Anda di halaman 1dari 1

Sepanjang hidup, seorng individu akan berinteraksi dengan alam persekitaran yang bersifat dinamik.

Dengan adanya kepelbagaian saiz, lokasi dan social masyarakat ianya dapat memberi kesan yang besar kepada peluang seseorng untuk perkembangan peribadi dan kualitas hidup seseorang. Oleh sebab itu keinginan menyumbang dan menerokai persekitaran sekeliling merupakan sebahagian daripada kewujudan manusia. Sebagai contoh, semasa zaman kanak-kanak, kita mula menerokai dunia luar apabila kita mula menjejakkan kaki di sekolah dimana disitu kita dikelilingi oleh teman-teman, guru dan tanggungjawab sebagai seorng pelajar dan kita mula belajar mengenal erti dunia yang sebenar. Melangkah ke alam dewasa, disini kita mengembangkan lagi pengetahuan dalam menerokai dunia dengan masuknya ke dalam career pekerjaan, pertubuhan-pertubuhan sukarela, politik, sukan rekreasi dan sebagainya. Jelas disini menunjukan bahawa manusia itu semakin bertambah usianya semakin luas pengetahuannya mengenai dunia yang dia terokai berdasarkan dari pengalaman mahupun pembelajaran yang dilaluinya. Perubahan dalam hidup seseorng itu dikaitkan dengan perubahan peranan yang dimainkan dalam daur hidupnya. Dan apa yang dapat kita lihat peranan itu semakin hari semakin besar apabila kita beralih zaman dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Sebagai contoh, zaman kanak-kanak dan dewasa muda, kita menempuh hari-hari dengan menjadi seorng pelajar yang menimba ilmu pengetahuan, tetapi melangkah ke alam dewasa, kita telah diberikan tanggungjawab yang lebih besar dengan bekerja untuk menyara hidup dan ingin memenuhi dan mencapai cita-cita. Setiap peranan yang kita mainkan dalam daur hidup ini menunjukkan penambahan tanggungjawab dan memberikan lebih pengaruh kepada keadaan sekeliling. Kadang-kadang peranan yang dimaainkan seseorng dapat dijadikan inspirasi dan dapat mempengaruhi konsep diri orang lain.

Anda mungkin juga menyukai