Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS TEMPAT TARIKH : DATARAN SMKSA : 28 FEBRUARI 2011

1 KETIBAAN TETAMU Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat Yang Setia ASP Kamariah bt Jamaluddin, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11, Ibu Pejabat Polis Daerah, Ipoh Perak 2 TETAMU DIPENTAS -Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu Negeri Perak. Hadirin diminta bersedia. 3 Bismillahhirahmanirahim, Assalamualaikum w.m.t dan salam sejahtera kepada i. Yang Setia ASP Kamariah bt Jamaluddin, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11, Ibu Pejabat Polis Daerah, Ipoh Perak ii. Yang Berusaha En. Zokronain bin Abdullah, Pengetua SMK Seri Ampang iii. Yang Dihormati En. Saipul Baharim bin Mohd Hashim, Yang Dipertua PIBG SMK Seri Ampang Barisan penolong kanan, guru-guru kanan, kaunselor, warga pendidik, barisan kepimpinan pelajar dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya jua kita dapat bersama berkumpul pada pagi ini bagi meraikan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang. Pihak Majlis mengalu-alukan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat ASP Kamariah bt Jamaluddin, atas kesudian hadir pada majlis ini.

4 BACAAN DOA

Bagi memulakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon restu limpah perkenan Ilahi agar majlis ini dan kehidupan kita dilimpahi keberkatan. Majlis mempersilakan saudara MOHD SHAHIR BIN ZULAKLI untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ########################%%%%%%%%%%%################ Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara MOHD SHAHIR BIN ZULAKLI atas bacaan doa itu tadi. Para pelajar diminta duduk. 5 Ucapan alu-aluan pengacara Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis Pelantikan badan kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang 2011 merupakan satu acara kemuncak untuk meraikan pelajar-pelajar yang terpilih dan berketrampilan menerajui Badan Kepimpinan Pelajar. Dengan pelantikan ini, barisan kepimpinan pelajar diberi tanggungjawab yang amat besar untuk membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Bagi meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang Berusaha En. Zokronain bin Abdullah, Pengetua SMK Seri Ampang untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan. ################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Pihak Majlis merakamkan ucapan terima kasih Berusaha En. Zokronain bin Abdullah tadi.

atas ucapan Yang

Ada kata yang ingin diucap Ada madah yang ingin diungkap

Ada puisi yang ingin disyair Ada mimpi yang ingin ditafsir Ada cita yang ingin diutara Ada cerita yang ingin dikisah Ada harapan yang ingin didamba Ada pesan yang ingin dititip Ada amanat yang ingin diwasiat majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Setia ASP Kamariah bt Jamaluddin, Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah D11, Ibu Pejabat Polis Daerah, Ipoh Perak untuk menyampaikan ucapan ASPIRASI PEMIMPIN dan seterusnya merasmikan dan menyempurnakan Upacara Perasmian Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ################%%%%%%%%%%%%%%%%%################ Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Setia ASP Kamariah bt Jamaluddin, atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang 2011. Mudah-mudahan segala maklumat, amanat, pesanan dan pengharapan beliau mendapat perhatian daripada semua yang hadir di majlis ini.

PENGUMUMAN PELANTIKAN KETUA DAN EXCO Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman Pelantikan Ketua dan Exco Badan Kepimpinan Pelajar Sekolah. Dijemput Puan Nurhaliza bt Din, guru penasihat Badan Pengawas SMK Seri Ampang untuk mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Badan Pengawas Sekolah. Dipersilakan. ################%%%%%%%%%%%%%%%%%################ Terima kasih Puan Nurhaliza bt Din. Seterusnya dijemput Pn. Asiah bt Moin, guru penasihat Pusat Sumber Sekolah untuk mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Pusat Sumber Sekolah. Dipersilakan. ################%%%%%%%%%%%%%%%%%################

Terima kasih Puan Asiah bt Moin. Seterusnya dijemput Pn Samsiah bt Samsudin, guru penasihat Organisasi Bilik Darjah untuk mengumumkan pelantikan Ketua dan Exco Organisasi Bilik Darjah. Dipersilakan. ################%%%%%%%%%%%%%%%%%################ Terima kasih Pn Samsiah bt Samsudin. ----------------------------------------------ooooo------------------------------------------Seterusnya majlis menjemput sekali lagi, tetamu kehormat YANG SETIA ASP KAMARIAH BT JAMALUDIN, untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada ketua setiap badan kepimpinan dengan diiringi EN. ZOKRANAIN BIN ABDULLAH, Pengetua SMK Seri Ampang. *tunggu sehingga pengetua dan tetamu berada ditempat sepatutnya. Dan ketua telah berada di depan pentas. Penyampaian watikah dimulakan dengan menjemput saudara HANNAN BIN ABD.RAZAK selaku Ketua Umum SMK Seri Ampang untuk menerima Watikah Pelantikan. *tunggu pelajar naik dan turun pentas Seterusnya dijemput saudara CHONG WAI LOON, Pengerusi Badan Pengawas Pusat Sumber sekolah untuk menerima Watikah Pelantikan. *tunggu pelajar naik dan turun pentas Akhir sekali dijemput saudara MOHD HAFIZ BIN MOHD ISA Pengerusi Organisasi Bilik Darjah untuk menerima Watikah Pelantikan. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada YANG SETIA ASP KAMARIAH BT JAMALUDIN kerana telah menyempurnakan upacara penyampaian watikah pelantikan itu tadi.

BACAAN IKRAR kalau intan terpendam bumi

keras intan kalah besi tanda pahlawan tahan diuji layak terpuji berani dikeji kalau intan dibawa berenang ikatkan intan ke sisi pinggang walau pahlawan sakit berjuang bara digenggam menjadi arang begitulah semangat barisan kepimpinan pelajar SMK Seri Ampang Kini tibalah saat kemuncak Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang 2011, majlis dengan ini menjemput saudara HANNAN BIN ABDUL RAZAK selaku Ketua Umum SMK Seri Ampang untuk mengetuai pembacaan Ikrar Badan Kepimpinan Pelajar. Dipersilakan.

Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Sebagai tanda penghargaan atas kesudian YANG SETIA ASP KAMARIAH BT JAMALUDIN hadir bersama-sama meraikan serta merasmikan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar, dipersilakan EN. ZOKRANAIN BIN ABDULLAH, Pengetua SMK Seri Ampang menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada tetamu kehormat kita. ---------------------------------------00000----------------------------------------Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada EN. ZOKRANAIN BIN ABDULLAH.

Majlis diteruskan dengan nyaniyan lagu Sekolah. Para hadirin diminta berdiri. ................lagu sekolah dimainkan................ hadirin dan hadirat sekalian, Kok berkayuh dah sampai ke muara Kok berenang dah sampai ke tepian

Kok berlari dah sampai ke garisan Kok berjalan dah sampai ke penghujung Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Bagi pihak majlis saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan diatas kerjasama semua pihak dalam menjayakan Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar SMK Seri Ampang 2011. sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.