Anda di halaman 1dari 15

Pengenalan

Lumba jalan kaki, adalah sejenis acara olahraga dalam kategori perlumbaan jarak jauh. Walaupun ianya merupakan perlumbaan yang menggunakan kaki, lumba jalan kaki berbeza dengan larian kerana dalam acara lumba jalan kaki, sebelah kaki mesti berada dalam keadaan bersentuhan dengan jalan atau trek larian pada setiap masa perlumbaan. Jarak langkahan adalah dikurangkan, oleh itu bagi mencapai satu kelajuan yang diperlukan dalam perlumbaan, peserta lumba jalan kaki mesti mendapatkan satu kadar tempo atau irama semasa larian. Lumba jalan kaki mungkin dipertandingkan sama ada di trek atau di jalan terbuka. Acara biasa dipertandingkan adalah 10 kilometer, 20 kilometer dan 50 kilometer.

Kemunculan Perlumbaan Jalan Kaki

Lumba jalan kaki berkembang sebagai salah satu daripada acara-acara trek terawal yang diperkenalkan pada mesyuarat pertama Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pada 1880. Catatan pertama lumba jalan kaki datang daripada percubaan untuk menetapkan undang-undang bagi acara sukan lumba jalan kaki jarak jauh yang popular pada abad ke-19, iaitu Pedestrianism. Pedestrianism telah berkembang seperti juga sukan lumba kaki dan menunggang kuda yang merupakan sukan yang popular bagi golongan atasan British dan Amerika pada suatu masa dahulu, selain menjadi tempat meraka untuk melakujkan aktiviti pertaruhan. Para peserta lumba jalan kaki telah menganjurkan kejohanan lumba jalan kaki amatur Inggeris yang pertama pada 1866. yang dimenangi oleh John Chambers dan dihakimi dengan undang-undang "fair heel and toe". Peraturan yang agak kabur ini merupakan asas kepada peraturan yang telah dikodkan semasa mesyuarat pertama Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pada 1880, yang merupakan kemunculan olahraga moden. Dengan bola sepak, kriket dan beberapa sukan lain dikodkan peraturan permainannya pada abad ke-19, perubahan sukan Pedestrianism kepada lumba jalan kaki amatur berlaku agak lewat sama seperti kebanyakan sukan pada masa sekarang. Lumba jalan kaki moden kini boleh ditakrifkan sebagai acara yang memerlukan peserta melakukan pergerakan langkah yang berterusan supaya langkah tersebut sentiasa mencecah bumi, tidak ada jejak yang tidak mencecah bumi berlaku yang boleh kelihatan (pada mata kasar). Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus (tidak membengkok lutut) dari mula mencecah bumi sehinggalah keadaan pejalan benarbenar tegak ataupun kaki belakangnya melepasi badan.

Peserta-peserta Lumba Jalan Kaki Pada Kemuncak Prestasi

Lelaki 20 kilometer

50 kilometer

Wanita 20 kilometer

Pelumba-pelumba Jalan Kaki Terkenal Dunia

Lumba Jalan Kaki Dalam Sukan Olimpik

Lumba jalan kaki merupakan acara olahraga dalam sukan Olimpik yang dijalankan di trek atau di jalan raya dengan jarak yang ditetapkan untuk acara tersebut adalah 20 kilometer bagi kedua-dua lelaki dan wanita serta 50 meter bagi lelaki sahaja. Acara lumba jalan kaki membuat kemunculan pertama dalam sukan Olimpik moden adalah pada 1904 yang dikenali sebagai acara lumba jalan kaki separuh batu, dan telah dimasukkan ke dalam 10 acara dalam dekatlon. Pada 1906, acara lumba jalan kaki yang berdiri secara sendiri iaitu lumba jalan kaki jarak 1,500m and 3,000m telah diperkenalkan semasa sukan Olimpik, dan kecuali pada 1924, terdapat sekurang-kurangnya satu acara untuk lelaki bagi setiap pertandingan lumba jalan kaki. Pertandingan lumba jalan kaki bagi wanita menjadi acara sukan Olimpik hanya pada 1992, setelah beberapa tahun diminta diperkenalkan. Kejohanan Piala Dunia bagi acara lumba jalan kaki diadakan setahun dua kali, dan acara lumba jalan kaki muncul dalam Kejohanan Olimpik Dunia IAAF, Sukan Komanwel dan Sukan Pan Amerika.

Gambarajah permulaan acara 3500 meter lumba jalan kaki akhir semasa Sukan Olimpik 1908, yang merupakan Sukan Olimpik pertama yang menganjurkan pertandingan lumba jalan kaki.

Peraturan

Terdapat dua peraturan yang ditetapkan dalam acara lumba jalan kaki. Peraturan pertama mewajibkan jari kaki belakang peserta tidak boleh meninggalkan tanah sehinggalah tumit kaki depannya menyentuh tanah. Pelangggaran peraturan ini dikenali sebagai hilang sentuhan atau loss of contact. Peraturan kedua memerlukan kaki peserta yang menyokong mesti diluruskan dari titik sentuhan dengan tanah dan kekal lurus sehinggalah badan peserta melepasi kaki yang menyokong tersebut. Peraturan-peraturan ini adalah dinilai oleh mata kasar, yang boleh mengundang kontroversi semasa peserta-peserta berada dalam keadaan pergerakan yang laju. Peserta mungkin melakukan kesalahan loss contact untuk beberapa milisaat dalam satu langkahan yang boleh dikesan dengan menggunakan filem kelajuan tinggi, akan tetapi fasa apungan peserta semasa berlumba adalah tidak mampu dikesan dengan mata kasar. Peserta perlu mengekalkan keadaan badannya supaya rendah dengan tanah (mengelakkan fasa apungan) dengan cara mengekalkan ayunan lengannya dalam keadaan rendah, iaitu dihayun separas punggung. Jika terdapat seseorang ternampak bahu peserta lumba jalan kaki naik tinggi, hal itu mungkin merupakan satu tanda bahawa paserta tersebut loss contact dengan tanah. Apa yang menjadikan keadaan pangkal paha berputar secara berlebihan adalah disebabkan oleh puturan penuh perlvis oleh peserta. Peserta perlu menggerakkan pelvis ke depan dan juga mengurangkan pergerakan sebelah kaki lagi dalam usaha untuk mencapai daya landaran ke depan yang maksimum. Kelajuan dicapai dengan cara melangkah dengan laju iaitu mengantikan kaki yang melangkah secara pantas. Hal ini akan dapat mengurangkan risiko berlakunya keadaan kaki meninggalkan tanah (fasa apungan). Langkahan yang dibuat adalah pendek dan pantas, dengan daya tolakan ke depan datang daripada bebola kaki, yang juga dapat mengurangkan risiko hilang sentuhan dengan tanah. Peserta lumba jalan kaki bertarah dunia (lelaki dan perempuan) secara puratanya dapat

melakukan bawah tujuh dan lapan minit per batu (atau bawah empat dan lima minit per kilometer), dalam acara 20 kilometer (12.4 batu) perlumbaan jalan kaki.

Gambarajah menunjukkan situasi acara lumba jalan kaki 20 kilometer semasa Kejohanan Olahraga Dunia di Helsinki, Finland. Peserta dua dari kiri dan peserta paling kanan boleh dilihat melakukan kesalahan loss contact dengan tanah.

Teknik betul (Tidak batal)

Kesalahan terapung (Batal)

Kesalahan membengkok lutut (Batal)

Kesalahan-kesalahan dalam acara lumba jalan kaki :

1. Kehilangan sentuhan dengan tanah / terapung

Berlaku apabila kedua-dua belah kaki dilihat tidak bersentuhan dengan tanah. Sebelah kaki sepatutnya kelihatan bersentuhan dengan tanah pada setiap masa.

2. Membengkokkan lutut

Berlaku apabila kaki yang menyokong dihadapan gagal dilihat diluruskan semasa bersentuhan dengan tanah dan juga gagal untuk mengekalkan kaki yang menyokong di hadapan supaya sentiasa lurus sehinggalah badan melepasi kaki yang menyokong tersebut.

Aspek Penilaian

Terdapat beberapa hakim yang bertugas di laluan pertandingan lumba jalan kaki bagi memantau peserta dalam perlumbaan tersebut. Tiga hakim akan ditugaskan memberi amaran kepada seseorang peserta yang melakukan perlanggaran peraturan yang boleh menyebabkannya tidak layak meneruskan perlumbaan. Terdapat sebuah papan markah yang diletakkan pada laluan acara lumba jalan kaki supaya para peserta dapat melihat tahap perlanggaran peraturan yang telah meraka lakukan. Jika perlanggaran peraturan yang ketiga dilakukan oleh seseorang peserta, ketua hakim akan membatalkan penyertaannya dengan mengangkat papan bet bewarna merah. Bagi tujuan pemantauan yang baik, perlumbaan lumba jalan kaki adalah lebih sesuai diadakan di trek balapan kerana para hakim dapat melihat peserta beberapa kali semasa perlumbaan berlangsung. Seseorang hakim berkuasa untuk memberi amaran kepada peserta yang berada dalam keadaan melanggar peraturan lumba jalan kaki seperti kesalahan hilang sentuhan dengan tanah atau membengkokkan lutut dengan mengangkat papan bet khas untuk kesalahan tersebut. Seseorang hakim hanya diberikan kuasa mengangkat papan bet kesalahan untuk seorang sahaja peserta yang melakukan kesalahan dan ketua hakim tidak dibenarkan mengangkat papan bet kesalahan. Tugas ketua hakim adalah hanya untuk membatalkan penyertaan peserta yang telah melakukan tiga kali kesalahan peraturan acara lumba jalan kaki. Pembatalan penyertaan peserta adalah sesuatu yang biasa dalam kejohanan tahap elit, seperti kes popular yang berlaku pada Jane Saville yang telah dibatalkan penyertaannya ketika dia sudah berada dalam keadaan hampir memenangi pingat emas di hadapan ribuan penyokongnya dalam kejohanan Olimpik musim panas 2000.

Papan bet dalam acara lumba jalan kaki :

1. Papan bet amaran yang dipegang hakim perlulah bewarna kuning. Papan bet pembatalan penyertaan yang dipegang ketua hakim perlulah bewarna merah.

2. Adalah sangat penting semua papan bet yang digunakan hakim dan ketua hakim diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak dan tidak mudah rosak.

3. Papan bet yang paling sesuai digunakan adalah panjangnya dari hujung pemegang hingga ke bahagian atas adalah kira-kira 11 inci (28 cm) dan diameter bulatannya adalah kira-kira 5 inci (13 cm), supaya ianya dapat dilihat oleh peserta dengan baik.

Papan bet kesalahan kehilangan sentuhan dengan tanah.

Papan bet kesalahan membengkok lutut.

Papan bet pembatalan penyertaan.

Lampiran

Laman Web Rasmi Lumba Jalan Kaki Bertaraf Dunia

Aksi Pertandingan Lumba Jalan Kaki

Permulaan Pertandingan Lumba Jalan Kaki Moden

Rujukan

Internet : 1. www.racewalk.com 2. www.racewalking.org 3. www.walk-usa.com 4. http://www.racewalkingassociation.btinternet.co.uk/Rule230.html 5. http://www.iaaf.org/community/athletics/racewalking/ 6. http://www.iaaf.org/statistics/records/