Anda di halaman 1dari 3

Melukis ialah satu perlakuan menghasilkan kesan garisan sebagai tindak balas kepada apa yang kita lihat

atau perkara yang bermain di fikiran. Lukisan boleh ditampilkan dalam pelbagai wajah, iaitu dari contengan ringkas kepada sebuah karya seni yang lengkap. Lukisan adalah suatu penciptaan alam ilusi berdasarkan alam nyata dan juga merupakan proses pembinaan idea awal untuk bidang seni lain seperti seni catan, seni cetakan dan seni arca. Lukisan boleh dihasilkan menggunakan kapur, arang, krayon, dakwat, cat air, cat minyak pensel atau ranting pokok. Terdapat pelbagai teknik digunakan untuk melukis sama ada secara contengan garisan, gayaan, lukisan kontur, contengan, lakaran dan banyak lagi. Lukisan ialah gambaran paling asas dalam pembentukan imej seni tampak yang memberi penekanan pada penggunaan nilai garisan.

Gosokan Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia juga satu proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Soalan 3. Harmoni warna, susunan dan rupa corak Stensilan Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong diatas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu diatas stensil yang tersebut. Apabila bahan warna disapu diatas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang diatas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat luar rupa bentuk yang dihasilkan. Soalan 3. Harmoni warna dan menunjukkan imbangan simetri di mana kedudukan rama-rama tersebut terletak ditengah-tengah permukaan lukisan.

Gurisan Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Cara melakukannya: permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat diatas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku, atau plastic supaya gambar terhasil. Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan. Soalan 3. Capan Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan. Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Ia boeh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang. Jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan. Soalan 3. Mozek Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna , plastic dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastic dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampalkan itu memberi jaliana keseluruhan kepada gambar yang dihasikan. Soalan 3. Montaj Satu imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan. Satu hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang tersusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Tampalan gambargambar yang dipotong yang membentuk satu cerita. Bahan-bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, suratkhabar. Soalan 3. Catan Catan ialah hasil seni bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas atau kanvas. Catan juga ialah proses menggambar menggunakan bahan pewarna atau cat di atas permukaan rata berbentuk 2D melalui teknik sapuan, semburan atau secara campuran. Catan ialah latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding.

Catan juga adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak mengunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahan-bahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat menbantu seseorang pelukis menghasilkan catan. Soalan 3

Anda mungkin juga menyukai