Anda di halaman 1dari 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PENDIDIKAN JASMANI

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PENDIDIKAN KESIHATAN (PHK 2103M) KERJA KURSUS PENDEK ASAS PERTOLONGAN CEMAS
SESI JANUARI-MEI 2012

NAMA AHLI KUMPULAN :

DZULKEFLY B. IBRAHIM MOHD NOH B. ARIPPIN PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN DISEMBER 2011 PENDIDIKAN JASMANI (KUMPULAN A) PN.NORAZELINA BT AWANG@MAN

PROGRAM

NAMA PENSYARAH

Arahan:Sila klik tajuk berikut

Asas Pertolongan Cemas

KonsepPertolongan Cemas

Kaedah Rawatan Bantu Mula

PERTOLONGAN CEMAS
Tujuan Pertolongan Cemas Peti Pertolongan Cemas

Tayangan Video

Konsep Pertolongan Cemas: ditakrifkan atau diertikan sebagai bantuan permulaan dan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakarperubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

PERTOLONGAN CEMAS
Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera dalam sebarang kemalangan atau mengalami kecemasan atau sakit secara mengejut sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS


Menyelamatkan nyawa Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera.

Selamatkan nyawa Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa didalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. Mengelakkan dari bertambah buruk Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk. Mengurangkan kesakitan Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit

Kecederaan Dalaman dan Luaran

LUKA
LUKA TERJADI DISEBABKAN OLEH PECAHNYA BAHAGIAN KULIT SELEPAS SESUATU KECEDERAAN.

(calar dan terbakar juga boleh dikategorikan sebagai luka)

LUKA LUARAN

LUKA DALAMAN

RAWATAN BANTU MULA


DRABS TOTAPS EAR CPR RICE ECC

Sila klik Nota tersebut

TOTAPS
adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa

TALK T -Talk (Bercakap)


Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yg sakit ATAU tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak !

OBSERVE
O -Observe (Melihat Keadaan) -O
Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa.

TOUCH
T -Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut d engan sentuhan tersebut.

ACTIVE A
-Active Movement (Pergerakan Aktif) Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera

PASSIVE
Passive Movement (Pergerakan Pasif) -Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. ---Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. -Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius

SKILL ( KEMAHIRAN)
Skill (Kemahiran) Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yang mudah untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yang khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti seperti biasa.

CPR
Ialah satu teknik,yang boleh menyelamatkan nyawa,tanpa menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital. Bila CPR boleh dilakukan: a) Seseorang tidak sedarkan diri. b) Tidak bernafas. c) Tiada denyutan nadi di karotid.

CARA-CARA MELAKUKAN CPR


Pastikan kawasan selamat Panggil mangsa-`hello,hello` Jika tiada tindakbalas,minta bantuan orang ramai untuk memanggil ambulan. Betulkan kedudukan mangsa. Buka saluran pernafasan. Lakukan dengar-rasa-lihat untuk 10 saat.

Jika mangsa tidak bernafas,beri 2 hembusan perlahan-lahan. Cari tempat tekanan iaitu pertengahan tulang sternum. Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali hembusan. Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan. Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa iaitu batuk,bernafas atau pergerakan. Tunggu kehadiran ambulan.

SITUASI YANG MEMERLUKAN CPR


LEMAS
RENJATAN LEKTRIK

PANAH PETIR

STROK

SAKIT JANTUNG

REBAH TANPA SEBAB

PEMERIKSAAN
TIDAK BERGERAK TIADA RESPON TIDAK BERNAFAS TIADA DENYUTAN NADI

PRINSIP-PRINSIP CPR
1. HUBUNGI AMBULAN ATAU MINTA TOLONG

2. LAKUKAN CPR PADA MANGSA YANG TAK BERNAFAS DAN TIADA NADI 3. MULAKAN DENGAN BANTUAN PERNAFASAN 4. ECC DIBERI BERSELANG SELI DENGAN PERNAFASAN 5. LAKUKAN SEHINGA PULIH ATAU DOKTOR TIBA

6. SETELAH PULIH, LETAK MANGSA PADA KEDUDUKAN PEMULIHAN

ECC EXTERNAL CARDIAC COMPRESSION


KAEDAH : Digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung(nadi) mangsa. TUJUAN : Untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan keseluruhan anggota badan.

PROSEDUR ECC
MANGSA DEWASA

Baringkan mangsa secara terlentang. Pembantu mula melutut di sisi kanan mangsa. sebab jantung condong di sebelah kiri memudahkan membuat tekanan.

PROSEDUR ECC
MANGSA DEWASA
Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum mangsa. Letak bahagian belakang tapak tangan kanan ke atas sternum. Tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-selikan jarijari.

Kedudukan tangan di atas sternum

PROSEDUR ECC
MANGSA DEWASA

Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa. Tekan dada sedalam lebih kurang 4 5 cm, kemudian lepaskan tekanan tanpa mengangkat tangan. Ulangi tekanan sehingga kira-kira 80 hingga 100 mampatan seminit. (kiraan: one and two and )

SILA KLIK UNTUK TAYANGAN VIDEO

VIDEO CPR

KEDUDUKAN PEMULIHAN

Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka. Dail 994 untuk mendapatkan bantuan ambulans / doktor. Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin.

KAEDAH KEDUDUKAN PEMULIHAN

PROSEDUR ECC
KANAK-KANAK BAWAH 8 TAHUN

Ikut prosedur orang dewasa. Guna sebelah tangan sahaja. Tekan pada kadar 100 mampatan seminit sahaja. Mampatan dada sedalam 2.5 cm.

PROSEDUR ECC
BAYI BAWAH 1 TAHUN

Ikut prosedur orang dewasa. Guna jari telunjuk dan jari hantu. Letakkan jari-jari di tengah sternum. Tekan pada kadar 120 mampatan seminit. Mampatan dada sedalam 1.5 cm.

DRABC
Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R] Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]

Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

R.I.C.E
Apabila berhadapan dengan mangsa yang mengalami fraktur ( retak) dan patah tulang,kita perlu menghalang pergerakan pada bahagian anggota yang tercedera. Selepas memberikan bantuan, kita perlu memastikan mangsa dihantar ke hospital dengan menetapkan sokongan yang selesa pada mangsa ketika dalam perjalanan. Mangsa kecederaan fraktur ini boleh dibantu dengan menggunakan prosedur R.I.C.E

PRINSIP DAN PROSEDUR RICE


R -rest (merehatkan mangsa atau bahagian yang tercedera). I -ice ( membuat tuaman dengan menggunakan ais ). C -compresiion ( demahan ) E -elevation

E.A.R
Jika mangsa yang mengalami kecederaan patah juga mengalami tersekat pernafasan,pemulihan pernafasan perlu dilakukan dahulu. Prosedur E.A.R digunakan bagi membantu mangsa kecederaan fraktur yang mengalami tersekat nafas kerana tercekik,tersedut wap dan sebagainya.

Prinsip dan prosedur E.A.R


E- elevation ( meninggikan ) A- airway ( laluan udara ) R- resuscitation ( resusitasi atau pemulihan pernafasan)

Anda telah berjaya mengikuti tajuk ini dengan jayanya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila layari laman web mengikut alamat dibawah:
http://depts.washington.edu/learncpr

http://www.cprsim.com
http://lessstress.com www.sjam.org.my Sila muat turun maklumat yang difikirkan sesuai ke dalam MS Word. Untuk menilai sejauh mana pemahaman anda tentang tajuk ini slik klik

SOALAN

Anda mungkin juga menyukai