Anda di halaman 1dari 12

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

KANDUNGAN
1.0 Pengenalan

HALAMAN

1.a

Jenis Perisian Kursus Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) i. ii. iii. iv. v. vi. Tutorial Latih tubi Permainan Simulasi Tunjuk cara Ujian

1.b

Tujuan Perisian Kursus PPBK

1.c

Fungsi dan Kegunaan Perisian PPBK

1.d

Kekuatan Dan Kelemahan PPBK

2.0

Rancangan Pengajaran Harian Bagi Matapelajaran Kajian Tempatan 8

RUJUKAN

1
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.0

Pengenalan

Terdapat banyak takrifan mengenai Pengajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ). Di dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Computer Aided Instruction dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti Computer Based Instruction/Education, Computer Augmented Instruction, Computer Administered Instruction, Computer Managed Instruction, Computer Based Learning, Computer Enriched Instruction, dan sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah, et al. 1991; Norhashim Abu Samah , et al. 1990; Zoraini Wati Abas 1994; Rao, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1996). Dua nama singkatan yang paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika Syarikat, manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanya adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula

mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.

Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003). 2
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.a i.

Jenis Perisian Kursus Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) Tutorial Melalui kaedah tutorial, guru perlu menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam

bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan konsep-konsep asas dalam Kajian Tempatan. Guru juga boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan. ii. Latih tubi Kaedah latih tubi merupakan salah satu latihan atau gerak kerja yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan. Ia dapat memberi gambaran sejauh mana penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari. Di pasaran terdapat banyak perisian-perisian yang dijual di kedai yang sesuai mengikut objektif pelajaran terkini. Kaedah ini boleh dijalankan secara pengajaran berkumpulan, berpasangan dan individu. Ia juga boleh dilakukan di dalam kelas atau dibawa ke rumah sebagai latihan kerja rumah. Selain itu, muridmurid juga boleh menggunakan kalkulator yang terdapat pada aksessori bagi menyelesaikan sesuatu pengiraaan. iii. Permainan Pengajaran Kajian Tempatan boleh juga dilakukan secara kaedah permainan. Melalui kaedah ini guru dapat menarik minat murid. Dengan menggunakan kaedah ini melalui komputer, murid-murid akan merasa lebih seronok dan gembira kerana dilampirkan dengan pelbagai bentuk grafik yang menarik. Oleh itu melalui kaedah ini objektif pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah tercapai.

3
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

iv.

Simulasi Thomas & Milligan (2004, mendefinisikan simulasi sebagai keadaan atau sistem yang

dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. v. Tunjuk cara Tunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada pelajar suatu prosedur. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar memahami suatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. vi. Ujian PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan cepat. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini. Jawapan berbentuk ayat atau karangan jarang digunakan.

4
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.b

Tujuan Perisian Kursus PPBK

Salah satu sumber tersebut adalah komputer dan perisian yang berbentuk pembelajaran (PPBK). Malah dalam satu kajian, penggunaan komputer dan perisian berbentuk pembelajaran (PPBK) telah mempercepatkan proses pendidikan dan berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan meyeronokkan. Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alat-alat yang konvesional seperti papan tulis dan kapur. Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer adalah penggunaan komputer yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok yang melibatkan interaktivi antara pelajar dengan komputer dan guru hanya sebagai fasilitator. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pelbagai matapelajaran boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara melalui penggunaan perisian-perisian yang sesuai seperti internet,hamparan elektronik (MS Office), aksessori yang terdapat di dalam komputer seperti kalkulator. Teknik pengajaran boleh dipelbagaikan melalui tutorial, latih tubi, , permainan, tunjuk cara, simulasi dan ujian. Kaedah PPBK menggunakan perisian kursus yang dibangunkan dengan merangkumi multimedia dan hipermedia interaktif dapat menggerakkan tiga teori pembelajaran kognitif (Resnick 1987). Pertama, ia direka bentuk untuk menyokong prinsip bahawa pembelajaran adalah proses membina pengetahuan bukan semata-mata menerima atau memberi pengetahuan. Kedua, ia harus menyokong prinsip bahawa proses pembelajaran bergantung pada pengetahuan yang ada untuk membina pengetahuan baru. Ketiga, ia harus menyokong prinsip bahawa proses pembelajaran dipengaruhi oleh tempat pembelajaran itu berlaku.

5
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.c

Fungsi dan Kegunaan Perisian PPBK Konsep pembelajaran berbantu komputer PPBK semakin dominan dalam dunia

pendidikan sekarang. Pendekatan PPBK ini membolehkan pelajar melengkapkan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memanfaatkan sumber pembelajaran dengan lebih berkesan. Pendekatan ini secara tidak langsung dapat membentuk kreativiti pelajar serta mewujudkan iklim pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

Menurut Yusuf (1998), penubuhan Unit Teknologi Komputer oleh Kementerian pelajaran Malaysia hanya khusus untuk membina perisian PPBK bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Bagi mata pelajaran lain belum lagi dilaksanakan hingga kini. Mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan dan diterapkan secara berperingkat di sekolah menengah harian bermula pada tahun 2002. Pembangunan perisian bagi mata pelajaran pendidikan vokasional amat sesuai dibangunkan untuk membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk hamparan. Perisian ini menjadi satu alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Untuk merealisasikan salah satu teori pedagogi dalam pendidikan iaitu guru bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid, pembelajaran berpandukan komputer (PPBK) telah dikenalpasti sebagai bahan yang dapat membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam subjek yang mereka ikuti.

Penggunaan

komputer

dan

perisian

berbentuk

pembelajaran

(PPBK)

telah

mempercepatkan proses pendidikan dan berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan meyeronokkan. Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alatalat yang konvesional seperti papan tulis dan kapur. Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer adalah penggunaan komputer yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok yang melibatkan interaktivi antara pelajar dengan komputer dan guru hanya sebagai fasilitator.

6
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1.d

Kekuatan Dan Kelemahan PPBK

Kekuatan PPBK

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:

Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.

Pengulangan:

Komputer

membolehkan

pengguna

mengulangi

apabila

perlu

untuk

memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).

Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar. Kelemahan PPBK

Kos tinggi Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian

7
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TINGKATAN 2 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran 1. Akta dan undang-undang - akta perlindungan kanak-kanak Pelajar akan dapat: 1. Mengenalpasti bentuk penderaan dan kesannya terhadap kanak-kanak 2. Menyatakan akta perlindungan kanak-kanak 3. Menyatakan pelbagai agensi yang mengendalikan kes penganiayaan kanak-kanak. Pelajar dapat: ARAS 1 * Menyatakan jenis penderaan * Menyatakan akta perlindungan kanak-kanak ARAS 2 * Menjelaskan peranan agensi terbabit dalam kes penderaan kanak-kanak. ARAS 3 * Membincangkan kesan pengabaian dan penganiayaan kanakkanak kepada masyarakat. 1. Nyatakan 3 bentuk penderaan terhadap kanak-kanak. 2. Apakah agensi yang boleh membantu melindungi kanakkanak dari kes penderaan? 3. Beri 3 kesan psikologi bagi kanak-kanak yang telah di dera. 80 minit

1. Tema / Topik / Konsep

2. Objektif Pembelajaran

3. Hasil Pembelajaran

4. Penilaian / Refleksi

5. Peruntukan Masa 6. Ciri-ciri Kelas a. Tingkatan / Tahun b. Pengetahuan sedia ada 7. Liputan Kurikulum

Tingkatan 2 Mawar Pelajar telah mengalami zaman kanak-kanak. Akta berkaitan kanak-kanak diadakan untuk melindungi kanakkanak dari dieksplotasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 1. Buku Teks. 2. Gambar. 3. Risalah kesihatan 8
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

8. Persediaan Guru Bukan TMK

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

9. Penerapan TMK

1. Pelajar menggunakan Modul Power Point Interaktif untuk menjawab soalan tentang penderaan kanak-kanak 2. Pelajar melayari laman web untuk untuk mencari maklumat tentang: a. bentuk penderaan. b. Agensi yang mengendali kes penganiayaan kanakkanak c. Kesan penderaan 1. Video Cakera Padat Rakaman mengenai penderaan kanakkanak 2. BBM berbentuk slaid dan persembahan MS PowerPoint. 3. Laluan Internet. 4. 20 komputer di makmal 1. Set induksi- guru menayangkan rakaman VCD penderaan kanak-kanak. 2. Tunjuk cara menggunakan slaid persembahan. 3. Perbincangan dalam kumpulan tentang bentuk penderaan,akta perlindungan dan kesan penderaan terhadap kanak-kanak melalui perisian seperti MS Word, MS Power Point dan Internet. 4. Guru menerangkan cara mengakses maklumat dari internet. 5. Pelajar menyiapkankan tugasan menggunakan MS Word dan mencetak hasil kerja. 1. Guru menayangkan rakaman pita video tentang penderaan kanak-kanak 2. Demonstrasi menggunakan slaid MS Power Point tentang isi pelajaran. 3. Arahan pembentukan kumpulan. - Perbincangan dalam kumpulan tentang bentuk penderaan,akta perlindungan dan kesan penderaan terhadap kanakkanak 4. Guru memberi alamat Laman Web yang boleh dilayari oleh pelajar untuk mereka mengakses maklumat. 5. Guru membimbing murid semasa melayari laman web. 6. Guru meminta pelajar menghantar tugasan menggunakan kaedah cetakan.

10. Persediaan TMK

11. Aktiviti Pelajaran

12. Aktiviti Guru

9
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

13. Aktiviti Pelajar

1. Melihat dan mencari jawapan dari tayangan penderaan kanak-kanak 2. Pelajar memerhati dan mengambil nota isi pelajaran dari slaid MS Power Point yang di paparkan. 3. Pelajar membentuk kumpulan dan membuat perbincangan dengan menggunakan BBM yang disediakan. 4. Mengakses laman web yang diberikan oleh guru. 5. Menyiapkan tugasan berdasarkan tajuk yang diberi. 6. Pelajar menghantar tugasan menggunakan kaedah cetakan.

14. Keperluan Khusus

1. Helaian lembaran kerja yang sesuai dengan tahap kecerdasan murid. http://ms.wikipedia/wiki/penderaan-fizikal-kanak-kanak http://www.ippkn.gov.my/dera9901.htm. http://www.sabah.gov.my/jpka/UPA/akhlakD.html 1. Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 1. 1963 Akta keselamatan kanak-kanak termaktub 2. 13 Mei 1990 penderaan 1. 2. 3. 4. Buku Teks. Gambar. Risalah kesihatan V ideo Cakera Padat Rakaman mengenai penderaan kanak-kanak 5. BBM berbentuk slaid dan persembahan MS PowerPoint. 6. Laluan Internet. 7. 20 komputer di makmal 1. Bertanggungjawab 2. Kerjasama 3. Nilai kasih sayang 1. Penyelesaian masalah agensi yang terlibat dengan kes penderaan kanak-kanak. 2. Perbandingan antara tugasan yang diberi.

15. Laman Web

16. Literasi 17. Numerasi

18. Bahan Rujukan TMK dan bukan TMK

19. Penerapan nilai murni

20. KBKK

10
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

RUJUKAN

Badrul Hisham, 2000, Kesediaan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer (PPBK) di Sekolah Menengah, Ipoh: Maktab Perguruan Ipoh.

Cheah Phaik Kin, 1999, Kadar Penerimaan Internet di Kalangan Pelajar Universiti: Satu Kajian Kes di Universiti Sains Malaysia, Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000, Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran-Pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Clements, D.H., 1995, ''Teaching creativity with computers'', Educational Psychology Review, 7(2): 141 161.

Criswell, J.R., 1989, ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher education reform'', Educational Technology, 23(11): 4043.

Faharol Razi Shaari, 1998, ''Psikologi kognitif dalam pembinaan bahan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer'', Jurnal IPDA, 5: 3844. Funkhouser, C., 1993, ''The influence of problem solving software in students attitudes about mathematics'', Journal of Research on Computing in Education, 25(3): 339346.

Hahn, K.L. dan Schoch, N.A., 1996, ''Applying Diffusion Theory to Electronic Publishing: A Conceptual Framework for Examining Issues and Outcomes'', http://www.asis.org/annual-97/hahank.htm.

Hair, J., Money, A., Samouel, P., dan Babin, B. (2003). Essential of Business Research Methods, New York: John Wiley and Sons Inc.

Jamaludin, M., 1995, Utilization of the Internet by Malaysian Students Who Are Studying in Foreign Countries and Factors That Influence Its Adoption, Tesis Ph.D., University of Pittsburgh.

11
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

HBEF 2303 : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Surry, D.W. dan Farquhar, J.D., 1997, ''Diffusion Theory and Instructional Technology: Journal of Instructional Science & Technology'', http://www.usq.edu.au/electpub/e-jist/vol2no1 /article2.htm.

Tricia Lim, 1999, Penerimaan Komputer Peribadi di Kalangan Individu di Malaysia: Satu Kajian Kes di Pulau Pinang, Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Zainal, G., 1998, Curricular Decision-Making in the Diffusion of Educational Innovation in Malaysia, Tesis Ph.D., University of Southampton.

Zakaria Ahmad, 2003, Pengajaran Quran Berbantukan Komputer di dalam Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

12
MARY MENAI ANAK UJAN 681023135140002

Anda mungkin juga menyukai