Anda di halaman 1dari 3

Zakat Wang Tunai (Emas, Perak dan Mata Wang):

Definisi Wang Tunai: Apa yang dimaksudkan dengan wang tunai ialah semua jenis mata wang kertas dan logam, sama ada mata wang tersebut digunakan di negeri yang ingin dikeluarkan zakat ataupun mata wang negeri lain. Kewajipan Mengeluarkan Zakat Wang Tunai: Kewajipan mengeluarkan zakat wang tunai telah ditetapkan di dalam al-Quran, hadis dan ijmak ulama. Adapun ayat yang menyebut tentang perkara tersebut ialah firman Allah s.w.t: ( . ). yang bermaksud: Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (Surah at-Taubah, Ayat: 34-35). Manakala ketetapan yang disebut di dalam hadis pula ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: Harta yang telah dibayar zakatnya tidak lagi dinamakan dengan harta simpanan (kanzun). (Hadis riwayat Hakim dan disahkan oleh Zahabi). Begitu juga sabda Nabi s.a.w: Tidak seorang pun yang memiliki emas dan perak yang tidak dibayar zakatnya kecuali di hari kiamat nanti dia akan disediakan dengan lembaran atau kepingan (besi) yang diperbuat dari api neraka kemudian dipanaskan di dalam api neraka jahanam seterusnya digosok ke badan, dahi dan punggungnya. (Hadis riwayat Imam Muslim). Ulama-ulama Islam di setiap masa telah bersepakat di atas kewajipan mengeluarkan zakat wang tunai (emas dan perak) dan perkara tersebut juga dikiaskan kepada semua jenis mata wang yang lain kerana telah diputuskan bahawa ia juga menggunakan hukum yang sama dengan emas dan perak. Institusi Fekah Islam di Jeddah telah membuat keputusan di dalam no. 9, perkara 3 yang berbunyi: (Wang kertas juga dianggap sebagai kekayaan wang tunai yang memiliki nilai (daya beli) sepenuhnya dan ia juga menggunakan hukum syarak sama sebagaimana yang ditetapkan untuk emas dan perak seperti hukum riba, zakat, jualan salam dan sebagainya). Nisab Zakat Wang Tunai: Harta kekayaan yang ingin dikeluarkan zakat hendaklah mencukupi nisab iaitu kadar minimum yang telah ditetapkan oleh syarak di mana zakat tidak wajib dikeluarkan dari harta yang kurang dari kadar tersebut tetapi jika harta yang dimiliki telah mencukupi kadar tersebut, ia wajib dikeluarkan zakat. Nisab emas dan mata wang emas ialah sebanyak 20 misqal iaitu bersamaan dengan 85 gram emas tulin. (1 misqal = 4.25 gram). Sedangkan nisab perak dan mata wang perak pula adalah sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram perak tulin. (1 dirham = 2.975 gram).

Institusi Penyelidikan Islam (dalam muktamarnya kali kedua) telah menggariskan ketetapan yang berbunyi: (Penaksiran nisab zakat kekayaan mata wang logam (wang syiling), mata wang kertas, bank notes (seperti cek, wang pos dan sebagainya) dan komoditi perniagaan (barang perniagaan) adalah dihitung berdasarkan nilai emas. Setiap harta dari kekayaan tersebut yang telah mencapai kadar nilai 20 misqal emas, ia hendaklah dikeluarkan zakat kerana nilai emas lebih stabil berbanding dengan kekayaan yang lain). Untuk mengetahui harga pasaran semasa bagi 1 misqal emas, ia hendaklah dirujuk kepada keputusan yang telah dibuat oleh pakar dalam bidang ini. Sesetengah penyelidik ekonomi Islam menggunakan alasan lain di dalam memilih nisab emas sebagai pengukur untuk mentaksirkan nisab zakat wang tunai. Alasan mereka ialah kerana emas merupakan galian yang bernilai tinggi dan sering dijadikan jaminan (walaupun dalam kadar yang kecil) untuk wang kertas yang dikeluarkan oleh sesebuah negara malah berdasarkan nilai emas inilah nilai wang kertas ditaksirkan sehingga emas seolah-olah menjadi mata wang antarabangsa di samping menjadi panduan asas untuk menilai mata wang dunia dan mata wang tersebut juga dirujuk kepadanya walaupun harganya kadang kala mengalami perubahan dari semasa ke semasa mengikut perubahan harga pasaran. Mengikut pendapat mazhab Hanafi, nilai emas boleh digabungkan dengan nilai perak untuk mencukupi nisab perak yang ada (nilai sahaja bukannya benda). Oleh yang demikian nilai emas yang ada perlu dihitung begitu juga dengan nisbah (kadar) emas tersebut berbanding dengan nisabnya kemudian dihitung pula harga perak yang ada. Apabila nilai keduaduanya mencukupi nisab, ia hendaklah dikeluarkan zakat kerana pengertian "kaya" telah terbukti dengan memiliki nilai sejumlah nisab. Di samping itu nilai komoditi perniagaan juga boleh digabungkan dengan emas dan perak yang ada untuk mencukupi nisab. Nisab kekayaan wang tunai, mata wang kertas dan wang logam lain (duit syiling) dihitung berdasarkan emas iaitu dengan kadar yang sama dengan nilai 85 gram emas tulin - emas yang masih dalam bentuk ketulan emas (999) - mengikut harga di hari cukup nisab yang mewajibkan zakat di negeri tempat terdapat harta pembayar zakat. Adapun bagi emas yang tidak tulin, berat timbangannya hendaklah dikurangkan mengikut kadar berat bahan campurannya yang bukan dari jenis emas. Contohnya di dalam emas 18 karat, berat timbangannya hendaklah dikurangkan sebanyak satu perempat dan ia juga berupa enam perdua puluh empat (1/4 = 6/24) dan yang selebihnya hendaklah dikeluarkan zakat. Manakala di dalam emas 21 karat berat timbangannya hendaklah dikurangkan sebanyak satu perlapan dan ia berupa tiga perdua puluh empat (3/24 = 1/8) dan yang selebihnya hendaklah dikeluarkan zakat. Begitu juga dengan cara penghitungan perak yang tidak tulin. Syarat-syarat Diwajibkan Mengeluar Zakat Emas, Perak dan Mata Wang:

Zakat wang tunai, emas dan perak hanya diwajibkan apabila memenuhi syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat sebagaimana yang telah dijelaskan. Kadar Zakat Emas, Perak dan Mata Wang Yang Wajib Dikeluarkan: Kadar zakat yang wajib dikeluarkan dari emas, perak dan mata wang ialah sebanyak 1/40 (2.5%). Cara Untuk Menghitung Kadar Zakat Emas dan Perak Dalam Bentuk Nilai Mata Wang Tunai: Jika pembayar zakat ingin mengeluarkan zakat emas ataupun zakat perak yang diwajibkan kepadanya dengan menggunakan wang tunai, nilai yang wajib dibayar adalah nilai yang diambil dari hasil kiraan zakat yang dibuat terhadap emas dan perak. Contohnya: 25 gram emas (kadar zakat yang wajib dikeluarkan) didarab dengan harga 1 gram emas. Kita anggarkan harganya adalah sebanyak (4 Dinar), setelah itu kita akan dapati hasilnya iaitu nilai zakat yang wajib dikeluarkan dalam bentuk mata wang. Proses pengiraannya begini: Kadar zakat = 25 gram emas x 4 dinar (harga 1 gram) = 100 Dinar.

Riwayat Muslim Nisab dan Haul Zakat Emas Dan Perak Nisab Nisab Emas ialah 20 Dinar @ 85 gram @ 25 mayam Nisab Perak ialah 200 misqal @ 595 gram

Anda mungkin juga menyukai