Latin, Jerman, Perancis dan lain-lain. Oleh itu, masalah bahasa Melayu bukan disebabkan ketidakmantapannya dalam kosa kata, tetapi disebabkan bahasa itu masih belum mempunyai nilai ekonomi yang cukup tinggi (Chew Fong Peng, 2008). Akibat daripada penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar pendidikan di IPT, boleh disimpulkan iaitu nilai ekonomi bahasa Inggeris akan naik, statusnya akan meningkat dan seterusnya akan mengetepikan status bahasa Melayu, proses pengintelektualan bahasa Melayu akan terbantut kerana tidak lagi digunakan sebagai pengantar ilmu tinggi dan tidak dapat berkembang selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan, lunturnya status dan peranan bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan yang memainkan peranan sebagai bahasa penyatuan dan integrasi nasional, bahasa yang membentuk asas jati diri Malaysia, penguasaan bahasa Inggeris hanya terhad kepada segelintir penduduk elit yang tinggal di bandar-bandar utama kerana konteks menggunaannya yang meluas, maka ilmu pengetahuan dan teknologi tinggi akan berkisar hanya dalam kalangan mereka, manakala majoriti rakyat jelata yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan terhalang daripada memperoleh ilmu pengetahuan dan teknologi tinggi, penguasaan bahasa Inggeris dan pemerolehan ilmu pengetahuan dan teknologi tinggi oleh segelintir penduduk yang akan menjadikan mereka golongan elit, mengasingkan mereka dari majoriti rakyat jelatadan menimbulkan jurang dan ketegangan sosial (Hashim, 2004).

KONKLUSI Berdasarkan data yang diperoleh, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu banyak mengambil nilainilai budaya masyarakat Barat kerana tidak mahu terlepas dari arus pemodenan. Seharusnya, nilai-nilai yang positif haruslah diambil dan dimanfaatkan manakala nilai negative haruslah ditolak. Dominasi Barat tidak semestinya mengesahkan bahawa merekalah yang paling Berjaya kerana kejayaan yang hakiki bukan terletak pada ciri-ciri luaran atau lahiriah. Sebaliknya, kejayaan manusia terletak pada dieri mereka sendiri.

RUJUKAN A. Aziz Deraman (2005). Asas pemikiran kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Che Su Mustaffa et al. (2005). Isu-isu budaya dalam pembangunan sosial. Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia. Chew Fong Peng (2008). Bahasa Melayu titian ilmu. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Hashim Musa (2004). Pemerkasaan tamadun Melayu Malaysia menghadapi globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Junaenah Sulenon et al. (2005). Masyarakat perubahan dan pembangunan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kertas Kerja Seminar Pembangunan & isu-isu global (MTP 3012): teori modernisasi. Retrieved April 9, 2011 from http://sarjana.tripod.com/moden1.html Mazlan (2008). Gejala hedonisme menulari remaja. Retrieved April 9, 2011 from

http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/29/gejala-hedonisme-menulari-remaja/ Mfr (2007). Sekularisme artis. Retrieved April 9, 2011 from http://mfrstudio.board-realtors.com/t39sekularisme-artis Mohd Razali Maarof (2009). Pembaratn di dunia Islam. Retrieved April 9, 2011 from http://www.haluan.org.my/v3/index.php/pembaratan-di-dunia-islam.html Pakitam (2001). Sekularisme di Malaysia. Retrieved April 9, 2011 from

http://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0742.htm S. Kumaran (2005). Budaya sebagai pembentuk identiti kebangsaan. In Azizan et al. (Eds). Dialog peradaban: peranan dan kepentingannya di Malaysia (pp. 130-145). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Shaifulnizam et al. Malaya. (2008). Teknologi dan pemodenan. Retrieved April 9,2011 from

http://essentials17.blogspot.com/2008/08/teknologi-dan-pemodenan.html

Syed Hussein Alatas (1989). Mitos peribumi malas: Imej orang Jawa, Melayu, Filipina dalam kapitalis penjajah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Abdul Kadir (1993). Perubahan budaya Melayu. Petaling Jaya: Mastami Enterprise. Yaakob Harljn (n.d). Masyarakat Melayu dan pengaruh Barat: perubahan dan konflik nilai. Retrieved April 9, 2011 from http://members.multimania.co.uk/nabirz/soc11.htm

SFES1101: LOGIK DAN PEMIKIRAN KRITIS

PEMODENAN MODEL BARAT MENGUBAH CARA HIDUP MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA: CABARAN TERHADAP TAMADUN MELAYU

NAMA: NUSAIBAH BINTI ROSLAN NO. MATRIK: SES100104 PENSYARAH: EN. MOHD ZUFRI BIN MAMAT

http://www.tranungkite.net/lama/b11/ap84.htm http://www.slideshare.net/pendita/modul-1-sekularisme http://www.scribd.com/doc/13284744/Sekularisme-Dalam-Pendidikan-Di-Malaysia http://www.scribd.com/doc/39967477/Proses-Pemodenan-Di-Malaysia