Anda di halaman 1dari 3

Teknologi Dunia Tanpa Sempadan

Oleh : Mohd Saad bin Md Ani Karangan, 5 Sept 2011: Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat. Komputer juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data. Komputer adalah lambang pemodenan dan kemajuan, ini kerana komputer memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, pentadbiran, perubatan,perindustrian, pendidikan dan lain-lain. Dalam usaha tersebut PUSPEN Karangan telah menjalankan Kursus Asas Pemasangan dan Penyelanggaraan Komputer kepada 20 Orang pelatih pada 16 17 Ogos yang lalu disini. Kursus tersebut adalah hasil kerjasama Kolej Komuniti, Kementerian pengajian Tinggi dibawah program Latihan 1Malaysia. Antara objektif kursus tersebut dianjurkan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan dan pengalaman sebenar kepada pelatih mengenai perkakas dan perisian sesuatu komputer dan membantu pelatih memperolehi kesedaran dan kemahiran untuk menguruskan program kepulihan sepanjang hayat Tn. Haji Muhammad Nazer bin Mustaffa Pengarah PUSPEN karangan telah menyempurnakan majlis penutup kursus tersebut.dengan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan sijil penghargaan kepada tenaga pengajar daripada Kolej Komuniti. Di akhir kursus tersebut pelatih yang terlibat dilihat menunjukkan perubahan yang sangat positif dalam proses kepulihan diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk membuat perubahan demi kesejahteraan diri dan memenuhi harapan tinggi diri, keluarga dan masyarakat seterusnya bebas dari cengkaman penagihan dadah.

PROGRAM BERSAMA KOLEJ KOMUNITI (KURSUS ASAS PEMASANGAN DAN PENYELENGGARANKOMPUTER)

SESI PENGENALAN DAN PRAKTIKAL PERKAKAS/HARDWARE DALAM SEBUAH CPU/KOMPUTER

SESI PEMBELAJARAN CARA-CARA INSTALL WINDOW XP,ANTI VIRUS,ADOBE READER DAN LAIN-LAIN

PEMBERIAN CENDERAHATI DAN MAJLIS PENUTUP PROGRAM BERSAMA KURSUS ASAS PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAN KOMPUTER

Anda mungkin juga menyukai