Anda di halaman 1dari 7

http://www.scribd.

com/doc/4379811/KONSEP-SYAHADAH KONSEP SYAHADAH


Dari segi bahasa Dari segi istilah : : Syahadah bereti penyaksian. Yakni penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak

disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusannya atau bermakna penyaksian dengan lidah dan pembuktian melalui amal yang menunjukkan keimanan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya. Konsep Syahadah: a. Syahadah adalah merupakan penyaksian atau pengakuan seseorang yang

terbit dari hati yang benar-benar faham dan bukannya hanya setakat lafaz di lidah sahaja. b. Di zaman Nabi Muhammad S.a.w. ucapan syahadah bukan suatu lafaz

yang mudah untuk diucapkan oleh sesorang dimana mereka yang tidak sanggup melafazkannya terdiri datipada Abd. Mualib, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain. c. Di zaman Nabi juga seorang Badwi (kampong) datang bertanya Nabi

s.a.w. katanya: Apakah yang engkau bawa hai Muhammad?. Jawab Baginda: Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad pesuruhnya. Maka katanya: Jika ini yang engkau bawa, engkau akan mendapat tentangan kaum mu dan engkau akan dibenci. d. Semua Nabi-nabi yang terdahulu membawa konsep yang sama

(Syahadah). Firman Allah Taala:

Maksudnya: Dan tidak kami utuskan sebelum mu dari rasul-rasul melainkan kamu wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka hendaklah kamu menyembah Aku.

e.

Syahadah adalah bermakna pengakuan yang sebenar-sebenar bahawa

tiada tuhan yang berhak disembah, yang berhak dipatuhi selain dari Allah. Perintahnya terkandung di dalam Al Quran dan mematuhi Al Quran bererti mematuhi perintah Allah. f. Syahadah adalah ucapan lidah dan pengakuan (ikrar) hati serta

membuktikannya dengan perbuatan. g. Syahadah juga bermakna pembahagian dua perkara: 1. 2. Tauhidkan Allah Syariat Allah yang dibawa oleh Rasulnya s.a.w.

h. satu

Syahadah juga bererti tunduk menyerah diri dan kepatuhan diri dibawah

peraturan hidup sahaja yang dinamakan Islam.

Keperluan Syahadah: a. Syahadah adalah anak kunci Islam. Mengucapkannya adalah anak kunci

muslim. b. Di dalam sesebuah pertubuhan, ikrar taat setia sudah menjadi kebiasaan,

dan di dalam Islam Syahadah merupakan ikrar seseorang untuk terus berjuang dan hidup diatas landasan Islam. c. Pokok atau tunjang bagi Islam adalah Syahadah. Mengucapkannya adalah

bererti meneguhkan lagi iman atau meletakkan tunjang Iman dalam dada. d. Syahadah adalah umpama bendera perjuangan Islam. Motif perjuangan

adalah menegakkan Islam di muka bumi. e. Matlamat hidup dan mati terkandung di dalam syahadah iaitu menuju

keredaan abadi dari Allah dan mendapat syufaat Rasulnya.

Pengertian Syahadah.

a. b.

Aku bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah. Aku bersaksi dan berikrar dengan sebenarnya bahawa tiada Tuhan yang

mempunyai segala sifat kesempurnaan, yang perlu disembah, yang perlu dipatuhi dan yang Maha Berkuasa melainkan Allah sahaja. c. Yakni Allah sahajalah yang berhak disembah bukannya makhluk yang lain

yang hanya kepadanya ditumpukan kepatuhan, yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan. d. Bererti : Daku berikrar dengan sebenarnya akan mematuhi setiap

titah yang terkandung di dalam Al Quran dan larangannya. e. Terkandung dua perkara:

1.

Menafikan Tiada Tuhan

2.

Menetapkan Melainkan Allah

a. b.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan (pesuruh) Allah Aku berikrar dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itulah yang diutuskan

Allah sebagai Rasul membawa cahaya kebenaran, membawa syariat, cara hidup, titah-perintah Allah dan segalanya dari Allah tanpa menokok tambah atau mengurangi sedikit pun. c. Aku berikrar dan mengakui bahawa hanya Nabi Muhammad s.a.w. sahaja

yang patut di ikuti kerana Baginda adalah utusan Allah Taala.

* Dalam kalimah (

) ada tiga perkataan Tauhid.

a. b. c.

Tauhid Rububiah Tauhid Uluhiah Tauhid Nama dan Sifat Allah

A. a. b

Tauhid Rubiah: Ialah Tauhid ketuhanan. Bererti mempercayai bahawa di dunia ini ada Tuhan yang menciptakan

alam yang sebegini luas dan dialah yang menjadikan semua makhluk di alam ini dan yang Maha Berkuasa keatas pentadbiran alam semester ini. c. Tauhid ini dipunyai oleh semua Agama di dunia ini kerana setiap fitrah

manusia mengakui wujudnya Tuhan yang menciptakan alam ini. d. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah sahajalah tuhan yang

menciptakan setiap

yang ada dialam ini samada yang dapat dilihat atau pun

yang tersembunyi (ghaib). e. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah sahajalah Tuhan yang memberi,

menerima, membinasakan, menyembuhkan malah melakukan apa sahaja yang ia kehendaki ke atas makhluknya, B. a. b. Tauhid Uluhiah: Ialah tauhid keesaan Allah Bermakna mempercayai bahawa Allah itu pada zatnya satu, Esa atau

tunggal. Tidak dua tidak tiga. Dan ianya bersifat azali (zatnya), tiada permulsaan dan tiada akhirnya, tiada awal dan tiada nokhta baginya. c. ( d. Bermakna mempercayai bahawa Allah itu Esa dalam perbuatannya, tiada ) jadi maka jadilah sesuatu itu. Ia tidak memerlukan bantuan dalam pekerjaannya. Ia Maha berkuasa dan

sekutu dalam pekerjaannya. Apabila ia kehendaki, hanya dengan berkata

segalanya dalam pentadbiran Allah Yang Maha Esa. e. Bermakna mempercayai Allah itu esa dari azali. Tidak beranak dan tidak

diperanakkan, tiada ibu bapa. Allah itu pada azalinya esa, satu dan tetap satu. f. Allah lah saja yang wajib disembah bukannya kepada yang lain.

C. a.

Tauhid Nama dan Sifat Allah: Mempercayai bahawa tiada tuhan yang Maha pengasih, Pemurah, Kaya

dan berkuasa melainkan Allah. b. Mempercayai bahawa zat Allah itu mempunyai nama-nama serta sifat-sifat

yang maha sempurna, amat elok dan terbaik. c. Bererti mensifatkan Allah dengan segala kesempurnaan di dalam hati kita

dan menangkis segala sifat kekurangan yang ada dalam bisikan hati kita.

SIFAT-SIFAT ALLAH * Ketiga-ketiga tauhid tersebut dipunyai oleh umat Islam di mana dalam kalimah ( ) itu terkandung ketiga-tiga tauhid itu.

Rukun-Rukun Syahadah: a. b. Ikrar Iktikad Ikrar akan keesaan Allah dan Muhammad itu Pesuruhnya. Mempercayai atau meyakini bahawa hanya Allah lah tuhan

yang esa yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu utusannya yang menyampaikan wahyu dari Allah. c. Iktiraf Mengakui kebenaran keesaan Allah dan mengakui

kebenaran d. Amal

kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi

akan tuntutan syahadah tanpa ragu-ragu, jemu, malas dan menunjukmenunjuk. Amal dengan penuh ikhlas terhadap Allah taala.

Cara pengucapan syahadah yang betul: a. b. Membaca mengikut hukum tajwid Memahami ertinya dan bukan hanya sekadar tahu.

c. d. e.

Mengucapkannya dengan penuh khusuk. Memenuhi tuntutan syahadah (amalan) selepas mencucapkannya. Menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan syahadah.

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah

a. b. c. d. e. f.

Bertawakal dan bergantung hidup kepada yang selain Allah. Ingkar akan nikmat-nikmat Allah (menafikannya). Biadap terhadap Rasulullah s.a.w. Melantik orang kafir yang musyrik menjadi pemimpin keatas umat Islam Memberikan sokongan dalam menentang Islam. Mengkafirkan orang-orang yang mengucap kalimah syahadah dan tidak

mengkafirkan orang engkarkannya. g. h. Mengubal undang-undang selain Islam. Melaksanakan hukum yang bukan Islam serta tidak merujuk kepada

hukum Islam. i. j. k. l. Benci atau menentang perkara-perkara di dalam Islam. Taat kepada yang selain Allah. Menjadikan dunia matlamat utama bagi kehidupan dan bukan akhirat. Tidak beriman dengan satu-satunya perkara dalam Al Quran atau hadis

atau menafikan semua sekali. m. n. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya. Menghina sesuatu dari Al Quran atau sunnahnya atau menghina orang-

orang yang ingin menegakkannya. o. Takut dalam menegakkan kalimah Allah dan riang dalam menegakkan

maksiat.

p.

Menafikan sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w. dan tidak mengakuinya

sebagai contoh terbaik. q. Iktikad bahawa tidak salah keluar dari syariat Islam.

SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T

SIFAT WAJIB PENGERTIANNYA SIFAT MUSTAHIL Ada Sedia ada Kekal Menyalahi yang baru Berdiri sendiri Esa Ada kuasa Ada kehendak Ada ilmu Hidup Ada pendengaran Ada penglihatan Ada kata-kata Berkuasa Berkehendak Berilmu Maha hidup Maha Mendengar Maha melihat Maha berkata-berkata Tiada Asal Tiada Mengalami kemusnahan Menyamai yang baru Tidak berdiri sendiri Ada sekutu Tiada kuasa Tiada kehendak Tiada ilmu Mati Tiada pendengaran Tiada penglihatan Tiada kata-kata Lemah Tiada kehendak Jahil Mati Tuli Buta Bisu

SIFAT-SIFAT HARUS Sifat harus bagi Allah Taala hanya satu yaitu : Mengadakan atau meniadakan setiap barang yang mukmin (barang yang harus jadinya).

Anda mungkin juga menyukai