Anda di halaman 1dari 42

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

Nama:
Ranjanie A/P Karunamoorthy (891223-08-5980) Thamilchilvee A/P Malayalam (890513-10-5340)

Opsyen:
7 PISMP PK(h)/PJ/BT

Tarikh Serahan :
15 Februari 2012

Pensyarah

En Abdul Razak bin Kaprawi

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Kesesuaian suasana bilik bimbingan dan kaunseling

2-8

3.0 Kesesuaian lokasi bilik bimbingan dan kaunseling

9-10 11 12

3.1 Kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling sekolah 3.2 Pelan bilik bimbingan dan kaunseling

4.0 Kesesuaian program bimbingan dan kaunseling sekolah 4.1 Laporan minggu anti-dadah anjuran unit bimbingan

13-16

dan kaunseling
4.2 Kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan

17-18

program yang dilaksanakan 4.3 Gambar program minggu ant-idadah 19-20

5.0 Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling

21-24

6.0 Refleksi

7.0 Bibliografi
9

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

8.0 Lampiran

1.0 Pengenalan Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses menolong individu bagi memahami diri dan dunianya. Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian mencabar. Peranan guru bimbingan adalah sangat penting bagi membantu para pelajar dengan menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat tentang pekerjaan, aktiviti sosial dan kemudahan pendidikan. Ini slah merupakan secara tidak langsung akan membantu pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul terhadap masalah yang dihadapinya. Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Ini bermakna perkembangan individu merupakan satu usaha yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi mengenali diri dan potensinya yang sebenar. Banyak program boleh diatur bagi memberi perkhidmatan menolong pelajar dalam aspek pemulihan, pencegahan dan perkembangan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan sikap diri pelajar melalui unit perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan selaras dengan falsafah pendidikan negara. Peranan guru bimbingan amat berat kerana bertanggungjawab dalam usaha memperkembang segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa pelajar tersebut bersekolah. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah
10

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

membuat suatu perancangan teratur dengan menubuhkan unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya supaya kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran berkesan bagi membentuk pelajar supaya seimbang berjiwa besar, berwawasan dan berketrampilan.

2.0 Kesesuaian suasana bilik bimbingan dan kaunseling.

Kesesuaian suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling bergantung kepada pelbagai aspek seperti pengudaraan, susun atur perabot, warna bilik dan sebagainya. Seorang guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh menjalankan sesebuah sesi kaunseling di bilik guru, kantin, di bawah pokok ataupun di dalam kelas malah sesi kaunseling mestilah dijalankan di sebuah bilik khas atau tempat khas. Dengan adanya bilik khas, guru bimbingan dan kaunseling boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang halangan. Sebuah bilik bimbingan dan kaunseling mestilah kondusif, teraputik, selesa dan menenangkan. Ini kerana klien-klien yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling terdiri daripada murid-murid yang pelbagai latar belakang, situasi dan masalah. Oleh itu, suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif. Bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif juga dapat meyakinkan dan mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang. Saya dan rakan sekumpulan saya telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling yang terdapat di SJK(T) Cantuman Chaah. Terdapat sebuah bilik yang telah diwujudkan khas sebagai bilik bimbingan dan kaunseling yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang seharusnya ada dalam sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Walaupun bilik tersebut mempunyai kemudahan dan
11

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

kelengkapan yang agak cukup tetapi ianya berada dalam keadaan rosak. Ini kerana tempat tersebut sering berlaku banjir sehingga perabot-perabot seperti almari, meja, dan sebagainya rosak. Kami telah menemu ramah guru bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut iaitu En. Ranjeet Kumar untuk mendapatkan maklumat tentang bilik dan perkhidmatan kaunseling di sekolah tersebut. Menurut beliau, pada tahun 2011, banjir telah melanda SJK(T) Cantuman Chaah dan menyebabkan kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di bilik bimbingan dan kaunseling rosak. Peruntukkan wang yang agak tinggi diperlukan untuk memulihkan semula bilik tersebut. Beliau juga berkata bahawa mungkin dalam bulan Mac, bilik bimbingan dan kaunseling akan dipulihkan semula dengan menggantikan semula perabot yang rosak, mencatkan bilik dan sebagainya supaya bilik bimbingan dan kaunseling akan kembali pada keadaan asal iaitu kondusif, teraputik dan selesa. Walaupun suasana bilik bimbingan dan kaunseling selepas melanda banjir tidak begitu kondusif dan teraputik tetapi masih ramai murid datang ke bilik tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

2.1 Pencahayaan Dan Pengudaraan Melalui pemerhatian yang dilakukan ketika melawat ke bilik bimbingan dan kaunseling SJK(T) Cantuman Chaah, Chaah, kami mendapati bahawa bilik ini memiliki pengudaraan dan pencahayaan yang agak baik. Terdapat 2 lampu kalimantang dalam bilik bimbingan dan kaunseling tersebut. Tingkap di belakang bilik yang dipasang langsir berwarna biru, jelas kelihatan aspek pencahayaan bilik tersebut agak baik. Melalui pemerhatian kami selama 1 minggu, kami dapati bahawa bilik ini sentiasa terang walaupun tidak dipasang lampu disebabkan oleh kedudukan bilik tersebut di sekolah yang selalu mendapat sinaran matahari.

12

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Gambar ini menunjukkan tingkap yang ditutupi oleh langsir berwarna biru Dalam aspek pengudaraan pula, bilik ini dilengkapi dengan sebuah pintu iaitu pintu masuk. Walaupun terdapat 2 kipas tetapi hanya 1 kipas sahaja dapat berfungsi dengan baik. banjir sekolah kipas dalam rosak. juga yang bilik Bilik agak Hal ini kerana melanda tersebut terdapat tersebut tersebut panas yang

menyebabkan sius dan

walaupun tingkap yang terdapat di belakang bilik tersebut sentiasa dibuka. Suasana sebegini menyebabkan klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling berasa tidak selesa dan senang. Pemasangan kipas akan dilakukan dalam bulan Mac untuk memulihkan semula keadaan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik.

13

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

2.2 Susun Atur Perabot Dan Kemudahan Melalui pemerhatian kami, beberapa susun atur perabot telah pun menepati kesesuaian bagi sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah rak atau almari bagi menyimpan fail-fail yang berkaitan diletakkan pada sudut yang sesuai dan keadaan ini tidak mengganggu sama sekali pergerakan di dalam bilik. Tempat duduk untuk klien juga agak selesa dan senang untuk guru bimbingan dan kaunseling untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling kelompok mahupun kaunseling individu. Cermin di ruang hadapan pintu masuk juga agak sesuai dalam bilik tersebut.

Gambar ini menunjukkan rak yang terdapat fail-fail murid

14

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Gambar ini menunjukkan kedudukan sofa untuk melakukan kaunseling kelompok Namun begitu, terdapat juga susunan perabot dalam bilik kurang sesuai jika mengikut keperluan perkhidmatan bagi sesuatu ruang yang disediakan. Melalui pemerhatian kami, kami dapati bahawa bilik tersebut kecil dan tidak begitu luas. Selain daripada rak fail-fail penting, terdapat juga rak yang mengandungi nota-nota yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang menyebabkan pergerakan klien dalam bilik tersebut tersekat. Rak tersebut juga menghalang guru bimbingan dan kaunseling untuk memerhatikan pergerakan klien kerana ia menjadi penghalang. Selain itu, salah satu kelemahan dalam bilik bimbingan dan kaunseling tersebut adalah komputer. Tiada sebuah komputer pun dalam bilik tersebut.

Gambar ini menunjukkan rak yang terdapat nota-nota berkaitan bimbingan dan kaunseling yang menghalang guru pembimbing melihat pergerakan murid atau klien
15

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Justeru itu, beberapa penambaikkan boleh dilakukan dalam aspek susun atur perabot di bilik ini. Antaranya adalah, komputer haruslah diletakkan dalam bilik kaunseling supaya murid dapat menngunakan komputer untuk melepaskan tekanan mereka. Sebuah meja tambahan hendaklah diletakkan di tengah sofa supaya memudahkan guru bimbingan dan kaunseling berbincang dengan penjaga atau ibu bapa klien. Kedudukan meja guru bimbingan dan kaunseling hendaklah dekat dan tidak terlalu jauh dari penglihatan guru.

2.3 Susun atur bahan bacaan dan informasi Melalui pemerhatian kami, terdapat beberapa informasi dan hasil kerja yang ditampal pada papan informasi di dalam bilik ini. Selain itu, terdapat juga posterposter seperti Poster Anti-Dadah, larangan merokok, kata-kata motivasi dan sebagainya ditampal pada dinding-dinding bilik tersebut tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Gambar ini menunjukkan kata-kata semangat, poster anti-dadah yang terdapat pada dinding bilik tersebut Namun begitu, bilik bimbingan dan kaunseling ini masih kurang lengkap dalam penyediaan bahan-bahan bacaan seperti majalah, buku, risalah dan sebagainya. Sebagai cadangan, guru bimbingan dan kaunseling boleh menyediakan lebih banyak bahan bacaan yang selaras dengan umur murid atau klien yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Sebagai contoh, guru tersebut boleh menyediakan bahan
16

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

bacaan seperti cara mengurangan stres dan sebagainya. Bahan bacaan ini secara langsung akan membantu pelajar atau klien untuk menyelesaikan masalah mereka yang berkaitan dengan emosi, sosial dan tingkah laku melalui pembacaan yang dilakukan.

2.4 Warna bilik Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang , menutupi ketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati. Melalui pemerhatian kami, guru bimbingan dan kaunseling telah memilih warna putih untuk melatari setiap ruang di bilik tersebut. Menurut guru bimbingan dan kaunseling, warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan. Walaupun klien atau murid datang ke bilik tersebut mempunyai pemikiran yang kotor, tidak bermoral atau sebagainya tetapi semasa keluar dari bilik tersebut murid atau klien mestilah menjadi seorang insan yang suci dan bersih

. Gambar ini menunjukkan bilik kaunseling dicatkan dengan warna putih

17

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Sebagai penambahbaikkan, guru tersebut boleh menggunakan warna hijau kerana warna hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Selain itu, guru tersebut juga boleh menggunakan warna merah jambu kerana warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan (dipetik dari artikel wikipedia).

18

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling 3.0

Kesesuaian Kaunseling

Lokasi

Bilik

Pelan

Lokasi

Bilik

Bimbingan

dan

kaunseling

Gambar ini menunjukkan pandangan hadapan bilik kaunseling Bilik bimbingan dan kaunseling merupakan bilik khas yang memerlukan suasana yang aman dan damai. Oleh yang demikian, faktor kesesuainan lokasi di setiap sekolah perlulah diambil kira. Merujuk kepada pelan, bilik bimbingan dan kaunseling terletak di aras bawah bersebelahan dengan dewan sekolah. Bilik ini juga terletak berhampiran dengan bilik pendidikan khas dan bilik prasekolah. Pada pendapat saya, lokasi bilik bimbingan dan kaunseling SJK (T) Cantuman Chaah ini adalah agak strategik. Ini adalah kerana kedudukan yang terletak di aras bawah dan bersebelahan dengan dewan akan memudahkan pelajar untuk mengunjungi bilik kaunseling pada bila-bila masa sahaja. Di samping itu, kedudukan bilik yang jauh dari bilik darjah dapat menjamin kerahsiaan klien, murid-murid dan guru-guru lain tidak mengetahui tentang kehadiran klien ke bilik kaunseling. Dengan ini, pelajar boleh datang ke bilik bimbingan dan kaunseling tanpa berasa segan silu. Kehadiran klien dapat disembunyikan daripada
19

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

pengetahuan orang lain. Secara tidak langsung. Klien akan berasa senang hati dan selesa dengan kedudukan strategik ini. Tambahan pula, kedudukan bilik kaunseling dan bimbingan ini juga dapat menyenangkan pelajar pendidikan khas yang menghadapi masalah fizikal seperti kaki untuk mengelakkan daripada menaik tangga. Ini adalah salah satu manfaat yang klien dapat daripada kedudukan bilik ini. Mereka tidak perlu bersusah-payah untuk menaik tangga semata-mata untuk berjumpa dengan kaunselor. Akan tetapi masih ada beberapa aspek yang boleh ditambah baik. Sebagai contoh, kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling bersebelahan dengan dengan dewan. Apabila mengadakan sesuatu program atau perjumpaan di dewan, sudah pasti keadaan di dalam bilik kaunseling menjadi hinggar binggar. Suasana atau keadaan dewan akan memberi kesan kepada diri pelajar. Sebagai contoh, suasana dewan yang bising akan menyebabkan klien di bilik kaunseling terganggu dan tidak selesa. Bunyi bising sudah tentu akan menggangu satu-satu sesi bimbingan dan kaunseling yang akan dijalankan dan turut member tekanan kepada murid yang mempunyai masalah kerana tidak mendapat ketenangan di bilik tesebut. Ini boleh menjejaskan perbualan antara kaunselor dan klien. Klien tidak dapat memberi komitmen yang sepenuh yang kepada kaunselor. Selain itu, bilik bimbingan dan kaunseling juga terletak berhampiran dengan bilik prasekolah. Biasanya, pelajar prasekolah suka membuat bising dan guru menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas. Klien akan berasa lebih tertekan apabila mendengar bunyi bising dan kuat. Tambahan pula, Klien menghadapi masalah untuk meluahkan perasaan mereka kepada kaunselor.Adalah lebih baik dan konduksif jika bilik bimbingan dan kaunseling ini diletakkan jauh dari dewan. Dengan itu, kerahsiaan klien lebih terjamin dan lebih ramai murid akan lebih berminat untuk pergi ke bilik kaunseling sekaligus mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor.

20

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah

21

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Pelan bilik bimbingan dan kaunseling

22

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

4.0 Kesesuaian Program Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.

Kesesuaian sesuatu program bergantung kepada objektif sesuatu program yang dijalankan. Jika program yang dirancang telah mencapai objektif yang ditetapkan, maka program itu sangat sesuai dengan murid-murid. Terdapat banyak program yang dilaksanakan dibawah unit bimbingan dan kaunseling sekolah SJK(T) Cantuman Chaah. Antaranya ialah program transisi tahun 1, program transisi tahun 4, kempen anti dadah, bulan kemerdekaan dan sebagainya. Kami bersama guru bimbingan dan kaunseling telah merancang untuk melaksanakan kempen anti dadah selama 1 minggu bermula pada 20.02.2012 hingga 24.02.2012 iaitu 5 hari di sekolah tersebut. Kami memilih murid-murid tahap 1 dan tahap 2 sebagai kumpulan sasaran bagi program ini. Objektif program kami adalah untuk menyedarkan muridmurid tentang betapa bahaya dadah kepada manusia dan cara mengelakkan diri daripada menagih dadah. Pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menjayakan program kempen anti dadah. Sokongan guru-guru sekolah tersebut sangat memuaskan.

LAPORAN

MINGGU

ANTI

DADAH

ANJURAN

UNIT

BIMBINGAN

DAN

KAUNSELING
1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi

23

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. 2.0 MATLAMAT Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. Untuk memastikan muridmurid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya; 3.0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah seperti berikut: 3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat; 3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi; 3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah; 3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid. 4. 0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid Pra sekolah, pendidikan khas, Murid-murid Tahun 1 Tahun 6 5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA (rujuk lampiran)

24

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

6.0 TENTATIF PROGRAM (TEMPAT : Tapak perhimpunan pagi /kelas /dewan ) TARIKH 20.02.2012 MASA 7.30 pagi AKTIVITI Pelancaran Minggu Anti Dadah Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh semua murid Membaca Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ucapan Perasmian Taklimat aktiviti Minggu Anti dadah Persembahan Koir Persembahan drama Edaran tajuk & syarat-syarat pertandingan mewarna /melukis poster/sajak/ 21.02.2012 22.02.2012 23.02.2012 24.02.2012 10.15 pagi 10.15 pagi 10.15 pagi 10.15 pagi Edaran soalan kuiz pencegahan dadah Pertandingan mewarna bagi murid tahap 1, prasekolah dan pendidikan khas Pertandingan melukis poster bagi tahap 2 Kuiz bagi tahap 1 dan tahap 2 Majlis penutupan program minggu Anti dadah

Keputusan acara-acara yang telah dipertandingkan; Pertandingan mewarna Prasekolah Tempat kedua Sharvesh Pendidikan khas Naven Tahun 1 Dennison Tahun 2 Kanimoli Tahun 3 Malarvili Pertandingan melukis poster Tahun 4
25

Tempat pertama Kunaselan puvanthran Pavithran Gayathiri Hariharan

Tempat ketiga Nanthini Yelumalai Muthu Jeeva Nurul Asyikin

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Vani Taneswary Tahun 5 Mages Yogendran Gobin Tahun 6 Raam Kumar Mohd. Basir Kokila Pertandingan kuiz antidadah tahap 1 dan 2 Tahun 1 Divina Nisha Kathireshan Tahun 2 Joshua Gangga Dinesh Tahun 3 Kaliswary Pavithra Mohan Tahun 4 Chitra Daneswary Kumutha Tahun 5 Bawani Sutha Vennila Tahun 6 Balakrishnan Surenthiran Ganesh

Dinesh

Kelebihan , Kelemahan dan Penambahbaikan dalam Program Yang Dilaksanakan 1 Malaysia Membanteras Dadah, Ini adalah tema bagi minggu anti dadah tahun 2012 yang dianjurkan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah. Matlamat utama program yang berlangsung pada 20/02/201224/02/2012 ini adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.

26

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Setiap program yang diadakan mempunyai kelemahan

dan kelebihan

walaupun dirancang dengan sistematik. Dengan ini, terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan dalam program minggu anti dadah yang telah diadakan di sekolah. Kita sedia maklum bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum, agama, usia, dan jantina. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Masalah ini juga telah menyumbang kepada peningkatan gejala sosial, kejadian jenayah, keganasan, pembunuhan, peningkatan kes HIV/AIDs dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Sekali terjebak dengan gejala dadah amat sukar untuk mencari jalan keluar.Melalui program seperti ini, pelajar mendapat pendedahan baru tentang dadah. Para pelajar dapat memahami tentang keburukan dadah, kesan daripada menagih dadah dan lain-lain lagi. Dengan mempunyai pengetahuan ini, pelajar dapat mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam unsur negatif sebegini. Mereka sedar bahawa dadah akan membawa maut kepada mereka yang menagihnya. Tambahan pula, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk semua pelajar mengikut tahap seperti aktiviti mewarna untuk pelajar pendidikan khas dan prasekolah, pertandingan kuiz dan aktiviti mewarna untuk pelajar-pelajar tahap1 dan pertandingan kuiz dan pertandingan melukis poster untuk pelajar-pelajar tahap 2. Secara tidak langsung, semua pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang sempena minggu anti-dadah. Aktiviti yang telah dirancang bersesuaian dengan tahap pelajar. Di samping itu, pelajar juga dapat menambahkan pengetahuan tentang dadah apabila melibatkan diri dalam pertandingan kuiz. Kelemahan program minggu antidadah ialah kesuntukan masa. Kami mengadakan aktiviti-aktiviti ini pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini mengganggu proses p&p dan segelintir guru tidak dapat menjalankan kelas sebagaimana yang telah dirancang untuk satu minggu. Selain itu, pelajar pendidikan khas dan prasekolah mengambil masa yang lama untuk mewarna. Ini adalah kerana gambar yang diberi adalah begitu padat dan besar dan sukar untuk pelajar menyiapkannya dalam masa yang singkat. Kami perlu memberi gambar sederhana besar yang senang untuk berwarna kepada pelajar prasekolah dan pendidikan khas pada masa akan datang.

27

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Tambahan pula, kesuntukkan masa juga menyebabkan kami tidak dapat membeli hadiah yang berkualiti untuk pemenang. Kami hanya memberi fail, buku latihan dan kotak pensel sebagai hadiah untuk pelajar. Beberapa pelajar yang mengharapkan hadiah yang bermutu menjadi sedih dan kecewa apabila mendapat hadiah yang kosnya rendah. Guru-guru perlu melantik AJK hadiah semasa memilih jawatankuasa tertinggi supaya dapat memberi hadiah yang memuaskan pelajar. Kita harus membaiki kelemahan dan mempertingkatkan kelebihan sesuatu program. Kita harus menjadikannya sebagai pengajaran dan berusaha untuk mengurangkan kelemahan apabila membuat program baru.

Gambar Program Minggu Anti-Dadah...

Bacaan ikrar oleh wakil pelajar

Bacaan perutusan menteri pelajaran

28

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Perasmian minggu anti-dadah oleh guru besar

29

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak prasekolah

5.0 Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Malah, semua guru yang terlatih dianggap sebagai guru bimbingan atau guru pembimbing. Kita rujuk semula apakah yang dimaksudkan dengan bimbingan. Bimbingan bermaksud bermaksud memberi nasihat atau maklumat demi perkembangan kendiri kanak-kanak dan menggelakkan masalah supaya tidak menjadi rumit ataupun besar. Dalam hal ini, sudah tentu setiap guru di sekolah, samada guru matapelajaran atau guru kelas, mampu memainkan peranan tersebut dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing. Komponen pertama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah merujuk kepada inventori, taksiran dan rekod. Sebagai guru pembimbing, guru biasa harus membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat mengenai kanak-kanak. Kemudian, maklumat yang terkandung dalam rekod-rekod tertentu boleh disemak oleh guru bimbingan dan kaunseling serta digunakan sebagai
30

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

rujukan untuk tindakan susulan, samaada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain. Sebagai contoh, dengan mengadakan Program Orientasi bagi murid Tahun 1. Program sebegini mampu menyediakan diri murid-murid dengan alam persekolahan yang bakal mereka tempuhi sepanjang menjalani proses pembelajaran di sekolah. Mereka juga menolong murid dalam pelajaran dengan memperkenalkan sistem pendidikan kepada murid. Guru biasa juga memaparkan kepada murid berkenaan matlamat pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana persekitaran. Mereka juga menganjurkan kepada murid kaedah belajar secara berkesan, peraturan sekolah dan kepentingan mata pelajaran. Guru biasa seharusnya memberikan bantuan kepada murid dalam membuat perancangan persekolahan mengikut kebolehan, kemampuan, minat dan perkembangan murid dengan membangkitkan semangat kesedaran dalam kalangan murid pada peringkat awal tentang kepentingan pelajaran sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.Semangat yang ditabur sejak kecil lagi akan mempengaruhi seseorang pelajar supaya dapat menjadi seorang insan yang berguna pada masa akan datang. Selain itu, Guru biasa juga dapat membantu murid menyelesaikan masalah mereka dalam bidang pelajaran di sekolah dengan membantu murid membentuk tabiat kerja yang baik dan sahsiah yang sempurna selain dari akhlak dan adab yang unggul. Di sini guru biasa membimbing atau mengukir pelajar dengan tingkah laku yang baik dan melahirkan insan yang beraklak mulia. Guru biasa juga menjadi tempat mengadu masalah pelajar. Mereka perlu menjaga pelajar dengan membantu menyelesaikan masalah. Di samping itu, guru biasa turut terlibat dalam merancang, mengawal selia, dan mengemas kini rekod dan inventori pelajar. Kebiasaanya, peranan ini lebih kepada guru kelas yang memiliki segala rekod berkenaan semua murid dalam kelasnya. Mereka mengumpul menyedia dan menyebar maklumat serta resos bimbingan dan kaunseling dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai. Sekiranya terdapat apa-apa masalah, guru biasa menjadi medium perantaraan atau perunding antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi tujuan penyampaian maklumat atau masalah murid, seterusnya membuat perbincangan tentang bagaimana masalah tersebut harus diselesaikan dengan berkesan.
31

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Melalui pemerhatian, kami dapati bahawa guru pendidikan khas juga merupakan guru pembimbing yang memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada pelajar yang bermasalah. Pn. A. Saraswati, guru pendidikan khas sekolah Cantuman Chaah adalah seorang guru pembimbing yang peka terhadap kelemahan dan kekuatan pelajar. Di samping itu, beliau juga seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan tegas. Pendidikan khas terdiri daripada 11 orang pelajar. Beliau mengenali semua murid secara mendalam seperti latar belakang pelajar,minat dan kekurangan setiap pelajar. Beliau tidak pernah menganggap pelajar-pelajar tersebut sebagai golongan kurang upaya. Malah, beliau percaya bahawa setiap pelajar mempunyai keistimewaan sendiri. Dengan memberi dorongan dan semangat beliau pasti boleh menukar kedudukan para pelajar kepada yang lebih baik. segelintir pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku juga telah diubahkan oleh Pn. Saras. Walaupun menghadapi banyak masalah daripada pihak luar tetapi beliau masih memikul tanggungjawabnya sebagai guru pembimbing. Guru biasa juga boleh dilantik menjadi penyelaras aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat sekolah atau menjadi penyelaras program mentor-mentee. Mereka terlibat dalam perancangan program di sekolah, menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program, menentukan halatuju dan melaksanakan perancangan program, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan serta di akhirnya, guru ini akan membuat penilaian terhadap kekuatan dan kelemahan program yang dilaksanakan. Selain daripada itu, mereka juga merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti pembangunan murid seperti kepimpinan, pembimbing rakan sebaya ( PRS) dan jati diri. Guru biasa berperanan dalam melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa. Sebagai guru biasa, mereka lebih memahami tingkah laku murid-murid melalui pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalani aktiviti harian dalam kelas. Guru harus memberi perhatian kepada komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Pemerhatian oleh guru kelas atau guru matapelajaran merupakan input yang amat berguna tentang tahap literasi bahasa masing-masing. Sebagai contoh, kegagalan seorang kanak-kanak untuk memahami satu-satu bahasa yang digunakan oleh guru atau rakan-rakan sedarjah boleh di salah tafsir sebagai sifat malu dan segan. Justeru, pada ketika
32

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

inilah guru kelas atau guru matapelajaran memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan bimbingan kepada murid ini. Mereka perlu merangsang pelajar supaya meluahkan perasaan yang terpendam dalam jiwa mereka. Guru biasa atau guru matapelajaran adalah guru yang paling hamper dengan murid-murid. Melalui pemerhatian, guru dapat mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid. Ekoran daripada pemerhatian terhadap aktiviti dalam kelas, misalnya mewarna, menggunting atau merekabentuk sesuatu, guru akan dapat menentukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh sesorang murid, apa yang boleh dilakukan dengan bantuan orang lain, dan apa yang mampu dilakukan secara berdikari. Bimbingan boleh dilakukan oleh guru terhadap murid-murid yang mengalami masalah agar murid ini tidak mengalami keciciran atau berasa rendah diri berada di kalangan murid-murid yang lebih berkebolehan berbanding mereka. Guru biasa memainkan peranan yang amat besar dengan mendampingi pelajar dan mengenali pelajar dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi masalah mereka dan mendapatkan nasihat atau bimbingan daripada guru. Mereka tidak akan berasa segan atau teragak-agak untuk berterus-terang. Dengan ini, guru dapat mengelakkan diri pelajar daripada pelbagai gejala sosial dan sebagainya. Melalui pemerhatian dan rujukan, amat jelas bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan peranan yang amat penting dalam membantu guru bimbingan dan kaunseling memperoleh satu profil awal kanak-kanak melalui teknikteknik pengumpulan maklumat yang disarankan. Segala maklumat ini mampu membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk merancang intervensi yang wajar demi kepentingan guru amnya dan kanak-kanak khasnya.

33

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Refleksi
Semasa saya mendapat tugasan kerja kursus pendek EDU 3107 iaitu Bimbingan dan Kaunseling saya berasa kecewa dan tertekan. Ini adalah kerana saya kurang jelas dengan tajuk tugasan yang diberi oleh En.Razak bin Kaprawi. Selepas itu, saya membaca dan cuba memahami konteks yang terdapat dalam kertas tugasan yang diberi oleh pensyarah. Saya masih kurang jelas dan tidak mendapat pandangan yang jelas tentang tajuk tugasan. Pensayarah kami menjelaskan tugasan dengan lebih terperinci. Saya mula memahami tajuk tugasan yang diberi dengan jelas dan secara mendalam. Kami menanya beberapa soalan supaya mendapat gambaran yang jelas tentang tajuk tugasan. Pensyarah kami begitu sabar menerangkan setiap soalan beserta dengan contoh. Seabagai persediaan awal, saya mula mengumpul banyak bahan tentang bilik kaunseling supaya menjadikannya sebagai rujukan. Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga
34

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

bersyukur kerana mempunyai rakan seperjuangan saya iaitu Ranjanie A/P Karunamoorthy yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya. Kami selalu berkongsi maklumat tentang tajuk tugasan. Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Saya menghadapi banyak cabaran semasa membuat tugasan ini. Kami dikehendaki membuat tugasan ini semasa menjalani praktikum. Walaupun terdapat banyak kerja di sekolah dan kesuntukan masa kami tetap mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Kami berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Cantuman Chaah, Johor iaitu En Ranjeet. Kami berjumpa dengan beliau dan mengumpul maklumat tentang bilik kaunseling, program yang telah dirancang dan lain-lain lagi. Beliau berkongsi pengalamannya bekerja sebagai guru bimbingan dan kaunseling selama 4 tahun. Kami mendapat pendedahan atau pengetahuan yang baru daripada tugasan ini. Kami membanyakkan membaca tentang bilik bimbingan dan kaunseling yang sesuai untuk klien supaya dapat membuat perbandingan dengan bilik kaunseling sekolah Cantuman Chaah. Melalui bacaan saya mendapati bahawa bilik kaunseling seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang konduksif, teraputik, selesa dan menyenangkan. Tambahan pula, suasana bilik bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif dan secara tidak langsung, membantu menyediakan klien dalam keadaan tenang dalam menangani masalahnya dengan berkesan. Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran bimbingan dan kaunseling ini terhadap diri saya sebagai seorang bakal guru. Contohnya melalui pencarian maklumat berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling dalam sub tajuk peranan guru biasa sebagai guru pembimbing saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan saya telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap

35

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan saya bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek Bimbingan dan Kaunseling ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan melahirkan bangsa Malaysia yang bersemangat, tekun dan rasional. . Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya kerana telah banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.Tidak lupa juga juga mengambl kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan saya telah meberi sokongan moral dan kata-kata semangat. Sekian Terima Kasih.

Thamilchilvee A/P Malayalam 7 PISMP PK(h)/PJ/BT

36

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Refleksi
Kali ini kami dikehendaki menyiapkan sebuah kerja kursus pendek untuk matapelajaran bimbingan dan kaunseling. Secara berpasangan, kami dikehendaki membuat pemerhatian terhadap bilik bimbingan dan kaunseling dan membuat laporan mengenai kesesuaian lokasi, suasana bilik kaunseling dan kesesuaian program yang dilaksanakan di sekolah tersebut serta menghuraikan peranan guru biasa sebagai guru pembimbing. Mula-mula, saya berasa sangat keliru dan agak kurang faham dengan kerja kursus ini. Pelbagai soalan yang muncul dalam minda saya sehingga saya mendapat tunjuk ajar dan penjelasan mengenai kerja kursus dari pensyarah saya. Walaupun saya memahami tajuk tugasan dengan baik tetapi saya berasa takut kerana jika tiada bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah praktikum saya, maka saya terpaksa mencari sekolah yang mempunyai bilik tersebut di sekitar Chaah. Mata saya mencari bilik bimbingan dan kaunseling dengan teliti pada hari pertama saya pergi ke sekolah tersebut. Saya berasa lega setelah mendapat tahu dan melihat dengan mata sendiri bahawa sekolah SJK(T) Cantuman Chaah
37

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

mempunyai bilik bimbingan dan kaunseling.

Sebelum pergi ke sekolah untuk

menjalani praktikum, saya dan rakan seperjuangan saya telah mencari banyak bahan mengenai tajuk tugasan kami dalam perpustakan IPTI, perpustakan Sultan Ismail dan internet. Maklumat-maklumat yang kami cari sangat membantu semasa membuat keja kursus ini. Guru bimbingan dan kaunseling merupakan setiausaha sukan dan beliau sangat sibuk dengan sukaneka yang akan berlangsung dalam tempoh seminggu. Ini menyebabkan kami terpaksa berjumpa dengan beliau pada minggu ketiga. Saya berasa sangat takut dan bimbang kerana saya belum berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan maklumat mengenai bilik tersebut. Saya telah menetapkan temu janji bersama guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan maklumat seperti gambar, pelan dan sebagainya. Selepas guru kaunseling, saya dan rakan mendapatkan maklumt dari En. Ranjeet iaitu

seperjuangan mula membuat tugasan. Semasa membuat tugasan ini, kami terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan juga mendapat pelbagai pengetahuan. Melatih murid ke pertandingan MSSK, terlibat dalam sukaneka pelajar dan tugasan sebagainya menyebabkan kami terpaksa menyiapkan kerja kursus pendek dalam saat yang terakhir. Kadang kala kami pulang ke rumah lambat pada petang menyebabkan kami berasa sangat letih untuk membuat kerja kursus kerana terpaksa membuat persediaan untuk pengajaran hari seterusnya. Selain itu, banjir yang sering melanda sekolah tersebut menjadi penghalang utama bagi menjayakan kerja kursus kami. Banjir menyebabkan kami agak sukar untuk menangkap gambar sebagai bukti untuk menjawab sesetengah soalan. Ini kerana susun atur dan suasana bilik kaunseling menjadi kurang selesa dan kurang baik jika dibandingkan dengan sebelumnya. Walaupun mengahadapi banyak cabaran tetapi saya dapat menyiapkan kerja kursus tersebut dengan sempurna. Saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan semasa membuat tugasan ini. Salah satunya ialah pengurusan masa. Walaupun saya terpaksa membuat kerja sekolah juga tetapi saya masih meluangkan masa untuk membuat tugasan ini. Hubungan saya dan rakan saya menjadi agak rapat dengan membuat tugasan ini. Ini kerana setiap kali saya berasa berasa tertekan dan takut terhadap tugasan rakan sayalah akan memotivasikan saya. Dia selalu memberi kata-kata semangat
38

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

dan menasihati supaya jangan berputus asa dengan cepat malah selalu membuat kerja dengan ikhlas. saya juga dapat meningkatkan kefahaman saya tentang bimbingan dan kaunseling dengan lebih baik dan mendalam. Selain membuat tugasan, saya juga mendapat pengetahuan tentang cara melaksanakan sebuah sesi kaunseling individu mahupun kelompok. Saya juga mendapat tahu peranan guru biasa sebagai guru pembimbing dengan lebih jelas. Saya juga mendapat tahu kepentingan matapelajaran bimbingan dan kaunseling kepada saya dengan lebih jelas. Saya juga dapat memahami peranan guru biasa sebagai guru pembimbing dengan lebih baik. Saya dapat melihat perkara yang saya belajar di kampus semasa membuat tugasan ini. Saya juga mendapat tahu bahawa terdapat pelbagai aspek yang menjadikan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling lebih selesa, teraputik dan baik. Saya juga mendapat tahu cara melaksanakan sebuah program dalam sekolah dengan lebih mendalam. Saya juga mendapat tahu tentang cabaran cabaran yang akan dihadapi semasa melaksanakan sesuatu program. Segala ilmu yang saya timba semasa membuat tugasan ini akan membantu saya pada masa yang akan datang iaitu selepas saya menjadi seorang guru. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada pensyarah, guru kaunseling SJK(T) Cantuman Chaah dan rakan saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sekian. Terima kasih

Ranjanie A/P Karunamoorthy, 7 PISMP PK(h)/PJ/BT

39

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Bibliografi

Eh Ah Meng (1995). SIRI PENDIDIKAN SEKOLAH DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (ASAS PENDIDIKAN 4). Fajar Bakti Sdn Bhd.

Tang Chee Yee (1997). SIRI PENGURUSAN SEKOLAH, BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2003). Siri Pengajian Tinggi Cerdik : PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH. Cerdik Publication Sdn Bhd.
40

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

Choon Lean Keow, PhD. (2007). KAUNSELING : TEORI DAN PRAKTIS PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN PENAGAMAL untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : Program Pra-Sarjana Muda Pengajaran; Kursus Dalam Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah/Menengah (KDP). Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH. Cerdik Publication Sdn.Bhd.

Mizan AdiliahAhmad Ibrahim dan Halimatun Halalaih Mokhtar. KAUNSELING INDIVIDU. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Mohd Salleh Lebar. BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Siri Pendidikan Longman

http://raulzaidi.blogspot.com/2010/01/nota-nota-rujukan-edu-3107bimbingan.html http://www.scribd.com/doc/26285698/Edu-3107-Bimbingan-Dan-KaunselingTutorial-4-0 http://arezam.wordpress.com/2010/05/16/peperiksaan-edu-3107-bimbingan-dankaunseling/ http://www.mediafire.com/?nkg1ybqgu3jygpz http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/peranan-guru-biasasebagai-guru.html http://ebimbel. Net/r/973-Definisi-bimbingan- Kaunseling http;//ebimbel.net/1/634-Definisi-Bimbingan Konseling- Menurut-Para-Ahli
41

Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling

42