Anda di halaman 1dari 9

Hala

tuju

kepimpinan

Barat

Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin hari ini jauh lebih kompleks daripada sebelumnya. Ia berkait dengan membantu orang lain mencapai kejayaan. Kepimpinan tidak hanya dikaitkan dengan diri pemimpin sebaliknya orang yang dipimpin. Apabila melibatkan pengikut, pemimpin, sudah pasti berhadapan dengan tuntutan-tuntutan yang pelbagai, keupayaan jangka hayat teknologi yang singkat, peningkatan pengetahuan dan kemahiran yang sentiasa dikemas kini serta pelbagai perkara yang berlaku di luar jangka. Aspek yang berkait dengan kepimpinan juga bertambah. Dari keselamatan (yang menjadi isu sejak 911), keadilan kehakiman, pendidikan, perlindungan daripada polis, pengangkutan darat, laut dan udara, kebajikan, kesihatan dan perumahan serta pelbagai lagi perkara yang perlu ditangani. Seiring dengan keperluan dan kehendak negara, definisi kepimpinan di Barat, dalam konteks yang lebih luas, berakar umbi daripada tiga perkataan: demokrasi, sekularisme dan globalisasi. Istilah politik di Barat sangat berbeza daripada konsep politik Islam. Persepsi Barat melihat politik Islam sebagai "totalitarianisme" yang dikaitkan dengan pemerintahan kuku besi. Barat juga bangga dengan sekularisme dan demokrasi yang muncul dengan pengaruh yang lebih besar selepas Revolusi Perancis di mana ia menekankan keseimbangan sosioekonomi kepada semua warganegara, pembentukan kerajaan secara pemilihan perwakilan dan slogan "satu individu, satu undi." Dalam erti kata lain, undi majoriti sangat penting dan individu mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan. Peranan pemimpin dalam masyarakat demokrasi ialah sebagai enjin pembangunan ekonomi yang sihat, menyediakan (sedaya upaya) pendapatan untuk kerajaan, asas kepada kebebasan masyarakat demokratik. Bagi mengawal aturan hukum, pendokong demokrasi ini membentuk perlembagaan supaya kerajaan dapat ditadbir dengan lancar. Konsep Greek purba yang menggunakan istilah "liberty" agak jauh berbeza dengan demokrasi Barat kerana demokrasi lebih menekankan kebebasan tetapi kepimpinan Islam tetap mengekalkan keadilan dan kesaksamaan masyarakat yang menjadi kewajipan bagi memberi ruang kepada pembangunan dan penyerlahan potensi diri. Demokrasi tidak menjadikan kawalan peraturan Tuhan sebagai panduan dalam

mentadbir

kerana

keupayaan

manusia

dianggap

lebih

sesuai.

Sejarah kepimpinan Barat "menyerang" dunia Islam melalui misi ketamadunan. Gelombang pertama mereka ialah ketika menemui jalan ke Timur sebagai pedagang dan mubaligh seterusnya gelombang kedua, mereka membawa senjata dan merampas tanah; lambang "duta dari tamadun kelas tinggi." Kepimpinan Barat memecahkan dominasi sistem kepimpinan Islam dan Timur dengan meletakkan penjajahan sebagai tema utama. Bermula dari saat itu, umat Islam sangat menderita akibat dasar politik hegemoni Barat. Peristiwa yang paling rapat dengan kita ialah kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada 1511. Misi kedatangan Portugis ini terletak dalam konsep 4G iaitu gospel (agama), glory (kemenangan), geography (lokasi) dan gold (kekayaan). Ledakan ekonomi menjadi penyebab kuat kenapa kepimpinan Barat sentiasa mengekang kemajuan umat Islam di negara-negara yang dijajah. Di India umpamanya, Sir W. W. Hunter menceritakan:

"Bukannya Muslim merasa rendah diri kepada Hindu. Ia adalah peranan British yang menyebabkannya berlaku. Sekarang, pejabat kerajaan di Calcutta yang menjadi tempat seseorang Muslim untuk mendapatkan kerja sebagai pengangkat barang, pelayan buka pintu, pengutus surat dan tukang perbaiki pen. 170 tahun yang lalu, amat mustahil untuk melihat Muslim di India menjadi miskin, tetapi sekarang amat mustahil baginya menjadi kaya." Dalam bidang pendidikan, dengki dan iri hati sangat menebal dalam jiwa pemimpin Barat. Pengenalan sistem pendidikan di negara jajahan adalah untuk mematikan budaya intelektual dan sosiobudaya masyarakat. Sekolah-sekolah rakyat diperkenalkan supaya dapat menyanggahi tradisi, membenci agama dan memecahkan keharmonian. Kesan ke atas masyarakat ialah melemahkan iman, agama dan budaya mereka. Kamal Attaturk adalah contoh kepada dasar ini. Beliau bukan sahaja seorang yang menyanjung tinggi Tuhan Baru (peradaban Barat) malah tidak menaruh kepercayaan kepada agama. Peribadi Kamal Attaturk sangat ego, cepat marah dan memberontak, suka kepada perempuan dan minuman keras kerana tidak ada yang dapat mententeramkan roh dan jiwanya.

Kejayaan Kamal Attaturk dididik oleh sistem Barat boleh diamati dalam kata-katanya: "Kita harus memakai pakaian bangsa-bangsa maju yang beradab." Beliau menggantikan tarbus dengan topi dan mengharamkan pemakaian tudung kepala bagi wanita Turki. Dia beranggapan dengan cara ini orang Turki dapat berubah dan hidup sama seperti orang Barat. Kejatuhan khalifah Othmaniyah pada 1924 mengulangi sejarah kejatuhan kerajaan Islam Andalusia, Sepanyol. Kejayaan kerajaan Islam berkenaan merosot apabila perubahan sikap pemimpin mereka ke atas pencarian ilmu pengetahuan dan kejahilan mengenai pembangunan. Gerakan Al-Murabitun dan Al-Muhabidun dari Afrika Utara yang mengawal Andalusia menghalang pengajian semua subjek kecuali yang berkaitan dengan agama Islam. Pengajian falsafah Greek dan sains tidak digalakkan dan akhirnya diharamkan. Pada masa yang sama, Andalusia semakin lemah dan berpecah. Satu demi satu wilayah ini jatuh ke tangan Raja Sepanyol. Berakhirnya 800 tahun kepimpinan Islam di Sepanyol tidak dapat disangkal lagi disebabkan oleh pengabaian kepada ajaranajaran Islam. Bagi mengatasi rasa bersalah dan rendah diri, intelektual Islam mengisytiharkan bahawa kehidupan di dunia ini adalah bukan untuk umat Islam kerana syurga disediakan untuk mereka di akhirat kelak Seperti kata Carly Fiorina, tamadun Islam dulu memberi sinar kepada Barat untuk maju pada hari ini. Tetapi kepimpinan Islam tidak mampu mengulangi lagi kejayaan lalu kerana kepimpinan Barat telah menjadikan umat Islam miskin dan mundur. Corak berfikir pemimpin-pemimpin Barat sangat jauh kehadapan bagi mempastikan Barat sentiasa mendominasi dunia. Istilah "Order Baru Dunia" dan globalisasi adalah usaha berterusan kuasa Barat bagi menyerap cara hidup Barat ke seluruh dunia. Internet, pasaran bebas, hak asasi manusia dan sokongan kuat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas nama demokrasi mencipta imaginasi serong istilah moden dan dan progresif yang mengubah paradigma masyarakat dan dianggap menyerahkan adat serta budaya mereka kepada pengaruh Barat. Sekularisme sering dikatikan dengan era kebangkitan di Eropah. Ia memainkan peranan utama dalam memberi hala tuju peradaban Barat. Ia mengambil pendirian menjauhkan diri daripada pengaruh agama dan menjadikan kemodenan sebagai matlamat.

Kepimpinan Barat menjadikan sekularisme sebagai pendinding kepada peluasan pengaruh agama. Setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan rasionalisasi yang didokong oleh kekuatan imu pengetahuan, kesan daripada penyelidikan dan kebebasan berfikir. Pemimpin-pemimpin sekular cepat melenting dan akan menghalang serta-merta jika mana-mana masyarakat sesebuah negara cuba melawan atau mencabar amalan ini. Perancis adalah contoh negara sekular yang kerap diasak dengan cabaran-cabaran ini. Isu pemakaian tudung kepala di sekolah dan penggunaan simbol agama oleh pelajar acapkali diiringi tindakan tegas. Dengan penduduk Islam seramai lima juta orang, Perancis sangat tegas mempertahankan dasar sekularisme berkenaan dan tidak membenarkan mana-mana pihak cuba menjejaskannya. Selain Perancis, negara-negara scandinavia juga mengamalkan konsep ini. Pemimpin-pemimpin mereka tidak kisah jika media negara menerbitkan sebarang bentuk cemuhan kepada mana-mana pihak atas alasan kebebasan media. Aturan hidup masyarakat mereka juga terlalu longgar kerana nilai yang diwarisi oleh generasi sekular tidak mempedulikan hak orang lain. Pemimpin-pemimpin sekular Barat sendiri, dengan kepercayaan penuh terhadap prinsip sekularisme, membimbing rakyat mereka ke arah masyarakat yang memandang rendah terhadap agama. Negara-negara berkenaan juga didapati mempunyai keinginan yang lemah untuk menjunjung kepercayaan beragama. Proses sekularisasi di Barat menimbulkan krisis global kerana peningkatan terhadap kepercayaan beragama bertentangan dengan prinsip sekularisme yang didokong oleh kuasa-kuasa Barat yang berpengaruh. Prof. Syed Naquib Al-Attas juga mengungkapkan "... secularization is becoming a global crisis" memang ternyata telah berlaku. Masyarakat yang memperlekeh agama akan menunjukkan pelbagai bukti betapa sekularisme adalah pilihan terbaik bagi membangunkan negara. Dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2007 yang baru diumumkan, lima buah negara scandinavia iaitu Dernmak, Finland, Sweden, Iceland dan Norway adalah antara sepuluh buah negara yang paling kurang rasuah di dunia. Setelah diamati, semua negara ini bukanlah mementingkan sangat anutan agama masyarakat sebaliknya mengguna pakai apa saja cara untuk memajukan negara walaupun dengan menolak kepercayaan agama.

Menyelidiki dengan lebih mendalam ungkapan Prof. Syed Naquib, jika diperhatikan, kesan sekularisme ke atas lima buah negara ini memang sangat relevan. Maklumat terkini dan lengkap mengenai negara-negara di dunia terdapat di Central Intelligence Agency (CIA), Amerika Syarikat dan lima buah negara berkenaan menunjukkan kadar kesuburan yang rendah dengan Sweden mencatat 1.66 , Finland (1.73), Dernmak (1.74), Norway (1.78) dan Iceland (1.91). Kadar kesuburan yang rendah tidak dapat mengimbangi jangka hayat masyarakat mereka yang rata-ratanya mempunyai umur yang panjang. Sweden menjadi negara utama dengan jangka hayat sehingga 80.63 tahun, diikuti Iceland (80.43), Norway (79.67), Finland (78.66) dan Dernmak (77.96). Krisis ini bertambah besar apabila isu keselamatan, keselamatan sosial, kesihatan dan penguncupan kadar kelahiran digabungkan sekali. Sukar bagi kerajaan mereka menampung bayaran pencen warga tua. Jadi siapa yang harus mengisi tenaga kerja da menampung keperluan keselamatan sosial ini? Jawapannya ialah migrasi.

Pada 1999, sekitar 16 juta pekerja asing di Eropah Barat menjana pendapatan sebanyak US$46 bilion. Kehadiran pekerja asing ini dapat mengekalkan daya saing dan memenuhi keperluan domestik negara-negara Eropah. Pada masa yang sama, kehadiran begitu ramai pekerja asing membawa pula masalah baru iaitu krisis identiti penduduk tempatan. Isu ini menjadi perdebatan hangat di Barat dan telah dijadikan senjata utama oleh parti politik sayap kanan untuk meraih undi dalam pilihan raya. Krisis yang menjadi telahan Prof. Syed Naquib telah pun berlaku dan akan terus bertambah parah kerana ramai yang menjadi pekerja dan pendatang asing ini beragama Islam. Mereka membawa sekali agama, adat dan budaya ke dalam masyarakat tempatan. Ianya mengancam kepercayaan agama masyarakat negara tersebut dan menjadi bahan perbincangan di media massa yang dibuat secara terbuka. Jim Moret, pengacara Inside Edition ketika melaporkan pengislaman Angela Collins menyatakan terdapat kira-kira 20,000 penganut Islam setiap tahun di Amerika Syarikat dan jumlah ini semakin bertambah. Apa yang menakutkan Barat dan kepimpinan Barat sekarang ialah proses sekularisme yang mereka pertahankan sedang diancam oleh proses Islamisasi yang bahangnya dirasakan oleh umat Islam di Dernmak dan negara-negara lain.

Sekularisme bergandingan dengan atheisme untuk mencorakkan pembangunan negara-negara Eropah dan Barat ketika mana agama diketepikan. Pendokong sekularisme menjadi sombong disebabkan pengetahuan saintifik mereka yang menolak kehadiran Tuhan untuk menentukan sesuatu. Mereka berbangga dapat mengklon semua jenis kehidupan termasuk manusia, menjelajah angkasa raya dan planet, memanipulasi ekonomi dunia dengan sifat tamak dan mengesampingkan nilainilai moral. Institusi perkahwinan rosak kerana sekularisme. Berzina dan melahirkan anak luar nikah tidak menjadi perhatian lagi dan perkahwinan sesama jenis diterima dan tidak lagi disembunyikan. Dosa-dosa yang ditakrifkan oleh agama tidak lagi diterima. Kepimpinan Barat juga berlumba-lumba mencipta senjata canggih bukan untuk mempertahankan diri sebaliknya menjaja teknologi senjata tersebut kepada negaranegara lain dan mencipta peperangan. Masyarakat pelbagai negara diadu domba supaya mendapatkan senjata terkini dengan alasan pertahanan negara diperkuatkan. Ancaman sekularisme sangat bahaya. Kepimpinan Barat akan sentiasa meningkatkan pelbagai jenis serangan ke atas kehidupan beragama manusia melalui penyebaran bahan yang tidak bermoral dan menyanggahi nilai tradisi masyarakat. Kelekaan dan kebanggaan terhadap pengetahuan serta teknologi yang dimiliki Barat memusnahkan sama sekali kepercayaan terhadap agama dan menjadikan mereka terus angkuh, menolak peranan Tuhan kerana merasakan Tuhan tidak diperlukan lagi justeru sains telah memberi jawapan kepada setiap persoalan yang berlegar dalam kehidupan manusia hari ini. Islam, Barat dan cabaran semasa

Hari ini umat Islam dan kepimpinan Islam berada pada kedudukan yang sangat lemah. Bilangan 1.2 bilion umat Islam yang bernaung di bawah Pertubuhan Negaranegara Islam (OIC) tidak mampu sama sekali memberi pengaruh ke atas kuasa hegemoni Barat yang dikepalai oleh Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan sesetengah pemimpin Islam menggesa diwujudkan kembali persekitaran politik dan sosial seperti mana zaman Nabi Muhammad saw dengan anggapan itulah penyelesaian kepada masalah umat Islam sekarang. Pemikiran golongan ini sangat tidak berkembang kerana tidak mahu menerima hakikat realiti semasa hari ini yang berubah dengan pantas. Mereka tidak mahu

membuat penyesuaian terhadap perubahan dunia. Bagi jangka masa panjang, mereka akan ketinggalan dalam serba-serbi dan akhirnya tewas. Kemunduran umat Islam dan pasifnya pemimpin-pemimpin Islam bukannya kerana Islam gagal membawa kejayaan atau Islam sememangnya mendatangkan nasib buruk, sebaliknya umat Islam telah melencongkan kefahaman Islam yang sebenar. Hal ini berlaku kerana pelbagai sebab: politik, kedudukan dan kuasa. Cabaran pemimpin-pemimpin Islam ialah mengembalikan kefahaman Islam supaya pelencongan pentafsiran dapat dimurnikan semula. Mengawal penyebaran pengetahuan yang menyanggahi amalan tradisi dan budaya yang melemahkan pemikiran umat. Kebimbangan dan kerisuan pemimpin Islam di seluruh dunia ialah menjangkakan kesan jangka masa panjang ke atas anak-anak muda Islam. Muhammad Assad dalam buku "Islam at the Crossroads" berkata: "Kesan utama yang disebabkan oleh sejarah mereka (Barat) ke atas pemikiran orang-orang muda bukan Eropah ialah perasaan rendah diri terhadap budaya, sejarah silam dan masa depan mereka sendiri. Secara sistematik anak-anak muda ini diajar untuk menghina masa depan mereka." Globalisasi memberi ruang kepada manusia di seluruh dunia untuk bergerak dan merentas sempadan dengan mudah. Sangat sukar bagi sesebuah negara mengekalkan konsep negara bangsa yang tunggal. Migrasi menyebabkan wujudnya negara pelbagai bangsa kerana manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang lebih baik. Tetapi migrasi menyebabkan krisis besar dalam demokrasi. Walaupun demokrasi dikatakan dapat memberi ruang yang lebih besar kepada masyarakat ketika memilih pemimpin, desakan memberi ruang kepada pemilihan pemimpin minoriti mengundang polemik. Adakah pemimpin yang dipilih itu benar-benar mewakili suara kumpulannya atau sebagai boneka sahaja? Dalam konteks negara pula, mana-mana negara yang gagal melaksanakan demokrasi, rakyat, pemimpin dan negara akan dikenakan sekatan ekonomi, politik dan sosial. Kanak-kanak, orang tua dan wanita turut sama merasai tekanan ini kerana masyarakat memberi ruang kepada pemilihan pemimpin yang bukan demokratik. Keadaan di Myanmar ketika ini adalah contoh bagaimana sebuah negara dikenakan sekatan, akibat daripada kegagalan melaksanakan demokrasi. Perang Dunia Kedua

dahulu juga boleh dijadikan iktibar. Dengan dua biji bom atom, negara Jepun yang angkuh dengan slogan "Asia untuk Asia" bertukar menjadi negara demokrasi. Barat, dengan kuasa kepimpinan dunia berada di tangan mereka boleh melakukan apa sahaja bagi memaksa sesebuah negara untuk menerima demokrasi. Ekonomi menjadi tonggak kepada pembangunan sesebuah negara. Bagi mengukuhkan dominasi ekonomi dunia, kepimpinan Barat mencipta agensi-agensi yang dapat mempertahankan status quo mereka dalam penguasaan ekonomi dunia. Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan blok-blok ekonomi diperkasa dengan mengikut telunjuk Barat. Kepimpinan Islam berhadapan dengan penguasaan ekonomi Barat yang entah bila akan tamat. Yang boleh dibuat oleh pemimpin-pemimpin Islam ialah berfikir bagi mempastikan perbelanjaan negara berada dalam kedudukan yang kukuh dan meningkatkan simpanan. Juga mereka harus berfikir tentang keupayaan tamaduntamadun besar dunia memajukan masyarakat mereka seperti di Saba, Yaman, Babylon di Iraq, empayar Roman dan kerajaan Islam Andalusia. Isu pengganas dan keselamatan menjadi acahan Barat untuk memaksa masyarakat dunia menerima dan mengikut kehendak mereka. Anda bersama kami, atau menjadi musuh, adalah ucapan Presiden George W. Bush ketika mencanangkan perang terhadap keganasan. Ucapan tersebut sangat jelas sebagai pewujudan strategi global Amerika Syarikat untuk menguasai dunia. Dengan kecenderungan Islamofobia menjadi semakin genting, peranan pemimpinpemimpin Islam semakin besar dan usaha memberi kefahaman serta gambaran yang jelas mengenai Islam tidak lagi dapat dilengahkan. Nabi Muhammad saw, walaupun tidak dapat menguasai satu per tiga dunia semasa di Mekah dan Madinah, terpaksa juga melalui pelbagai cabaran besar untuk beberapa tahun berdakwah. Tidak sempat melihat Islam berkembang, baginda saw sebenarnya telah membina model dunia Islam yang menjadi pemangkin kepada kegemilangan tamadun Islam.

Kesimpulan daripada artikel ini, mengulangi sejarah tamadun Islam sangat sukar ketika umat sedang lemah. Tetapi semangat kejayaan tentera-tentera Islam menakluki wilayah asing harus disemat dan dijadikan teladan kerana negara yang ditakluki bukannya berasa takut dengan kehadiran tentera Islam yang pelbagai latar

belakang, sebaliknya kehadiran mereka sangat dinantikan. Tentera-tentera ini tidak menimbulkan huru-hara sebaliknya membawa keamanan dan kesejahteraan. Diulangi kembali petikan ucapan Carleton Fiorina, bekas CEO Hewlett-Packard Company iaitu: "Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingan."

Anda mungkin juga menyukai