Anda di halaman 1dari 3

2.2 KEMAHIRAN BERTUTUR. 2.2.1 Definisi.

Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan ( artikulator ) manusia.Ia merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa.Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat penglahiran (productive level).Ia tidak boleh dicipta oleh pelajar,tetapi mesti ditiru dan diajuk.Model pertuturan yang lemah akan menghasilkan ajukan yang lemah.Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin ajukan yang baik.namun begitu,model yang baik itu sangat diperlukan kerana ia mungkin akan menghasilkan tindakan yang baik juga. Semasa bertutur,seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan, sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan).Walau bagaimanapun,selain mengerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna,proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami,menaakul,memadan menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi.Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental-mendengar dan membaca secara berkesan.

2.2.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN BERTUTUR Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: a) b) c) d) e) f) g) h) menyebut dengan jelas; menyampai atau melahirkan pendapat peribadi; melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu hurain dengan tepat; membina soalan untuk mencari maklumat; bertemu ramah; bertukar-tukar pendapat dan maklumat; bertutur secara bertatasusila dan; Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dngan situasi.

2.2.3 PROSES DAN BENTUKNYA. Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l) m) n) o) p) Mengaitkan aksi dengan pertuturan; Menjawab soalan-soalan rakan dan guru; Membina soalan berdasarkan bahan Memberi arahan kepada rakan; Menerangkan gambar dan bahan grafik; Berbual melalui telefon; Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri; Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan. Permainan komunikatif; Mengadakan perbahasan; Perbincangan forum; Memberi taklimat dan ceramah; Main peranan; Simulasi; Teater bercerita; Drama.

RUMUSAN Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan perkara-perkara asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa.Pelajar haruslah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik agar membolehkan pelajar memproses maklumat dengan tepat.Kebolehan menguasai kemahiran mendengar dan bertutur yang baik akan endorong pelajar dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan lebih baik,Keupayaan seseorang pelajar yang dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur akan membolehkan pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi dan dapat menyumbangkan pendapat dan idea, pandangan, dan memberi respon dan gerak balas tertentu.Ini bermakna, seseorang pelajar perlulah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.Kemahiran mendengar dan bertutur amat berkait rapat antara satu sama lain.Apabila pendengaran seseorang bermasalah ia akan memberi kesan kepada pertuturan seseorang.Kemahiran mendengar amat penting kepada seseorang kerana ia adalah proses komunikasi.Dengan demikian kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar sebelum menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

Anda mungkin juga menyukai