Anda di halaman 1dari 2

ARNAB DENGAN KURA-KURA

Selamat pagi saya ucapkan kepada guru-guru, dan rakanrakan sekalian. Pada pagi ini saya dan rakan-rakan akan menyampaikan cerita yang bertajuk Arnab dengan Kura-kura.

Pada suatu hari, ada seekor kura-kura sedang berjalanjalan di dalam hutan. Tiba-tiba dia terserempak dengan arnab. Arnab mentertawakan Kura-kura kerana berjalan perlahan. Ha.ha..ha Arnab berkata tidak ada sesiapa pun yang paling laju selain dari aku. Kura-kura tidak suka dengan kata-kata arnab. Kura kura pun mengajak arnab untuk berlumba lari. Arnab pun bersetuju.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi arnab dan kura-kura bersedia untuk berlumba. Arnab berlari dengan laju sementara kura-kura berjalan dengan perlahan. Arnab meninggalkan kurakura jauh ke belakang. Arnab berasa penat dan mengantuk. Arnab menguap berkali-kali (aksi menguap).

Akhirnya arnab pun tertidur di bawah pokok. Kura-kura terus berjalan perlahan-lahan. Arnab bangun dari tidur. Arnab melihat kura-kura hampir sampai di garisan penamat. Arnab pun berlari dengan laju mengejar kura-kura. Ha. Siapakan pemenang perlumbaan itu? (tunggu jawapan penonton) Kura-kura. Betulbetulbetul. Bijak Arnab berasa sangat sedih dan menyesal kerana bercakap besar. Ya kawan-kawan, pengajaran dari cerita ini, kita tidak boleh memperkecilkan kebolehan orang lain. Sekian sahaja persembahan dari kami. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai