Anda di halaman 1dari 15

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

DUNIA MUZIK
(MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN PENGUKUHAN

2010

Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2010

Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN Kandungan Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK Kurikulum Modular Berasaskan Standard Pendahuluan KSSRPK Bahasa Inggeris Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Dunia Muzik Tahun Pengukuhan

MUKA SURAT iii iv v vi viii ix 1

Pengalaman Muzikal Penghasilan Muzik Apresiasi Muzik

2 4 5

iii

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iv

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN Pendahuluan


Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat
Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

vi

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang


Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu: 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Sains dan Teknologi 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika 6. Keterampilan Diri

vii

Reka Bentuk Kurikulum


Komunikasi Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Kerohanian, Sikap & Nilai


Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Insan seimbang

Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Perkembangan Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

viii

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Modul terdiri

ix

KSSRPK DUNIA MUZIK


PENDAHULUAN Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah merupakan program pembelajaran untuk murid-murid Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Dokumen Standard ini digubal dengan memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid akan diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea disamping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Bagi mencapai tujuan ini, dokumen standard ini dibina dengan bertumpu kepada dua standard utama iaitu Pengalaman Muzikal dan Apresiasi Muzik. MATLAMAT Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran bermatlamat untuk membina potensi diri murid ke arah melahirkan insan kreatif yang menghayati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal. OBJEKTIF Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Rendah Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran bertujuan untuk membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut ; i. Mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan permainan alat genderang, ii. Mengoptimumkan sisa pendengaran agar murid sedar akan kewujudan muzik (bunyi), iii. Menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan bermain alat muzik. FOKUS MATA PELAJARAN Kurikulum Pendidikan Muzik Sekolah Rendah Program Pengukuhan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran dibina berasaskan dua standard iaitu Pengalaman Muzikal dan Apresiasi Muzik. Standard Pengalaman Muzikal Standard ini memberi pengalaman muzikal kepada murid menerusi aktiviti nyanyian berisyarat, gerakan, dan permainan alat muzik. Standard Apresiasi Muzik Standard ini memberi pendedahan kepada murid untuk menghargai dan menghayati pelbagai jenis muzik (bunyi).

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN DUNIA MUZIK TAHUN PENGUKUHAN STANDARD 1 : PENGALAMAN MUZIKAL STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi lagu dengan menggunakan isyarat komunikasi

1.1.1 Menghayati lirik lagu dengan bantuan bahan visual dan dapat meluahkan secara gesture 1.1.2 Mengesan dan mengenal ton suara Contoh ton suara: -suara bercakap -suara menyanyi -suara memanggil -suara berbisik

1.1.3 Menyanyi dengan postur - postur duduk - postur berdiri

1.1.4 Menyanyi mengikut tempo cepat dan lambat - guru menetapkan tempo lagu yang hendak dinyanyikan

1.1.5 Menyanyi dengan menggunakan bahasa isyarat komunikasi - latihan berisyarat 2

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Memainkan perkusi secara 1.2.1 Memainkan perkusi dengan teknik konvensional. solo atau berkumpulan dari pelbagai repertoire - postur - cara memegang alat - cara memainkan alat Memainkan perkusi tanpa pic - Kemahiran asas - Irama 1.3.1 Membuat gerakan berdasarkan bunyi kuat/lembut, tinggi/rendah, cepat/lambat dan panjang/pendek. 1.3 Muzik dan Gerakan Menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan bunyi seperti rekorder dan kibod 1.3.2 Membuat gerakan berdasarkan lagu aksi (action song) dan permainan nyanyian (singing games) 1.2.2 Memainkan alat perkusi mengikut tempo.

STANDARD 2 : PENGHASILAN MUZIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Kreativiti menerusi akitviti 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menerusi penerokan suara dan perkusi badan. muzikal Contoh aktiviti perkusi badan: Bertepuk tangan Menepuk peha Memetik jari

2.1.2 Meniru suara haiwan, suara manusia, kenderaan, bunyi alam semulajadi

STANDARD 3 : APRESIASI MUZIK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Penghayatan muzik dari 3.1.1 Membezakan ton suara manusia yang didengar pelbagai repertoire Muzik patriotik Negaraku Lagu negeri Lagu sekolah Lagu rakyat - perbezaan ton suara lelaki, suara perempuan, suara kanak-kanak, suara Dewasa 3.1.2 Pendedahan kepada muzik yang diperdengarkan - Mud (riang, sedih, marah dan takut) - dinamik (cepat, lambat dan kuat-lembut) - tekstur ( dengan iringan tanpa iringan dan solo-kumpulan) Contoh aktiviti Bersoaljawab menggambar

Anda mungkin juga menyukai