Anda di halaman 1dari 6

SOALAN TUGASAN 2: Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan diri kesan daripada interaksi dalaman(psikologi) dan input persekitaran

luaran.Kursus Pembangunan Sahsiah telah dibina khusus sebagai input perubahan karektor seorang pendidik yang professional dan berkesan. i. Merujuk kepada kursus Pembangunan Sahsiah, jelaskan empat(4) perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru. ii. Huraikan dengan memberi contoh yang jelas bagaimana kursus Pembangunan Sahsiah memberi kesan kepada perubahan karektor diri anda.

1.1 PENGENALAN Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah? Apakah kaitan sahsiah kepada setiap diri individu? Apakah kaitan sahsiah guru atau pendidik terhadap profesionalisme perguruan? Inilah persoalan yang akan saya rungkaikan satu persatu. Cuba perhatikan gambar di bawah ini.
Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yangsempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakatdengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilaisahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikalyang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilaimasyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegangkepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalahlebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegangnilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat.. Ia merupakansatu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek danemosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadirole model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konseppembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yangpenting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuksahsiah muridmurid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid.

1. 2 PE NG E N AL AN P EM B AN G UN AN S AH S I AH Selepas mendapat satu gambaran menyeluruh berkaitan dengan pembangunan sahsiah, marikita fahami dan dalami maksud sebenar pembangunan sahsiah secara am dan juga berdasarkan beberapa perspektif yang berbeza. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (KamusDewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watakdirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unikindividu yang membezakan dirinya dengan individu yanglain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yangtersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majiddan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi danperlakuan manusia.Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi caraseseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng,1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secarakeseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dannilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistempsikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus.Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama adaperubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentukindividu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawamakna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itubertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006). Maka, fokus pembangunantersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap padaseseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individuyang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.Berdasarkan pembacaan anda, jelaskan maksud sahsiah mengikut pemahaman yanganda perolehi. 1.3 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM Pembangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan.Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional daripada perspektif Islam agar tidak bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Jika ditinjau dan dihalusi siratterdahulu, umat Islam berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatanyang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukansahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akalindividu.Terdapat beberapa pendapat yang berbeza berkaitan dengan pembangunan sahsiah mengikutperspektif Islam. Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlakterbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekananpenting kepada kedua-dua akhlak tersebut. Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak. Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lainyang dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t,interaksi roh dan jasmani serta peranan akal. Pendapat ini adalah selaras dengan Mohd Ismail (1999)yang menyatakan bahawa proses pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri daripada prosespembangunan insan yang cemerlang, diikuti dengan proses pembangunan anak cemerlang sertaproses pembangunan individu cemerlang.Selain itu, Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empatunsur dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak

(etika dan moral) danpenampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspekkerohanian atau dalaman manusia. Namun, aspek dalaman boleh dilihat menerusi Mazahir atautingkah laku luaran. Mazahir inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan dari akidah dan amalanatau ibadah seseorang. Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan kepercayaan atau akidah yangdikenali sebagai akhlak. Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat manusia itu hendak dibina. Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diriindividu iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupanberkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunanjiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai takrifan yang berbeza terhadap pembangunansahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatanserasi dengannya tanpa merenung atau berfikir panjang. Dengan kata lain, sifat yang tertanam dalamdiri individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa melibatkanpemikiran, penelitian serta paksaan.Secara ringkasnya, pembangunan sahsiah dari perspektif Islam boleh diertikan sebagaimembina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun,berintelek, mempunyai nilai murni dan berdaya maju. 1.4 PEMBANGUNAN SAHSIAH MENGIKUT PERSPEKTIF BARAT Dari perspektif Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmanimanusia sendiri. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 -1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Baratialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama sertameningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukandan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

Pengenalan Pembangunan Sahsiah |

1.5 CIRI-CIRI SAHSIAH Sejauh mana anda mengenali diri anda? Pernahkah anda memahami ciri-ciri sahsiahyang ada dalam diri anda? Secara umumnya, ciri-ciri sahsiah termasuk keunikan denganmaksud tersendiri, kesesuaian atau keupayaan untuk berubah hasil pembelajaran dan organisasi.Dengan perkataan lain, ia bukan sekadar himpunan tingkah laku, tetapi melibatkan corak tingkah lakudan operasi yang bersifat konsisten.Sahsiah merangkumi empat aspek berikut iaitu;a. Berfikir secara positif b. Menangani stressc. Mengurus keperluan kerjayad. Mengu rus diri dan kehidupana. Hubungan dengan tuhanb. Kejiwaan yang kentalc. Konsep ke ndiri yang mantapa. Mempamerkan tingkah lakub. Penampilan kendiric. Pengurusan kendiria. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasib. Penerimaan terhadap orang lainc. Persediaan untuk memberi dan menerima pendapat

Rajah 1.2 Empat aspek dalam sahsiahDi samping itu, ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam adalah digariskan berpandukan Al-Quran. Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia Pengenalan Pembangunan Sahsiah tidak tersasar daripada matlamat mencari keredhaan Allah serta ibadat kepada Pencipta. Terdapatlapan ciri yang digariskan mengikut perspektif Islam seperti dalam Rajah 1.3. Rajah 1.3 Ciri-ciri sahsiah mengikut perspektif Islam

1.6 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN SAHSIAH embangunan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.Menurut Mohd Ismail et al. (2004), faktor baka termasuk saiz badan, penyakit,

kecerdasandan temperamen. Faktor persekitaran pula merangkumi aspek keluarga seperti didikan ibubapa dan taraf sosioekonomi keluarga, pengalaman awal kanak-kanak, kebudayaan,pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, dan masyarakat (rujuk Rajah 1.4). Rajah 1.4 Faktor baka dan faktor persekitaran mempengaruhi pembangunan sahsiah

Faktor Baka Berikut adalah empat elemen penting dalam faktor baka yang mempengaruhi pembangunan sahsiahindividu (Mohd Ismail et al. 2004);a) Saiz BadanSaiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam melakukan aktiviti. Kebolehanmelakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi tumpuanorang. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri individu danseterusnya membentuk sahsiah diri yang sihat.b ) P e n y a k i t Terdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi melalui baka seperti asma, kencingmanis, sakit jantung dan sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia yangmuda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan menjejaskan hubungan dirinya denganrakan-rakan. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan sahsiah individuke arah yang tidak sihat disebabkan perkembangan sosial dan emosi terganggu.c) KecerdasanSetiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk membantu individu menyelesaikanmasalah seharian mereka. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan prestasi akademikatau pekerjaan. Menurut Azizi et al. (2007), kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikandengan prestasi akademik. Individu akan membentuk sahsiah yang positif sekiranya mempunyaitahap kecerdasan tinggi dan sebaliknya.d) TemperamenTemperamen merupakan sifat semula jadi individu yang boleh mempengaruhi interaksi antaraindividu dengan individu yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih mudah bergaul mesradengan orang lain serta tenang dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi. Faktor Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah individu. Antara faktor persekitaran termasuk keluarga, pengalaman awal, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya,media massa dan masyarakat (Mohd Ismail et al. 2004).a) KeluargaFaktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa dan taraf sosioekonomi keluarga.Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah ataupersonaliti individu. Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan serta perhubungandengan ahli keluarga secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri kanakkanak. Keluargayang mesra dan harmoni lebih menggalakkan pembentukan sahsiah yang sihat. Corak didikan