Anda di halaman 1dari 6

Penilaian Alternatif - Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan - Menilai pencapaian pelajar

secara menyeluruh - Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan - Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran - Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain - Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai Penilaian alternatif adalah berdasarkan kepada ujian-ujian yang berasaskan pencapaian (performance based). Penilaian alternatif harus mempamerkan apa yang dianggap sebagai kemahiran, dan apa yang akan diterima atau ditolak, sebagai pertunjuk kepada pencapaian (Wolf, 1993). Penilaian alternatif juga dikenali sebagai penilaian autentik. Ia merangkumi sebarang bentuk penilaian yang memerlukan pelajar menghasilkan dan menerangkan respons yang dihasilkan itu dan bukan hanya memilih respons dari senarai beberapa kemungkinan respons yang disediakan. Penilaian autentik akan mengukur matlamat pembelajaran yang lebih kompleks dan merupakan sokongan kepada pengajaran yang diperlukan untuk membantu pelajar mencapai matlamat ini. Tujuan utama menjalankan penilaian alternatif adalah untuk membolehkan objektif pendidikan yang lebih luas dinilai, termasuk objektif-objektif dari domain-domain afektif dan psikomotor yang dinilai menerusi tugasan dan kerja kumpulan secara individu atau berkumpulan. Di antara bentuk penilaian alternatif yang boleh dijalankan secara berterusan ialah; projek, karangan dan berbagai bentuk ujian penulisan, ujian lisan, ujian amali, portfolio, tugasan, temu bual, soal selidik dan pemerhatian oleh guru. Pelaksanaan penilaian alternatif ini dapat mencakupi kemahiran yang lebih meluas jika dibandingkan dengan penggunaan ujian pencil dan kertas. Walau bagaimana pun beberapa masalah perlu di lihat secara objektif dan kritikal. Antaranya ialah; i. ii. iii. iv. memastikan wujudnya kesamaan dan kecemerlangan dalam pelaksanaan penilaian alternatif, memikir semula penilaian dan peranannya untuk menyokong pembaharuan dalam pendidikan, menyatupadukan penilaian dan pengajaran dalam usaha untuk menyokong pembelajaran, melaporkan hasil penilaian, dan menilai kemajuan pelajar dengan cara yang sesuai.

Selain dari itu terdapat beberapa perkara yang merupakan kekangan terhadap pelaksanaan penilaian ini. Antaranya ialah; i. ii. iii. apakah penilaian jenis ini betul-betul diperlukan untuk menilai pelajar?, adakah keputusan yang dihasilkan oleh penilaian ini benar-benar dapat digunakan untuk membuat keputusan yang lebih baik?, apakah penilaian ini berupaya memberikan pertunjuk kepada kesahan ujian dan kebolehan pelajar?,

iv.

adakah kaedah penilaian ini boleh dipercayai dan boleh dipertanggungjawabkan sebagai satu standard yang boleh dipercayai dan diterima pakai dalam mana-mana sistem pendidikan?.

Pelaksanaannya memerlukan kepada anjakan paradigma di kalangan guru-guru kerana mereka harus menukar corak pengajaran yang diamalkan selama ini. Masalah yang akan timbul ialah; i. ii. iii. iv. kekurangan pengalaman di kalangan guru kerana penilaian bentuk ini adalah suatu yang baru, kekurangan kepakaran untuk membantu guru merancang dan melaksanakan penilaian ini dalam masa yang terdekat, beban kerja di kalangan guru dan pelajar akan bertambah, kekurangan sokongan dari segi pentadbiran kerana tumpuan penilaian masih kepada hasil akhir pembelajaran.

Untuk merealisasikan anjakan paradigma sebegini bukan merupkan sesuatu perkara yang mudah (Gilman & McDermott, 1994). Kaedah penilaian ini juga memerlukan kemahiran baru yang perlu ada pada guru dan hanya boleh dijalankan jika ada kesungguhan dan kepakaran serta kepercayaan dari masyarakat. Isu-isu lain yang lebih penting ialah isu yang melibatkan soal kewangan dan sokongan dari pihak yang berkuasa. Pengalaman dari England menunjukkan bahawa pelaksanaan penilaian yang berasaskan rujukan kriteria sukar untuk dilakukan secara besar-besaran kerana ia melibatkan kos yang tinggi dari segi kewangan dan juga masa guru, memenatkan dan juga pandangan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa penilaian jenis ini membuatkan peperiksaan menjadi lebih mudah (Nuttall, 1992). Walau pun penilaian alternatif seperti yang dicadangkan di atas merupakan cara yang berpotensi untuk menilai kejayaan pelajar dengan lebih komprehensif dan mendalam, namun beberapa pertimbangan yang wajar harus dilakukan sebelum keputusan dibuat untuk memilih bentuk penilaian yang akan digunakan. Faktor-faktor seperti kewangan dan masa guru mungkin boleh di atasi sekiranya perancangan dibuat dengan teliti oleh semua pihak yang terlibat. Namun faktor-faktor lain juga harus dipertimbangkan seperti; sejauh mana berkesannya guru menggunakan penilaian, apakah had yang boleh dicapai oleh penilaian guru, dan bagaimana maklumat dari penilaian oleh guru disampaikan (Hiebert, 1989). Pelaksanaannya memerlukan komitmen dari pelajar, guru dan masyarakat. Dalam usaha mencari penilaian autentik, sering di katakan bahawa penilaian tradisional tidak dapat memberi pertunjuk yang sebenar tentang pencapaian pelajar secara individu. Namun harus diingat bahawa ujian yang berdasarkan penguasaan tahap pencapaian minimum dan berasaskan rujukan kriteria juga boleh distandardkan juga bila perbandingan antara pelajar perlu dilakukan. Penilaian tradisional dalam bentuk yang terstandard jika digunakan dengan betul memang mempunyai kebaikan, tetapi hanya dapat menyediakan gambaran sebahagian pencapaian seseorang individu dan mempunyai batasan yang perlu difahami (Worthen & Spandel, 1991; Shepard, 1989). Oleh itu kefahaman mendalam tentang apakah yang di katakan sebagai ujian dan penilaian yang sebenar (true test) adalah sangat penting. Ini kerana ujian terstandard yang ada sekarang jika digunakan dengan betul; sedar terhadap batasan yang dipunyai olehnya, mengelakkan salah guna skor ujian dan berusaha untuk memperbaikinya, akan tetap merupakan sumber yang bernilai untuk membuat keputusan-keputusan dalam pendidikan. Maka dengan itu

pencarian dan penggunaan ujian alternatif, yang berdasarkan pencapaian (performance based), harus dilihat sebagai usaha untuk melengkapkan lagi proses penilaian yang sedia ada supaya sebarang keputusan dari skor ujian yang akan dibuat adalah lebih tepat dan lebih bermakna. Rumusan Perbincangan di atas telah menunjukkan bahawa penilaian terhadap pencapaian pelajar dari aspek akademik sahaja tidak dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap pembelajaran yang dialami mereka. Penilaian juga harus merangkumi aspek-aspek nilai dan tingkah laku. Cadangan kepada ujian secara berterusan menggunakan penilaian alternatif diharap dapat memberi sokongan kepada penilaian pencapaian. Berbagai bentuk penilaian alternatif telah dicadangkan, namun sejauh mana pelaksanaannya adalah bergantung kepada beberapa faktor, antaranya tujuan penilaian itu sendiri, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada guru, sikap guru dan masalah-masalah dalam pentadbiran. Akhirnya juga didapati penilaian alternatif bukanlah suatu bentuk penilaian yang boleh dilakukan tanpa sebarang masalah, maka gabungan penilaian alternatif ini dengan penilaian tradisional diharap dapat mewujudkan suatu proses penilaian yang lebih mantap. Kajian ini cuba melihat sejauh mana kefahaman, amalan dan masalah yang berkaitan dengan penilaian memberi kesan ke atas pelaksanaan penilaian alternatif di sekolah menengah sebagai sokongan kepada penilaian berbentuk peperiksaan yang sedia ada.

9.5Penilaian Alternatif - bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaianformatif dan sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.- Jenis penilaian alternatif yang bolehdigunakan oleh guru ialaha ) P o r t f o l i o b) Persembahan / Amalic ) P e m e r h a t i a n a)Portfolio Satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dansumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian muridmuriduntuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah. Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahanyang berikut iaitu:- nota-nota yang disediakan oleh gurusenarai semak yang disediakan oleh guru- refleksi kendiri pelajar - buku log Tindakansusulan-peneguhan-pengayaanYaMenguasai bahanyang diajar?Tidak Tindakansusulan-pemulihanMeneruskan ke pelajaran baru

- catatan jurnal- gambar & foto Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfoliokerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. Kebaikan: melib atkan mu r id dgn sep enuhn ya d lm p roses p eng ajaran &pembelajaran. Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid. Menilai tahap perkembangan murid-murid. Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahamankendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikanoleh guru. b)Persemba han / Ama li Untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu. Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyakbergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasaarahan diberi. Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa. Gu ru mesti me mb i mb in g mu rid d lm p en yediaan p emb en tangan spt berikut:- mengenal pasti punca-punca maklumat /

sumber rujukan.- menstrukturkan pembentangan.- menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan. Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatanmurid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satupenilaian yang sah mengenai pembelajaran murid. Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satuset data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap dataitu. Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek: contoh-contoh yang dikaitkan edaran-edaran yang berkait peralatan yang digunakan dlm persembahan c)Pemerhatian Meng en al p asti ciri-ciri p erk emb an g an p elajar d rpd b id ang af ek tif & psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral,Muzik & Pendidikan Jasmani. Satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru membimbing murid-murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu. Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yangdiperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian. Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar. Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialahmelalui pemerhatian, projek / kerja lapangan.

Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihandapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan,pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru). Strategi Pelaksanaan- d i b u a t s e c a r a b e r t e r u s a n m e n g i k u t o b j e k t i f y a n g d i k e n a l p a s t i / dirancang.- dibuat dengan menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif,afektif, psikomotor, bahan & persekitaran.- dibuat secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan olehguru.

Anda mungkin juga menyukai