Anda di halaman 1dari 4

Minit Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sultan Tajul Ariffin Manong, Perak.

Kali Ke -36 Tahun 2011 Tarikh : 25 Hb. Mac 2011 (Khamis) Masa : 3.30 petang Tempat : Dewan Besar SMKSTA Kehadiran : 230 orang ahli (ibubapa dan guru) Perasmi : YB Dato. Hj. Ramly Bin Zahari Exco Kerajaan Negeri Perak Merangkap ADUN Manong

Bil

Perkara

Tindakan

1.0

Mesyuarat Agung PIBG SMKSTA bagi kali ke 36 telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 25 hb Mac 2011 bertempat di Dewan Besar SMKSTA Manong.

2.0

Kata-Kata Aluan Pengerusi Majlis 2.1 Majlis dimulakan dengan lafaz bismillah dan salam. 2.2 Mengalu-alukan kedatangan hadirin ke Mesyuarat Agung PIBG ke- 36. 2.2.1. YB Dato Ramly Bin Zahari, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Manong 2.2.2. Tn. Shamsuddin Bin Md Zainal Abidin, Pengetua SMKSTA merangkap Penasihat PIBG 2.2.3. Tn. Hj. Mokhtar Lutfi Bin Abd. Rahman, YDP PIBG 2.2.4. AJK PIBG 2.2.5. Guru-Guru SMKSTA 2.2.6. Ibu bapa/ penjaga murid SMKSTA Manong. Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBGP (Tn. Hj. Mokhtar Lutfy Bin Hj. Abd. Rahman) 3.1. Memulakan majlis dengan meminta hadirin membaca ummul kitab dan sedekahkan kepada Rasul S.A.W. dan semua umat muslimin. 3.2. Mengalu-alukan kedatangan YB Dato Hj. Ramly Bin Zahari serta para hadirin, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah membawa banyak perubahan kepada kejayaan sekolah. 3.3. Bagi pihak ibu bapa melahirkan kesyukuran dan tahniah kepada guru dan pelajar yang telah melonjakkan pencapaian PMR dan SPM pada kedudukan terbaik dalam sejarahnya. 3.4. Beliau berharap para ibu bapa terus membantu menyokong pihak sekolah kearah kemajuan kurikulum dan kokurikulum kerana para guru terlalu banyak bebannya. 3.5. Bagi pengerusi visinya sekolah ini akan melahirkan pelajar yang tinggi sasiah diri dan akademik untuk menjadikan pelajar yang serba boleh.

Semua

3.0

Makluman

4.0

Ucapan Penasihat PIBG (Tn. Hj. Shamsuddin Bin Md. Zainal Abiddin) 4.1. Ucapan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG dan para guru yang hadir Pada petang ini. 4.2. Sebagai anggota yang baru di sekolah ini, beliau mengharapkan warga sekolah dan ibu bapa khususnya dapat menerima dan bekerja sama demi kejayaan anak dan sekolah. Beliau memberi perumpamaan sekolah adalah merupakan tapak semaian, manakala anak-anak semaiannya adalah para pelajar sekolah. Para guru dan ibu bapalah yang bertanggungjawab sebagai baja dan air untuk menjadikan semaian membesar dan subur. 4.3. Seterusnya ibu bapa diminta perihatin akan beberapa program yang akan dijalankan nanti serta mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa dan penjaga.

Makluman

5.0

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 35. 5.1. En. Mat Khaili Bin Hj. Muhamad Nor (Setiausaha PIBG) membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke- 35 tahun 2010 dari mukasurat 7 hingga 12. 5.2. En. Halim Bin Nizam mencadangkan minit ini disahkan dan telah disokong oleh En. Murad Bin Hj. Mat Isa. Pembentangan Laporan Aktiviti, Kehadiran AJK PIBG dan Sumbangan Tahun 2010 6.1. En. Mat Khaili Bin Hj. Muhamad Nor (Setiausaha PIBG) membentangkan Laporan Aktiviti dan sumbangan PIBG bagi Tahun 2010 seperti di mukasurat 14 Buku Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36. 6.2.Cik Hafizah Bt. Ahmad Termizi telah mencadangkan supaya laporan ini disahkan dan disokong sebulat suara. Pembentangan Laporan Kewangan PIBG 2010. 7.1. Cik Haryati Bt. Zabidin (Bendahari PIBG) telah membentangkan laporan kewangan PIBG 2010 seperti di muka surat 15 dan 16 Buku Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36. 7.2. Cik Hafizah mencadangkan laporan ini diterima dan disahkan. Sokongan sebulat suara. Perbahasan Usul/Cadangan Ibu Bapa dan Guru 8.1. Pengerusi memberitahu kali ini tidak ada usul. Bagaimanapun beliau mengharapkan akan ada pertanyaan dan cadangan daripada ibu bapa atau guru supaya ianya dapat dibincangkan bersama. 8.2. En. Abtar Bin Ismail (AJK PIBG) merakamkan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada guru-guru atas kejayaan pencapaian SPM 2010. Beliau bersyukur atas

Makluman

6.0

Makluman

7.0

Makluman

8.0

Pihak Sekolah

kejayaan yang di capai oleh sekolah dan salah seorang daripadanya adalah anak beliau sendiri yang telah mendapat 7A 2B. 8.3. Pn. Mastura Bt. Ahmad Serbawi (AJK IbuBapa) mencadangkan supaya bahagian pagar di tepi dewan di tukar baru jenis berbatu agar ianya nampak lebih cantik seiring dengan kemudahan dewan yang baru. 8.3.1. Pengerusi menjelaskan pagar yang ada sekarang telah di naik taraf berdasarkan lebihan daripada urusan pembangunan dewan yang sedia ada. Untuk menambah keseluruhan bahagian depan pagar ianya memerlukan kewangan yang besar dan ini tidak memungkinkan buat masa sekarang. Walaubagaimanapun ianya akan diusahakan. 8.4. Cik Hafizah Bt. Ahmad Termizi (guru) mencadangkan: 8.4.1. Diwujudkan bilik khas (bilik sakit) bagi pelajar atau guru yang menghadapi masalah kesihatan sebelum mendapatkan rawatan di klinik/hospital. 8.4.2. Beliau juga mencadangkan supaya tandas bagi kegunaan guru di tambah, kerana masa sekarang ianya tidak mencukupi dan kedudukannya sangat jauh. 8.4.2.1. Pengerusi menyerahkan kedua-dua perkara tersebut kepada pihak sekolah bagi membincang dan seterusnya mengambil tindakan. 8.5. En. Halim Bin Nizam mempersoalkan satu kes mengenai prosedur tindakan guru disiplin yang membuat pemeriksaan spotcheck terhadap pelajar secara terpilih di hadapan pintu pagar sekolah ketika waktu pulang. Ini boleh mendatangkan pandangan yang tidak menyeronokan ketika ibu bapa sedang mengambil anak mereka selain melewatkan pelajar keluar. 8.5.1. Jawapan daripada pihak sekolah menjelaskan, prosedur tersebut adalah perkara biasa jika berlaku sesuatu kes yang melibat tindakan disiplin. Pada hari kejadian tersebut telah berlaku kejadian kecurian cat yang melibatkan beberapa orang murid yang nakal. Sebagai langkah disiplin tindakan sebegitu berhasil menemui semula barangan tersebut. Ucapan Penangguhan 1.1. Pengerusi PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak 1.2. sepanjang menjalankan tugas sebagai YDP PIBG sekolah ini. Mesyuarat ditangguhkan 1.3. pada jam 5.30 ptg.

Sekolah

Sekolah

Disediakan Oleh,

.................................................................... ( EN MAT KHAILI BIN HJ. MUHD NOR ) Setiausaha PIBG SMK Sultan Tajul Ariffin Manong

Disahkan Oleh,

..................................................................................... ( TN. HJ. MOKHTAR LOTFY BIN HJ. ABD RAHMAN) Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Tajul Ariffin Manong

Anda mungkin juga menyukai