Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL PESERTA Salam Sejahtera dan salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada saudari Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha, En Ismail bin Man, kem Komandan En Hizami bin Osman pengerusi kelana A Barisan Kelana, urusetia dan rakan-rakan peserta kem Kemahiran pengakap muda remaja sekelian.

hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya Siti Hurhazira binti Abu Bakar ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili para peserta dalam majlis pada pagi ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan semua pihak yang terlibat sepanjang program ini kerana memberikan kami peluang untuk berada dalam perkhemahan kali ini.

Syukur kepada tuhan, sepanjang 3 hari kami berada di sini, kami berada dalam keadaan sihat walafiat. Sepanjang tempoh itu juga banyak peristiwa manis dan pahit yang telah kami lalui yang dapat dijadikan kenangan sepanjang hayat kami.

Kem yang kami jalani ini diketuai oleh kem komandan, dilaksanakan oleh barisan kelana dan urusetia dan dibantu oleh urusetia yang merupakan rakanrakan pengawas . Kami telah melakukan aktiviti kembara geopark, malam kebudayaan, memasak telur dengan kentang, memasak nasi menggunakan daun dan roti lilit.

Semua aktiviti di sini begitu menyeronokkan. Banyak pengalaman yang dilalui yang tidak dapat dilupakan oleh kami. Selain itu, kami juga telah dibimbing oleh kelana dan urusetia untuk menjadi lebih bertanggungjawab , tabah, berani dan bersemangat tinggi dalam ilmu berpengakap. Tidak ketinggalan juga, kami telah menjalani kuliah agama dan bersembahyang jemaah.

Semangat perpaduan sentiasa dititikberatkan. Kami telah belajar untuk bersabar dan bertolak ansur kerana selama berada di sini pelbagai karenah rakan-rakan terpaksa kami lalui.

Semua aktiviti ini melatih kami menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu dan cemerlang pada masa hadapan. Walaupun keletihan, pengalaman ini amat menyeronokkan dan kami sungguh bertuah dapat melaluinya. Tuan-tuan sekalian ,

Saya sebagai wakil peserta Kem Kemahiran pengakap muda remaja bagi tahun 2012 sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua

yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Kami sungguh kagum kerana tuan-tuan dan puan-puan sentiasa sabar dengan karenah kami. Kini masa untuk pulang ke pangkuan keluarga sudah hampir tiba. Semoga kita bertemu lagi pada masa hadapan. Sebarang kesilapan kami di sini , kami mohon berbanyakbanyak kemaafan.

Sekian sahaja ucapan ini , saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai