Anda di halaman 1dari 9

Mengesan kesalahan tatabahasa

SPM TATABAHASA; TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT


A. Langkah yang perlu diikuti: 1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan, kesalahan istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa. 2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu. 3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan hukum tatabahasa yang telah dipelajari. 4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang sudah dibaiki dengan lengkap. 5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki. 6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki. 7. Semasa menulis ayat itu semula, jangan ubah struktur dan maksud asal ayat tersebut. 8. Biasanya, satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah. B. Jenis kesalahan dalam ayat: i. Kesalahan ejaan ii. Kesalahan penggunaan imbuhan iii. Kesalahan penggunaan kata atau istilah iv. Kesalahan tatabahasa A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

2 3

4 5 6

Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka hati kepada pemborong ayam. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak berubah.

Oleh kerana begitu lama bekerja sebagai editor, ianya mempunyai banyak pengalaman dalam hal karangmengarang. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahi akan hukum tatabahasa. Budak yang mencuri duit itu menegaskan yang dia tidak pernah menerima didikan agama dari kedua orang tuanya.

Banyak pepohon yang rendang ditanam di kiri kanan lebuhraya itu. Jimat-cermat adalah merupakan sikap yang patut diamalkan oleh kita sejak dari bangku sekolah lagi. Kerajaan mensasarkan tentang keuntungan melalui projek mega itu adalah sebanyak RM200 bilion. Perbuatan saling tolong-menolong di dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak baik amatlah ditegah Perbuatan saling tolong-menolong di dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak baik amatlah ditegah. Juruterbang-juruterbang MAS dan AirAsia sedang menjalani kursus lanjutan di Perdana Hotel. Jawapan yang dikemukakan itu adalah merujuk buku teks dan nota guru. Persatuan bekas-bekas pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan mengadakan program Kembali Berbakti pada minggu hadapan. Majlis pelancaran, pelantikan jawatankuasa, dan perletakan batu asas oleh tetamu jemputan berjalan lancar.

ANALISIS JAWAPAN:1. Kesalahan kata sendi: oleh kerana > oleh sebab/Kerana, kesalahan kata ganti diri: ianya > ia /dia, kesalahan kata kerja transitif: mempunyai banyak pengalaman > banyak mempunyai pengalaman 2. Kesalahan kata bilangan: setiap pelajar-pelajar > setiap pelajar, kesalahan kata kerja: menyalahi akan hukum > menyalahi hukum 3. Kesalahan kata kerja transitif: menegaskan yang > menegaskan bahawa, kesalahan kata sendi: dari > daripada, kesalahan kata bilangan: kedua orang > kedua-dua orang 4. Kesalahan kata ganda: Banyak pepohon > Banyak pohon / Pohon-pohon, kesalahan kata sendi: di kiri kanan > di kiri dan di kanan, kesalahan kata majmuk: lebuhraya > lebuh raya 5. Kesalahan kata setara: Jimat-cermat > Jimat cermat, kesalahan kata pemeri: adalah merupakan > merupakan, kesalahan ayat pasif diri ke-3: diamalkan oleh kita > kita amalkan, kesalahan kata sendi: sejak dari > sejak 6. Kesalahan imbuhan: mensasarkan > menyasarkan, kesalahan kata kerja transitif: menyasarkan tentang keuntungan > menyasarkan keuntungan 7. Kesalahan kata ganda: saling tolong-menolong > saling menolong, kesalahan kata sendi: di dalam melakukan > dalam melakukan 8. Kesalahan hukum DM: Perdana Hotel > Hotel Perdana 9. Kesalahan kata pemeri: adalah merujuk > merujuk 10. Kesalahan kata ganda: Persatuan bekas-bekas > Persatuan bekas 11. Kesalahan imbuhan: perletakan > peletakan

Kereta yang baru di beli oleh kami itu sangat mahal sekali harganya kerana ianya diimport daripada Jepun. 2. Aiman mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan dia telah dilantik sebagai ahli jawatan kuasa Persatuan Bahasa Melayu disekolahnya. 3. Terdapat banyak usaha-usaha yang mereka lakukan untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan penduduk dinegara ini sejak malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 OGOS 1957. 4. Mesyuarat agong P.I.B.G kali ke 31 akan dijalankan serentak dengan majlis perasmian SUKMA kali keX yang berlangsung dinegeri Terengganu Darul Iman. 5. Calun-calun peperiksaan yang datang dari seluruh pelusuk negara ini dikehendaki datang lebih awal untuk mengenalpasti kedudukan mejanya didalam dewan peperiksaan. 6. Bila cuti sekolah bermula kebanyakkan pelajar telah membuat perancangan untuk melancung keluar negeri. 7. Pertandingan Bolasepak Bawah 15 Tahun kali ke XIV itu telah dihadiri kedua pemimpin negara itu. 8. Penolong Pegawai Pendidikan-Penolong Pegawai Pendidikan seluruh tanahair itu telah

menyampaikan

taklimatnya.

9. Injin motosikal yang diubah suai oleh juru teknik syarikat itu telah diistiharkan sebagai pemenang tempat ke-2. 10. Semua buku-buku latihan yang telah dicop oleh kami telah dihantar kepada sebilangan pelajarpelajar di dalam kelas hari ini. 11. Peserta daripada Malaysia telah dipilih menyertai pertandingan rekacipta peringkat antara bangsa melalui e-mail yang dikirim pagi semalam. 12. Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, semua pelajar dapat menjawab 8 daripada 10 soalan yang di kemukakan dengan tepat berdasarkan.

PERIBAHASA
PERIBAHASA MAKSUD Seperti sirih pulang ke kena pada tempatnya AYAT

Langkah

kerajaan

menaikkan

gagang / seperti pinang / sesuai / tepat pulang ke tampuknya.

cukai rokok sangatlah tepat bagi mengurangkan ketagihan rokok dalam kalangan masyarakat seperti sirih pulang ke gagang.

Seperti si buta kehilangan tongkat

orang yang malang bertambah derita apabila ditimpa kesusahan / sudah jatuh ditimpa tangga.

Apabila kematian ayah, tempat mendapat kasih sayang hanyalah daripada ibu. Kini ibunya pula telah meninggal dunia. Hidupnya semakin merana seperti si buta kehilangan tongkat. Jika kamu menelaah pelajaran apabila sudah hampir peperiksaan, kamu akan berhadapan dengan banyak masalah seperti aur ditarik songsang, pesan cikgu kepada pelajarnya.

Seperti aur ditarik songsang

satu pekerjaan yang amat sukar dilakukan kerana salah cara melakukannya.

Seperti air dalam kolam

orang yang sentiasa kelihatan tenang

Saya begitu kagum akan sikap Ali, walaupun sering dilanda masalah tetapi dia kelihatan biasa sahaja seperti air dalam kolam.

Seperti anai-anai makan kayu

melakukan sesuatu kerja dengan rajin dan teliti.

Peperiksaan semakin hampir dan seharusnya kamu tekun belajar seperti anai-anai makan kayu.

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan: 1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: 1. kita ingat 10 % apayang dibaca 2. kita ingat 20% apa yang didengar 3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat 4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan 5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan 3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.... 5. Belajar dalam persekitaran kondusif. 1. pastikan cahaya adalah terang 2. kurangkan gangguan bunyi 3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar 4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran 5. kerusi dan meja menghadap kiblat 6. jangan lupa untuk senyum 6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan. 7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. 8. Tahu teknik merangsang memori: 1. memasukkan maklumat dalam memori (registration) 2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) 3. mengingat kembali (recall) 4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application) 9. Sentiasa awal dan mendahului: 1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. 2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. 3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. 4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. 10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul: 1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul 2. memberikan tumpuan sepanuhnya 3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca 4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas. 13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. 15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). 18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan. 19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan. 20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa. 22. Tahu petua mengulang kaji 1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita 2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna 3. duduk tegak dikerusi yang selesa 4. baca doa penerang hati 5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul 6. fikir dan ingat kembali isi utama 7. catat/lakar 8. semak semula ketepatan maklumat 9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain 10. buat rumusan 11. jawab soalan 12. tampal maklumat yang rumit di dinding 13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya. 24. Tahu petua-petua agar tidak lupa: 1. jangan makan kepala ikan 2. jangan makan organ dalaman 3. jangan minum semasa makan 4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut 5. jangan melihat kemaluan 6. jangan melihat buih

7. jangan membaca nama pada batu nisan 8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu 10. banyakkan makan kekacang 11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan 12. jangan makan sehingga terlalu kenyang 13. jangan kencing berdiri 25. Tahu kemahiran mengingat: 1. tampal nota-nota penting di dinding 2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 3. gunakan kaedah akronim 4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 26. Cekap mengatur jadual belajar: 1. mempunyai jadual belajar 2. patuh kepada jadual 3. buat jadual yang boleh diikuti 27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar. 28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar. 30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa. 31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas). 32. Pelbagaikan tempat belajar. 33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. 35. Ciri-ciri pelajar cemerlang: 1. taat kepada Allah 2. mendirikan sembahyang 3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka 4. hormati & sayangi guru 5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. 6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari 7. membantu rakan yang memerlukan 8. berdoa dan bersyukur kepada Allah 9. sentiasa bertawakal 10. mahir dalam setiap mata pelajaran Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai

akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :) Dicatat oleh Idris Bin Saleh DARIPADA LAMAN SUMBER : http://www.bmmaya.blogspot.com/