Anda di halaman 1dari 1

Definisi khusus komunikasi berdasarkan Kamus Dewan (1993) ialah perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan), mengadakan

perhubungan (berbincang, bertukar-tukar fikiran) atau menyampaikan maklumat. Komunikasi merupakan satu proses memahami dan berkongsi makna (McLean, 2003:4). Komunikasi boleh dikategorikan kepada dua, iaitu komunikasi lisan (verbal) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal). Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seorang individu kepada individu yang lain, manakala komunikasi bukan lisan adalah penyampaian mesej melalui gerak isyarat atau bahasa badan. Tanpa komunikasi yang berkesan, objektif dan matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak mungkin dapat dicapai dengan sepenuhnya. Komunikasi bukan lisan yang terlibat dalam proses pengajaran guru ditunjukkan melalui gerak isyarat tangan, gerak kepala, mimik muka, senyuman dan sebagainya. Guru, misalnya akan mengangguk kepala tanda bersetuju dengan pandangan pelajar dan menggeleng sebagai tanda tidak menerima. Jika guru sedang memarahi pelajarnya, intonasi suara perlu kuat dan dia juga perlu memperlihatkan perlakuan serta reaksi marah seperti menjengkelkan biji mata atau mencekak pinggang.

Komunikasi bukan verbal merujuk kepada komunikasi yang tidak menggunakan suara atau kata-kata. Aspek yang terangkum termasuklah masa, ruang, persekitaran, ikon, parabahasa dan GT. Komunikasi bukan verbal menjadi salah satu peranti penting dalam kehiupan seharian manusia dan haiwan. Dalam bahagian ini pula perbincangan akan lebih menjurus kepada perincian bagaimanakah GT menjadi peranti komunikasi dan bergabung dengan memori dan kognisi. Perhatikan dan baca berulang-ulang ungkapan tajuk tersebut. Sekiranya seseorang tidak memahami makna bagi setiap perkataan berikut: berjumpa melambat berpisah bye-bye Seseorang itu tidak akan mampu melakukan perbuatan tersebut. Tetapi hanya apabila seseorang itu memahami setiap makna perkataan dan juga konteksnya, maka seseorang itu mampu melakukan perbuatan melambai dan bye-bye. Kesemua makna perkataan tersebut bukan hanya dipelajari, tetapi ialah hasil daripada meilhat, mendengar dan memerhati. Setiap masyarakat tidak terkecuali daripada menggunakan bahasa bukan verbal. Bahasa bukan verbal mempunyai banyak jenis dan makna sama seperti dengan bahasa verbal. Selain itu, bahasa bukan verbal mempunyai makna yang berbeza berdasarkan budaya sesuatu masyarakat yang tertentu sama dengan bahasa verbal.