Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.

t kerana berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah Tingkatan 3

TAJUK KAJIAN: PRODUK TEMPATAN (PAKAIAN)

Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibubapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian dijalankan. Setinggi penghargaan juga kepada guru sejarah, En Zuraihan b Mat Lazim yang banyak memberi panduan, nasihat dan bimbingan serta Tuan Pengetua SMK Putera Jaya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada semua responden dan rakan sekelas yang memberi sokongan dan kerjasama. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Sekian, terima kasih.

BATIK

KAEDAH KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian ini ialah: i. Saya dapat mengetahui asal usul batik di Malaysia. ii. Mengetahui secara mendalam bagaimana batik. iii. Mengetahui pelbagai jenis produk yang diperbuat daripada batik. iv. Menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah tingkatan 3 tahun 2012. 1. Kaedah Melayari Internet Saya mengumpul bahan melalui kaedah melayari internet. Di sini saya mendapat pelbagai maklumat yang berkaitan dengan batik. 2. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan Saya mengunjungi perpustakaan di sekolah dan berhampiran dengan tempat tinggal saya untuk mendapatkan maklumat serta bahan rujukan tentang batik. 3. Kaedah Temu Bual Orang Sumber Mengenalpasti orang yang berpengalaman yang sudi memberi maklumat tentang perusahaan batik.

HASIL KAJIAN Produk Tempatan BATIK


PENGENALAN Batik berasal dari perkataan Jawa yang bermakna menulis, dan nitik yang bermaksud membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya di alam Melayu. Pada masa kini, terdapat pelbagai corak yang dikenali sebagai batik moden tetapi batik tradisi tetap menjadi pilihan pengguna. Tugasan saya akan merujuk kepada perusahaan batik yang dikendalikan oleh Desa Murni Batik Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat pengeluar batik bumiputera yang mempunyai pusat jualan di Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur dan Perak.

LATAR BELAKANG Syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd di asaskan oleh Tuan haji Embong Bin Su. Ia memulakan operasi mengeluar dan menjual batik bermula tahun 1974 lagi. Syarikat memulakan perusahaan dengan memproses batik secara tradisional dan kemudian batik lukis bermula tahun 1990. Memandangkan permintaan tinggi terhadap batik, Desa Murni telah membina kilang yang berteknologi tinggi sesuai dengan perkembangan teknologi. Banyak kepentingan penggunaan batik seperti dijadikan kain sarung, baju kurung, tudung dan ssebagainya. Keunikan batik Desa Murni ialan ia menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi dan mampu menawarkan lebih 100 000 design terkini dalam usaha memenuhi citarasa pelanggan.

KAEDAH PENGHASILAN Untuk membuat batik tdak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Antara bahan yang digunakan untuk membuat batik ialah seperti kain, lilin canting, warna, pemati warna dan serbuk soda. Antara peralatan membuat batik juga ialah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, dan sterika. Untuk memulakan membuat batik, kain perlu dilukis terlebih dahulu dengan corak pilihan. Selepas itu menggunakan canting yang berisi lilin untuk mencorakkan kain. Warnakan corak tersebut mengikut kesesuaian. Akhir sekali masukkan kain ke dalam periuk panas untuk menghilangkan lilin dan keringkan kain tersebut. Terjadilah batik.

PERKEMBANGAN BATIK
Permintaan terhadap batik amat menggalakkan. Malah mulai 17 januari 2008, semua kakitangan awam di Malaysia dikehendaki memakai batik pada setiap hari Khamis. Dalam konteks Desa Murni Batik, ia telah mengeluarkan pelbagai jenis batik untuk kepuasan pelanggan. Dari harga yang murah sehingga yang mahal.Antara produk batiknya ialah seperti: i. Sutera Eksklusif ii. batik 1 Malaysia iii. Damia Batik eksklusif dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai