Anda di halaman 1dari 2

MASALAH SAKSI WASIAT KETIKA BERMUSAFIR

Tafsiran dari surah Al-maidah ayat 106-107 Oleh: Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang
Wasiat perlu kepada dua orang saksi supaya tidak menjadi pertelingkahan dalam kalangan keluarga. Ada manusia yang takut untuk memberi wasiat sedangkan mati merupakan ajal yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Wasiat adalah satu hukum yang ada di dalam islam. Berwasiat pula mestilah secara hukum. Kebanyakan dari umat Islam hari ini hanya belajar agama sekadar menyentuh masalah solat, puasa, zakatdan haji sementara masalah hukum lainnya termasuk wasiat, sumpah, hibah dan seumpamanya tidak ada hasrat mereka untuk belajar maka sebab itulah umat Islam menjadi bercelaru dan tidak tahu ke hujung pangkal dalam kehidupan. Firman Allah S.W.T yg bermaksud Ataupun dua orang yg lain dari kamu (orang yg bukan Islam) sekiranya kamu musafir d bumi ketika kamu ditimpa penyakit yang membawa kepada kematian. (Surah Al Maidah Ayat 106) Orang bukan Islam boleh diambil sebagai saksi sekiranya tidak ada orang Islam ketika berada dalam musafir. Bagaimanapun, terdapat kekhilafan dalam kalangan ulama dalam menghuraikan masaalah ini. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : Kamu tahan dua saksi ini selepas sembahyang. Bersumpah dengan dengan nama Allah S.W.T sekiranya kamu ragui mereka (Surah Al Maidah Ayat 106) Jika kamu ragu tentang penyaksian mereka maka hendaklah kamu meminta mereka bersumpah selepas mengerjakan sembahyang untuk menyatakan kesungguhan sumpah itu. Firman Allah S.W.T yg bermaksud: kamu tidak membeli saksi ini dengan harga yang murah walaupun terhadap keluarga sendiri.Kamu berjanji dengan Allah ,kamu tidak akan menyembunyikan keterangan.kalau kamu menyembunyikan keterangan maka kamu termasuk dalam kalangan orang2 yang berdosa. ( surah Al Maidah Ayat : 106) Lakukan sumpah ini supaya bersungguh-sungguh kalau kamu ragu. Sebaliknya, jika kamu percaya dengan penyaksian itu maka mereka harus tidak disuruh bersumpah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Jika sekiranya dapat dikesan dua orang saksi ini tidak boleh dipercayai, kerana melakukan dosa. (surah Al Maidah ayat 107) Dalam peristiwa ini, dua orang saksi tersebut telah menyembunyikan barang dan ada keterangan daripada surat yang ditulisnya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Maka diambil dua orang daripada keluarga si mati, dan dua orang daripada keluarga si mati ini bersumpah dengan nama Allah S.W.T

menyatakan bahawa harta ini adalah harta si mati (dan saksi tersebut tidak betul). Dan kalau sekiranya kamu melampaui batas, kamu termasuk dalam kalangan orang2 yang zalim. (surah Al Maidah ayat 107). Lalu nabi S.A.W memanggil dua orang Kristian tersebut selepas solat Asar. Mereka itu ialah Tamim Al Dari r.a dan Abdi bin Bida ra. Mereka dipanggil supaya bersumpah demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan dia kami tidak mengambil barang ini dan kami tidak menyembunyikannya. Kedua-dua orang ini ditahan mengikut masa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Ditahan sehingga mendapat kenyataan. Tiba2 Allah S.W.T memasukkan islam ke dalam hati Tamim Al Dari r.a dengan turunnya wahyu dan mendapat bukti bahawa Muhammad ialah rasul Allah S.A.W. Tamim Al Dari r.a mengisytiharkan islamnya sekaligus berbait (berjanji setia) serta berkata Benarlah Allah dan Rasulnya, saya telah mengambil bekas itu. Maka terdedahlah perkara sebenar dalam peristiwa yang berlaku ini. Allah S.W.T menurunkan ayat yang dibaca ini untuk menjadi pengajaran kepada orang yang beriman supaya mereka tidak bertelingkah di dalam masalah wasiat ini. Ayat terdahulu menggalakkan kita memberi wasiat dan wasiat ini merupakan amalan yang diberi pahala oleh Allah S.W.T. Wasiat sebahagian daripada harta untuk dibuat kebajikan dengan diadakan saksi dan tidak boleh diwasiatkan kepada waris melainkan dengan izin waris. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: tidak harus wasiat kepada waris yang menerima pusaka. Antara lain diwasiatkan harta untuk diberikan kepada anak atau saudara yang tertentu sementara anak atau saudara yang lain tidak diberi wasiat. Ini menimbulkan perasaan iri hati di antara satu sama lain. Yang banyak berlaku ialah pakai ikut suka hati nak buat, tidak kiralah sama ada ikut hukum atau tidak. Meskipun begitu boleh memberi wasiat kepada waris tetapi dengan izin waris yang lain.

Anda mungkin juga menyukai