Anda di halaman 1dari 1

Tenunan Rungus dikenali sebagai magavol yang memaparkan ketinggian nilai tradisinya berdasarkan teknik pembuatan dan hiasan

motif yang dihasilkan. Kain ini ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Proses menenun kain Rungus ini serupa dengan proses menenun kain tradisi di Sabah. Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang (back strap loom) atau disebut babaal dalam bahasa Rungus. Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan. Suku kaum Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman. Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas yang lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat. Suku kaum Rungus memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.