Anda di halaman 1dari 24

Kategori OKU

Orang Kurang upaya diklasifikasikan kepada enam kategori: Kurang upaya penglihatan Kurang upaya pendengaran Kurang upaya anggota Cerebral palsy Masalah pembelajaran (Autisme, ADHD/ADD, Down Syndrom, lembam dll) Lain - Lain

Sikap masyarakat. persepsi buruk kepada golongan OKU Rasa rendah diri dan jemu dalam diri mereka Keupayaan mereka dipandang rendah oleh masyarakat. Mereka tidak berasa yakin dengan kebolehan mereka dalam sessuatu bidang. Sikap majikan yang memilih pekerja. Kongkongan dan kebimbangan keluarga. Sukar untuk mendapat kemudahan dalam sistem pengangkutan untuk ke tempat kerja. gagal menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran ruang kerja atau pejabat yang tidak berapa sesuai dengan keadaan fizikal mereka . mungkin menghadapi kesukaran untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Faktor dalaman oku itu sendiri.

Sukar mendapat pekerjaan yang dapat mendatangkan pendapatan kepada mereka. menghadapi masalah dalam kehidupan seharian Sukar meningkatkan taraf kehidupan

menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu. Program kemahiran tersebut sangat penting untuk melatih OKU menguasai bidang kraftangan, membaiki kenderaan dan perniagaan. Dengan cara ini mereka akan mudah untuk bekerja dan dapat menjana pendapatan keluarga walaupun cacat. Oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan pusat-pusat latihan kemahiran OKU ini seperti Program Semai Bakti Pusat (PDK) di bawah pengawasan Felda di seluruh Negara berjaya melatih kira-kira 7,700 orang OKU dalam pelbagai bidang. Jelaslah kemahiran yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU berdekari dan menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara kita. pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka kea rah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.

pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar Carrefour telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang tahun 2010 nanti iaitu berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU untuk membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera melalui Kementeriannya agar minat OKU dalam bidang ini dapat dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke9 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua OKU yang berminat boleh membuat permohonan dan perlu mendapat sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain

SKIM BANTUAN KEWANGAN KEPADA GOLONGAN OKU Penentuan bantuan kewangan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan yang dilakukan dan pertimbangan oleh Pegawai Pelulus.

Antara skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan kepada golongan OKU yang layak dipertimbangkan bantuan adalah seperti berikut:

Elaun Pekerja Cacat (EPC)


Sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU). Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga. Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan Pesakit Kronik terlantar Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja. Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan

ORANG KURANG UPAYA (OKU) SOALAN Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) masa kini mula diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan. Namun usaha ini masih jauh untuk mencapai objektif yang dicita-citakan. Jelaskan penyataan ini. SKEMA (2A+2B) A Sebab-sebab 1 Aset tenaga kerja produktif 2 Menjamin kebajikan OKU 3 Membendung amalan diskriminasi 4 Merialisasikan konsep satu Malaysia B Sebab gagal 1 Sikap OKU/keluarga 2 Sikap majikan /masyarakat 3 Kemudahan pendidikan 4 Kekurangan prasarana OKU

SOALAN Golongan orang Kurang Upaya sering dipinggirkan oleh pelbagai sektor dalam bidang produktiviti. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku. Ayat pertama hanya melibatkan pernyataan tajuk sementara ayat kedua mengandungi kata kunci dan tajuk soalan .Oleh itu calon hanya perlu memahamkan kehendak ayat kedua sahaja. Kesimpulannya,soalan ini memerlukan 4 idea faktor orang kurang upaya dipinggirkan Contoh idea (faktor OKU dipinggirkan dalam bidang pekerjaan) Idea 1.sikap majikan 2.kongkongan dan kebimbangan keluarga 3.sikap masyarakat 4.faktor dalaman golongan OKU itu sendiri

LARAS SAINS

Apakah definisi makanan tambahan?


Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.

1. Whey Protein Protein terdiri daripada banyak asid amino. Dalam produk yang berlabel whey protein, kandungan karbohidrat biasanya sangat rendah. Perkataan isolate yang biasa disertakan dalam beberapa produk whey protein melambangkan mudah diserap. Bila masa terbaik mengambil protein isolate? bila badan memerlukan segera. Sebagai contoh selepas latihan, tetapi jangan terus minum whey protein selepas latihan. Badan memerlukan glukosa selepas latihan. Bayangkan badan seperti enjin kereta yang baru dimatikan, masih berjalan dan memerlukan bahan bakar (glukosa). Jika protein dimasukkan segera, badan akan membakar protein tersebut sebagai bahan bakar. Rugi. Jadi antara pilihan selepas latihan adalah minuman isotonik, atau produk-produk glukosa yang lain. Jangan minum air gula kosong seperti milo, sirap dan sebagainya. Dalam jangka masa 30 minit selepas latihan, baru masukkan whey protein.

Weight Gainer Weight gainer merujuk pada produk yang mengandungi protein dan karbohidrat yang tinggi. Seterusnya menjadikan lebih tinggi kalori berbanding whey protein. 3. Creatine Dari sudut fisiologinya, semasa melakukan latihan bebanan, adenosine triphosphate (ATP) di otot akan dipecahkan ke bentuk adenosine diphosphate (ADP). Pecahan yang berlaku menghasilkan tenaga. Creatine membawa phosphate kepada ADP untuk ditukarkan kembali ke bentuk ATP supaya tenaga dapat dihasilkan lagi. Jadi creatine membantu dalam penghasilan tenaga. Cerita tambahan mengenai creatine ditambah untuk melakukan jualan seperti membesarkan otot, menambah saiz disamping membuang lemak dan sebagainya. Asas cerita-cerita tambahan itu adalah daripada fungsi creatine itu sendiri.

Penjagaan kesihatan menjamin kesihatan. Pelengkap kepada amalan pemakanan yang tidak seimbang sesetengah individu yang sibuk dengan rutin harian, menyebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Membantu meningkatkan kesihatan melalui pengambilan pil vitamin, dan sebagainya. Membersihkan sisa toksik daripada badan. Membunuh bakteria, cecacing yang merbahaya dalam badan (pengambilan ubat cacing, yang membunuh cacing didalam usus). Bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan lazimnya kanak-kanak (Glucose). Multivitamin dan susu formula, membantu tumbesaran otak dan tubuh kanak-kanak. (Susu Tepung Neslac). 2. Kecantikan membantu merawat kecantikan. Membantu merawat kulit yang bermasalah, seperti kulit kering. Pengambilan pil atau serbuk formula untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan. Contohnya; Susu Tepung Appeton. Penggunaan krim, atau pil untuk melambatkan proses penuaan. Dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Contohnya; Susu Tepung Anlene, sesuai bagi wanita yang ingin mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Penggunaan krim sinar UV, bagi melindungi kulit dari pancaran terik matahari, dari terbakar atau kulit kering. Penggunaan krim atau pil, bagi membantu keanjalan kulit.

3.Keracunan makanan Makanan suplemen yang mengandungi garam mineral berlebihan, boleh menyebabkan keracunan, seperti cirit-birit, muntah, dan sakit kepala. Berkemungkinan besar, makanan suplemen yang dikatakan menyingkir toksik, tidak berkesan, malahan menyebabkan menambahkan sisa toksik, dan membahayakan kesihatan. Penyalahgunaan, seperti pengguna tidak meneliti label yang tertera pada botol atau paket, menyebabkan keracunan. (pengguna tersalah memilih produk atau makanan yang sesuai) Penggunaan atau pengambilan yang tidak mengikut sukatan atau dos yang telah ditetapkan, menyebabkan kemudaratan pada kesihatan. Contohnya, pengambilan pil kelangsingan yang berlebihan, kononnya mempercepatkan proses kelangsingan, menyebabkan seseorang itu mengalami muntah-muntah, akibat kandungan bahan kimia yang berlebihan pada satu-satu masa. 4. Kesan sampingan alahan dan kerosakan organ. Pengambilan pil-pil vitamin, atau krim kulit yang tidak sesuai dengan para pengguna, boleh menyebabkan alahan. Seperti kulit kemerah-merahan, ruam, kulit mengelupas, bintik-bintik merah, dan kegatalan. Pengambilan melebihi dos yang disyorkan, boleh menyebabkan kerosakkan pada sistem saraf, dan organ. Contohnya, pengambilan ubat penenang yang berlebihan, boleh mendatangkan kesan buruk pada sistem saraf otak. Para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen tertentu - boleh mendatangkan kesan dalam jangka masa tertentu, samada ditahap serius ataupun tidak. Kesan bahan kimia yang berlebihan di dalam badan seseorang, boleh merosakkan organ dalaman yang penting, seperti otak, buah pinggang, hati dan sebagainya. Jika penyalahgunaan ditahap yang serius, boleh mendatangkan komplikasi yang teruk pada saraf otak, sekaligus boleh menyebabkan kematian.

Soalan: Pengambilan makanan suplemen seperti pil vitamin dan produk kesihatan dapat membantu meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan seseorang. Akan tetapi, penggunaan tanpa berhati-hati boleh mendatangkan kesan sampingan. Berikan pendapat anda. Makanan tambahan mendatangkan banyak kebaikan kepada pengguna. Namun begitu, terdapat juga kesan buruk pengambilan makanan tambahan. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai