Anda di halaman 1dari 8

Tugasan 1: (Kategori A: Pemerolehan Ilmu dan Kategori B: Penguasaan Ilmu dan Kemahiran)

1.0 Pengenalan Isitilah moral sebenarnya dari perkataan Latin moralis yang bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila sesebuah masyarakat. Aliran pemikiran berkait dengan fahaman dan keyakinan kita terhadap apa yang kita fikir dan meneliti serta menyaring apa yang orang lain fikir. Aliran ini akhirnya menjadi teguh kepada diri seseorang menyebabkan kita tahu konsep dan falsafah hidup serta hala-tuju perjuangan.Pemikiran aliran terbahagi kepada empat aliran iaitu,pemikiran Naturalis,pemikiran Emotivis,pemikiran Intuitionis dan pemikiran Rasionalis.

1.1 Aliran Pemikiran Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasanbatasan terhadap kehendak-kehendak mereka.Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain masyarakat disitu mempunyai pemikiran naturalis kerana mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

1.2 Aliran Pemikiran Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau

perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang lengkap.Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.Situasi ini menunjukan bahawa kumpulan lelaki yang telah merogol gadis itu bertindak mengikut emosi mereka tanpa memikir kerasionalan dari tindakan tersebut.

1.3 Aliran Pemikiran Intuisionis Perkataan intuisi berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung. Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.Dengan kata lain,gadis remaja yang tertipu mempunyai pemikiran intuisionis kerana mereka mengambil keputusan mengikut gerak hati mereka.

1.4 Aliran Pemikiran Rasionalis Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukumhukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua sudut tepat kerana mereka ia merupakan konsep Matematik yang telah dibuktikan oleh pakar matematik.

Rujukan

Bacaan Asas 1) Abdul Rahman Md.Aroff (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM. 2) Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Rujukan 1) Rajendram, N.; Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Laman Web 1) http://www.oocities.org/zulmz65/moraltahun1.pdf 2) http://www.mindamadani.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=126

2.0 Isu-isu moral tempatan Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah yang berlaku.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru yang mengakibatkan berlakunya isu-isu tidak bermoral berlaku secara berleluasa. 2.1 Penembangan hutan secara berleluasa Antara isu-isu yang tidak bermoral berlaku ialah penembangan hutan bagi memodenisasikan tempat tersebut.Menurut aliran pemikiran penganut Islam mengenai etika alam sekitar,penciptaan alam adalah kurnian kepada manusia dalam mengendalikan keperluan hidup mereka.Bagaimanapun,manusia mesti menyedari alam semesta adalah milik Allah.justeru mereka tidak dibenarkan sama sekali memusnahkanya.Ia menunjukan bahawa Manakala,menurut aliran pemikiran penganut Hindu,penciptaan,pemeliharaan dan pemusnahan seluruh alam semesta ini adalah ditentukan oleh suatu kuasa iaitu mahapencipta.Segala yang berlaku di dalam alam semesta ini adalah di bawah pengawasnnya.Oleh itu,manusia tidak mempunyai keistimewaan ke atas komponen alam tabii kerana semuanya adalah milik mutlak tuhan.Selain daripada itu,agama Hindu mengajar penganutnya supaya memuja kawasan hutan kerana kawasan itu adalah kediaman bagi dewa Krishna.Oleh itu,mereka dilarang sama sekali menebang pokok justeru perlu mengekalkan kawasan hutan. Kesimpulannya,masyarakat harus mempunyai aliran pemikiran rasionalis kerana mereka mempunyai kesedaran bahawa mengikut ahli sains,penebangan hutan secara berleluasa akan mengakibatkan berlakunya kesan rumah hijau yang akan menipiskan lapisan ozon yang akan memudaratkan kesihatan manusia.Selain itu,masyarakat juga harus mempunyai aliran naturalis kerana menurut perspektif semua agama,alam semesta adalah hak milik tuhan dan seharusnya memeliharanya kerana ia dikurniakan

oleh tuhan.Jika masyarakat berfikiran seperti,mereka akan berfikir dahulu sebelum bertindak kerana mereka mempunyai kepercayaan agama. 2.2 Pengguguran bayi Pengguguran bermaksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan yang mengakibatkan kemusnahan janin. Walau bagaimanapun atas nasihat doktor, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung. Walaubagaimanapun,menurut perspektif agama Islam, Imam Ghazali pula berkata:apa yang disebut pembunuhan atau pengguguran , iaitu suatu tindakan kriminal terhadap manusia yang sudah ujud, sedang ujudnya anak itu sendiri bertahap. Tahap pertama iaitu bersarangnya sperma dalam rahim dan bercampur dengan air perempuan dan dia siap menghadapi hidup. Tindakan ini suatu tindakan kriminal. Jika sperma ini sudah menjadi darah, maka tindakan kriminal ini lebih kejam.Secara ringkasnya, ibu perlu meneruskan kandungannya, kerana hukumnya berdosa jika menggugurkan janin tersebut, memandangkan janin tersebut tidak bersalah. Manakala,menurut perspektif agama Hindu pula, pengguruan dalam Teologi Hinduisme tergolong pada perbuatan yang disebut "Himsa karma" yang merupakan salah satu perbuatan dosa yang disejajarkan dengan membunuh, meyakiti, dan menyeksa. Oleh kerana itulah perbuatan pengguruan disetarakan dengan menghilangkan nyawa, maka pengguruan dalam Agama Hindu tidak dikenal dan tidak dibenarkan. Kesimpulannya,masyarakat harus mempunyai aliran pemikiran emotivis kerana mereka harus bertindak mengikut perasaan atau emosi iaitu mereka harus mempunyai perasaan bersalah dengan tindakan tersebut.Hal ini dapat memberi kesedaran kepada mereka bahawa pengguguran adalah pembunuhan.Tambahan pula,masyarakat juga harus mempunyai aliran pemikiran rasionalis kerana mengikut doktor pakar, Thomas A. Mappes, (1992) mengatakan bahawa pengguguran boleh membahayakan ibu mengandung dari segi kesihatan , fizikal atau mental.Oleh itu,masyarakat harus

menekankan penaakulan pada konsep sains dan menyedari bahawa pengguguran dapat menjejaskan kesihatan dan harus dielakan. 3.0 Kesimpulan Oleh itu,aliran pemikiran dan kefahaman agama yang betul dan penghayatan nilai-nilai agama dan moral di kalangan masyarakat menjadi satu daripada strategi penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat. Di samping itu, cara menyampaikan ajaran agama kepada generasai muda hari ini dan juga golongan menengah aliran pemikiran yang sesuai mestilah dilakukan dengan mengambilkira cara berfikir, minda dan psikilogi kedua-dua golongan itu. Mereka hendaklah didekati dengan cara yang mesra pelanggan, simpati, sabar, rasional dan tidak memaksa.