Anda di halaman 1dari 4

ETIKA PROFESION PERGURUAN

(Laporan Gaji Aziz, 1971)

1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama soseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendrian. 5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. 6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. 7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. 8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik. tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. 9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. 10. Dia haruslah menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap murid-muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam atau negara. 13. Dia haruslah menanam sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. 14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapanya. 15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.

16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. 17.Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid- muridnya. 19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas- tugas profesionnya. 20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru- guru lain. 21.Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan caracara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) 22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

I. Tanggungjawab Terhadap Pelajar 1. Lebih mengutamakan kebaiikan pelajar dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap seorang peiajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, social, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang tidak baik kepada pelajar. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, Iawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya

II. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau

berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru 2. Tidak melibatkan diri daripada kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kemahiran sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

III. Tanggungajwab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara. 2. Memupuk dalam diri setiap peiajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat mereka, berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibubapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

IV.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

1. 2.

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan

terhadap anak-anak mereka. kerjasama yang erat di antara

institusi pendidikan dengan rumahtangga 3. Berusaha mewujudkan hubungan yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

4.

5. 6.

Ata/etikaprofguru.doc