Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DAN HUBUNGAN KOMUNITI ANJURAN KELAB MAHASISWA

KOMUNIKASI (MENTION) DAN KELAB PERSATUAN MAHASISWA/I FAKULTI PERUBATAN UKM 2012 KHAMIS, 19 APRIL 2012

Nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita, Lagu Negeri Kedah Terima kasih di atas nyanyian lagu Negaraku, Varsiti Kita dan lagu Negeri Kedah. Hadirin dipersilakan duduk.

(SALUTASI)

Ke Pekan Rabu membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera Selamat datang ke Majlis Penyerahan Anak Angkat Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) dan Hubungan Komuniti anjuran Kelab Mahasiswa Komunikasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
1

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersamasama berkumpul pada petang ini di Dewan Kampung Alor Merah, Alor Star, Kedah. Terima kasih kepada penduduk Kampung Alor Merah kerana sudi menerima kedatangan mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk pengetahuan para hadirin, Operasi Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu platform bagi mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat setempat. Matlamat utama bagi program ini adalah untuk menerapkan dan mengukuhkan lagi nilai-nilai kemasyarakatan antara mahasiswa dan juga komuniti masyarakat di kampung. Selain itu juga ia adalah bertujuan untuk memperkukuhkan semangat, keyakinan, keberanian serta semangat berdikari dalam kalangan mahasiswa.

Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.

Tanpa melengahkan masa, dijemput Saudara _______________________________________________________________ Dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin, amin ya rabbal alamin. Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Pengarah Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) dan Hubungan Komuniti, saudara Mohamed Zuhaili bin Abu Bakar bagi menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
UCAPAN KETUA PENGARAH

Terima kasih saudara Mohamed Zuhaili di atas ucapan itu tadi. Seterusnya, dipersilakan Penghulu Kampung Alor Merah, Encik Sobri bin Halim bagi menyampaikan kata aluan selamat datang serta sepatah dua kata sebagai wakil penduduk Kampung Alor Merah, Alor Star, Kedah. Dipersilakan.

UCAPAN PENGHULU KAMPUNG

Terima kasih diucapkan kepada Encik Sobri di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati, Kelab Mahasiswa Komunikasi dan Kelab Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sekali lagi ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kampung Alor Merah, kerana sudi menerima kami sebagai anak angkat kepada keluarga di Kampung Alor Merah ini.

Seterusnya, dijemput pensyarah Komunikasi, Encik Wan Idros bin Wan Sulaiman dan Penghulu Kampung Alor Merah, Encik Sobri bin Halim diiringi Ketua Pengarah OPKIM dan Hubungan Komuniti, Mohamed Zuhaili bin Abu Bakar untuk upacara simbolik penyerahan anak angkat Universiti Kebangsaan Malaysia kepada Kampung Alor Merah, Alor Star Kedah.

SIMBOLIK PENYERAHAN ANAK ANGKAT

Terima kasih di atas simbolik penyerahan anak angkat itu tadi. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pembahagian anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing.

PEMBAHAGIAN ANAK ANGKAT

Dengan berakhirnya pembahagian anak angkat sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Penyerahan Anak Angkat Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) dan Hubungan Komuniti anjuran Kelab Mahasiswa Komunikasi dan Kelab Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

# Para pelajar dijemput untuk hadir ke Masjid Alor Merah untuk Solat Maghrib dan bacaan Yassin bersama-sama dengan penduduk Kampung Alor Merah pada jam 7.30 malam ini.

Sekian,

wabillahitaufik

walhidayah,

wassalamualaikum

warahmatullah

hiwabarakatuh.