Anda di halaman 1dari 4

Kisah Nabi Nuh dengan Bahteranya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Terima kasih saudara penggerak agenda, sof kehakiman penuh berkarisma, guru-guru
bestari seterusnya rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian.

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Mari kawan-kawan, mari semua pandang,
Kisah dari Al-Quran harus disayang.

Ya kawan-kawan,
Kisah Nabi Nuh dengan bahteranya jadi pilihan. Menurut catatan Ibnu Jarir, Nabi Nuh
dilahirkan selepas wafatnya Nabi Adam a.s dalam tempoh 126 tahun. Beliau adalah
seorang yang penyabar, redha dan sangat bersyukur. Kisah Nabi Nuh banyak tercatat
di dalam Al-Quran.
Firman Allah:
;4 4LUEcO ~O+^
_O) gOg`O~ O)E+) 7
EOCO4^ +--)lG` ^g)
Maksudnya :
Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (Dia berkata):
"Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu.

(Surah Hud ayat 25)

Sebagai rasul, baginda sentiasa mengajak dan menyeru umatnya untuk beriman
kepada Allah. Siang atau malam, tersembunyi atau secara terang, dakwah dilakukan
dengan penuh kesabaran. Begitulah kawan-kawan, kita patut menyemai sifat sabar di
dalam diri kita. Tanpa sifat ini, kita boleh terjerumus dengan perbuatan yang tidak elok
seperti pembunuhan, ragut, rompak, simbah asid dan sebagainya.
Kawan-kawan,
Semakin ditegur, semakin menjadi-jadi kaum Nabi Nuh. Nabi Nuh dikeji dan dicaci.
Provokasi, tuduhan, hukuman rejam, usir dari halaman antara tekanan yang dijalankan
oleh kaum Musyrikin. Hasilnya, pengikut Nabi Nuh semakin berkurangan. Mereka turut
menyatakan Nabi Nuh gila dan sesat.
Benarlah Firman Allah dalam surah Al-Araf ayat 60
4~ _=E^- }g` gOg`O~
^^) El.4O46 O) U=
-)lG` ^g
Maksudnya : Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami
memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata".
Ya kawan-kawan,
Dakwaan itu disangkal oleh Nabi Nuh. Maka, terjadilah perdebatan antara Nabi Nuh
dengan kaumnya. Nabi Nuh menjawab segala ejekan dan tohmahan kaumnya dengan
penuh berhikmah dan berdiplomasi. Sifat hormat menghormati diamalkan oleh baginda.
Kita juga wajar mengikuti sifat terpuji ini. Contohnya, hormatkan guru, ibu bapa, serta
masyarakat setempat. Bertepatan dengan kehendak gagasan 1Malaysia, hormat
menghormati dapat melahirkan masyarakat berjiwa madani.

950 tahun jadi usaha, semuanya hanya menjadi sia, kepada Allah dia meminta,
diturunkan azab dengan segera.
Hasrat baginda diperkenankan Allah. Firman Nya dalam Surah al-Anbiya ayat 76
~O+^4 ^O) OE14^ }g` Nl~
4L:E4-c +O
Maksudnya : Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan kami
memperkenankan doanya,


Ya kawan-kawan,
Lalu, Baginda diperintah oleh Allah untuk membina sebuah kapal.
Tidak ada kapal sebegitu rupa, pertama terakhir itu pastinya, jangan dikhabarkan
kepada sesiapa, itulah tuntutan Allah yang Esa.
Ya kawan-kawan,
Setelah siap, Allah memerintahkan nabi Nuh dan pengikutnya naik ke atas kapal dan
membawa bersama binatang secara berpasangan. Janji Allah dan usaha para Nabi kita
itu pasti. Jadi, janganlah kita mengabaikan tuntutan yang dibawa oleh nabi kita. Amat
menyedihkan apabila ada insan yang sanggup menghina nabi dengan mencipta
karikatur nabi yang berlaku baru-baru ini. Sedih kawan-kawan.

Kawan-kawan,
Berbalik kita kepada kisah nabi Nuh, Allah telah menurunkan hujan dengan lebat dalam
masa yang sangat singkat. Para sejarawan Islam telah menyatakan berlakunya banjir
besar, kilat, ribut taufan, guruh berdentum...dum.dum, sana dan sini selama 13 hari..
Hasilnya, tenggelamlah keseluruhan permukaan bumi. Makhluk kecil, besar, tempat
rendah, tinggi dan kaumnya yang kafir musnah sama sekali.
"O-4 O@O^_` )_) O) O4`
4:^E
Maksudnya : Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana
gunung.
(Hud:42)
Malangnya kawan-kawan, isteri dan anak baginda yang tetap teguh dengan kekafiran
mereka turut terkorban. Benarlah, iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang
bertakwa..ya, iman tidak akan dapat diwarisi, maka taatlah kita kepada suruhan dan
perintah ibu bapa. Janganlah menderhakai mereka. Ikutilah program-program yang baik
seperti Kem Anak Soleh, Kem Anakku Pintar agar dapat membentuk jati diri yang
beriman.


Kawan-kawan,
Taufan sudah mulai hilang, banjir pula kian surut ditelan bumi. Bukit Judi menjadi saksi
dan bahtera nabi Nuh kekal hingga ke hari ini. Walaupun telah diselamatkan oleh Allah,
baginda tetap menjalankan dakwah kepada kaumnya. Seruan dan peringatan agar
kaumnya sentiasa bertaubat giat diamalkan.
Kawan-kawan, astagfirullah al-azim.marilah sama-sama bertaubat sebelum
terlambat.
Begitulah kisah nabi Nuh yang penuh dengan pengajaran dan tauladan. Percayalah,
janji Allah itu benar.
Firman Allah dalam Surah Al-Qamar ayat 14
O@O^_` 4Lg[NO;N) w7.-4OE_ }Eg
4p~E 4Og7 ^j
Maksudnya : Yang berlayar dengan pemeliharaan kami sebagai balasan bagi orang-
orang yang diingkari (Nuh).

Kawan-kawan,
Selesai kisah dari Al-Quran,
Yang baik itu buat tauladan,
Yang buruk itu jadikan sempadan,
Terima kasih atas perhatian.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.