Anda di halaman 1dari 13

GGGR 6253 SEMINAR SAINS SEJAGATAN: TUGASAN 3

BAB 4 : KEMAHIRAN SAINTIFIK Kemahiran proses sains Kemahiran berfikir kreatif & kritis Sikap saintifik & nilai murni

Pensyarah PROF DATUK T.SUBAHAN MOHD MEERAH DR ZANATON HAJI IKSAN

Disediakan Oleh, LEE SHING HUA 2012 ( P 63710)

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN

2 3

KEMAHIRAN PROSES SAINS KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS

4 9

SIKAP DAN NILAI MURNI

11

RUJUKAN

12

1.0

PENGENALAN

Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia ke-5, Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahatir Mohamad, telah mengumumkan satu rangka kerja rancangan pembangunan Malaysia untuk dicapai dalam tempoh masa 30 tahun yang akan datang. Salah satu cabaran yang termaktub dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan progresif agar dapat menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi dan bukan sekadar pengguna teknologi. Bagi mencapai hasrat ini, mutu pendidikan sains negara perlulah dipertingkatkan. Lantaran itu, mata pelajaran sains telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Tahap II iaitu dari Tahun 4 ke Tahun 6 di semua sekolah rendah mulai sesi persekolahan Disember 1994, bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia. Kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses dan manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping pemahaman kepada prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni supaya melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengetahuan sains dan teknologi dalam proses pembangunan dan perindustrian. Penerapan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran mata pelajaran sains boleh dianggap sebagai suatu cabaran kepada guru sains sekolah rendah.Untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sains ini, tenaga pengajar sains telah dilatih samada secara berpusat ataupun secara latihan dalaman di peringkat sekolah untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang menerapkan kemahiran proses sains. Lebih penekanan adalah diberi kepada penguasaan kemahiran proses sains berbanding dengan penguasaan fakta-fakta dan prinsip sains semata-mata. Ini adalah kerana kemahiran proses sains yang dipelajari akan kekal selepas fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai (Wellington, 1989). Kebanyakan orang akan bersetuju yang pemahaman sains mempunyai 2 elemen utama iaitu: pemahaman fakta-fakta tertentu, konsep, hukum dan teori tentang perlakuan dunia
3

(kandungan sains); pemahaman prosedural inkuiri dan penaakulan (proses / kaedah / prosedural sains) yang boleh mengesahkan kandungan sains di atas.

Sejak tahun 1989, kurikulum sains di negara England telah menguji kebolehan pelajar sekolah untuk menjalankan tugas penyiasatan saintifik seperti membuat pengukuran, membandingkan ciri-ciri yang diperhatikan, mencari perhubungan di antara pembolehubahpembolehubah dan lain-lain lagi.

Mengikut Millar dan Driver (1987), walaupun kemahiran proses seperti membuat pengukuran ini penting, tetapi keputusan untuk mengulangi sesuatu pengukuran itu adalah jauh lebih penting daripada tindakan mengambil pengukuran kerana dengan mengulangi pengukuran, pelajar sebenarnya belajar cara menyiasat secara saintifik.

2.0

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Kemahiran proses sains adalah proses-proses kognitif atau cara pelajar berfikir semasa mereka menjalankan penyiasatan (membuat melalui pemikiran). Ianya bukan kemahiran manipulatif berbentuk psikomotor (Gott dan Dugan, 1995).

Menurut Gott dan Duggan lagi, kemahiran proses ini juga berbeza dari kemahiran prosedural sains yang merupakan asas-asas membuat keputusan dalam kaedah saintifik iaitu asas untuk menentukan sama ada sesuatu penyiasatan itu menyokong hasil sains yang dibentuk atau tidak.

Jadual 1 di bawah menunjukkan perbezaan di antara kemahiran proses sains yang disenaraikan dalam kurikulum sains sekolah rendah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993 dan Bahagian Pendidikan Guru, 1995) dengan kemahiran prosedural sains (Gott dan Duggan, 1995).

Kedua-dua jenis kemahiran sains ini iaitu proses sains dan prosedural sains membentuk aspek pemikiran dalam kaedah saintifik yang digunakan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan sains.

Jadual 1. Perbezaan Di antara Kemahiran Proses Dengan Prosedural Sains KEMAHIRAN PROSES SAINS a) a) Kemahiran Proses Sains Asas - memerhati - mengelas - mengukur dan menggunakan nombor - membuat inferens - meramal - berkomunikasi - menggunakan perhubungan ruang dan Masa b) Kemahiran Proses Sains Bersepadu - mentafsir maklumat - mengawal pembolehubah - mendefinisi secara operasi - membuat hipotesis - mengeksperimen b) Ukuran - Skala relatif - Julat dan jeda - Pemilihan alatan - Ulangan - Ketepatan c) Pengurusan Data - Jadual - Jenis graf - Pola - Data pelbagai pembolehubah d) Penilaian Seluruh Tugasan - Kebolehpercayaan - Kesahan KEMAHIRAN PROSEDURAL SAINS a) a) Rekabentuk Eksperimen - Mengenalpasti pembolehubah - Ujian yang adil - Saiz sampel - Jenis pembolehubah

Menurut Millar (1998), penaakulan saintifik bermula bukan dari keputusan sains tetapi dari data. Data itu perlu diinterpretasikan dan dinilai untuk mencapai keputusan tertentu. Dalam projek PACKS (Millar et al. 1994, Millar 1996), didapati banyak kumpulan pelajar yang menjalankan tugas penyiasatan di dalam kelas kurang menyedari yang pengukuran mereka mungkin tidak boleh dipercayai atau jitu. Tidak ramai pelajar yang mengambil tindakan untuk menilai saiz ralat ataupun cuba mengurangkan ralat eksperimen seperti mengulangi eksperimen dan mencari nilai purata ukuran.

Kajian seterusnya oleh Lubben dan Millar (1996) dengan menggunakan soalansoalan diagnostik bertulis telah mengenalpastikan suatu siri peringkat pemahaman pengukuran. Juga didapati pelajar-pelajar sekolah lebih sukar menginterpretasi data yang mempunyai ralat eksperimen daripada data unggul yang tiada ralat terutamanya bila penaakulan tentang sesuatu pembolehubah tidak mempengaruhi keputusan akhir eksperimen (Millar dan Bailey, 1996).

Di Malaysia, kurikulum sains sekolah rendah dan sekolah menengah memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran saintifik yang diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam. Dalam kurikulum ini, kemahiran saintifik yang dimaksudkan terdiri kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.

Hasil dari kurikulum sains yang baru ini, maka inovasi penilaian sains di negara kita hanya melibatkan kemahiran proses dan manipulatif sains sahaja. Kemahiran prosedural tidak dipertimbangkan langsung. Inovasi ini telah dilaksanakan pada tahun 1997 oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (Lembaga Peperiksaan 1997). Untuk sekolah rendah, guru-guru sains tahun 6 diarahkan untuk menilai pelajar-pelajar mereka dari bulan Mac sehingga bulan Julai. Manakala untuk sekolah menengah pula, guru-guru mata pelajaran Fizik, Biologi dan Kimia diperlukan menilai kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan pengamalan nilai murni dan sikap saintifik pelajar-pelajar sainsTingkatan 4 dan 5 dengan berpandukan kriteria-kriteria penilaian yang terkandung di dalam Buku Panduan Penilaian Kerja Amali (PEKA).
6

Dalam kurikulum Sains Sekolah Rendah (KBSR), kemahiran proses sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993) yang dikenalpasti untuk dinilaikan adalah disenaraikan seperti di bawah:

Jadual 2.1:

Jadual Kemahiran Proses Sains Takrifan

Kemahiran Proses Sains -

Penggunaan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan , rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek,

Memerhati -

gambar atau bahan eksperimen. Melihat sesuatu gambar atau bahan eksperimen dan membuat keputusan. Penggunaan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan , rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objek, gambar atau bahan eksperimen.

Mengelas Mengukur dan menggunakan nombor

Mengasingkan beberapa maklumat berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan alat berunit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu. Kebolehan menggunakan nombor adalah penting untuk menguasai kemahiran mengukur. Sebab, andaian ,kemungkinan atau kesimpulan awal tentang sesuatu

Membuat inferens

perkara / kejadian / fenomena yang difikirkan benar daripada pemerhatian

Meramal

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Berkomunikasi

Mengemukakan idea dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf, gambarajah, model, atau jadual.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsir maklumat

Memperihalkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada maklumat yang terkumpul.

Mendefinisi secara Operasi

Memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

Mengawal pembolehubah Membuat hipotesis

Dalam suatu penyiasatan, pembolehubah yang boleh mempengaruhi keputusan eksperimen perlu dikawal. Sesuatu kenyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkata atau peristiwa. Kenyataan ini perlu diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Mengeksperimen

Menguji sesuatu hipotesis yang melibatkan kemahiran kemahiran proses di atas.

Dengan ini, para guru sains perlu mementingkan perkembangan kemahiran proses sains murid-muridnya dan bukan setakat pembelajaran fakta-fakta sains sahaja. Murid-murid perlu mengalami, mempraktik dan menghayati kemahiran proses sains dengan sendirinya kerana kemahiran-kemahiran ini tidak dapat dipelajari melalui bacaan semata-mata.

3.0

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM dan matamata pelajaran lain di bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mempunyai hubungan yang rapat dengan cara dan jenis belajar seseorang. Bagaimanakah seseorang itu belajar dan bertindak adalah ditentukan oleh cara mereka berfikir. Begitu juga dengan cara seseorang menganggap sesuatu realiti, banyak dipengaruhi oleh cara berfikirnya. Ianya adalah selaras dengan kenyataan Sang (2004), iaitu pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Menurut kajian Torrance (1963), telah membuktikan bahawa melalui rangsangan persekitaran membolehkan potensi kreatif berkembang berbanding dengan kanak-kanak terbiar, potensi kreatif kanak-kanak kaku dan beku. Jelas di sini, walaupun potensi kreatif hadir bersamasama dengan kelahiran, perkembangannya bergantung kepada individu dan persekitaran khususnya melalui pengajaran di bilik darjah secara formal dan akan mengubah berfikir biasa yang menjadi rutin kepada yang baru, asli, banyak dan pelbagai. Selaras dengan usaha meningkatkan kemahiran berfikir kreatif (KBK) dalam kalangan pelajar, institusi sekolah dipertanggungjawabkan menyedia peluang untuk berinteraksi, mengaplikasikan pendekatan-pendekatan dalam proses pendidikan seterusnya menentukan keberkesanan pencapaian matlamat pendidikan. Di samping itu, nilai masyarakat terhadap
9

pendidikan, peruntukan sumber dan infrastruktur, kompetensi, sikap pelajar dan guru, keberkesanan pentadbiran dan pengurusan serta kadar aliran maklumat turut menentukan pencapaian matlamat-matlamat tersebut. Menurut Willen (1994), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Dan menurut Dewey (1933), pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif, iaitu memikir secara mendalam dan membuat pertimbangan mengenai sesuatu. Beliau juga melihat pemikiran sebagai perilaku menyelesaikan masalah. Konsep Dewey tentang pemikiran menekankan kemungkinan manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk menyesuaikan diri kepada persekitaan yang sukar. Menurut Mayer pula, pemikiran melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesai masalah. Manakala Taksonomi Bloom (1956), pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental, iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Ennis pula mentakrifkan pemikiran kritis sebagai pemikiran reflektif yang bertumpu kepada individu menganalisis penyataan-penyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah sebelum membuat kesimpulan.

10

4.0

SIKAP DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri para pelajar..Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dan nilai murni seperti berikut: 1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. 2. Jujur dan tepat dalam merekod danmengesahkan data. 3 Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara. 4. Bertangungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar. 5. Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam. 6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat. 7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi 8. Berhemah tinggi dan hormat menghormati. 9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi 10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan 11. Berfikiran kritikal dan analitis. 12. Luwes dan berfikiran terbuka. 13. Baik hati, kasih sayang dan ikram. 14. Bersifat objektif. 15. Sistematik 16. Bekerjasama 17. Adil dan Saksama. 18. Berani Mencuba 19. Berfikir Secara Rasional 20. Yakin dan berdikari. Penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan sama ada secara bersahaja atau secara terancang.

11

RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid. 1999. Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Bahagian Pendidikan Guru. 1995. Mempelajari Kemahiran Proses Sains. Buku Sumber Pengajaran Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Jilid 2. Projek PIER. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Gott, R. and Duggan, S. 1995. Investigative Work in the Science Curriculum. Buckingham: Open University Press. Lembaga Peperiksaan 1997. Sains: Panduan Penilaian Kerja Amali (PEKA). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Millar, R., Lubben, F., Gott, R., & Duggan, S .1994. Investigating in the school science laboratory: Conceptual and procedural knowledge and their influence on performance. Research Paper in Education, 70 (9), 688-97. Millar, R. 1996. Towards a science curriculum for public understanding. School Science Review. vol.77, pp7-18. Millar, R., & Bailey, S. 1996. From logical reasoning to scientific reasoning: students' interpretation of data from science investigations. Science Education Research Paper 6/01. Department of Educational Studies, University of York. Millar, R., & Lubben, F. 1996. Children's ideas about the reliability of experimental data. International Journal of Science Education. Millar, R. & Driver,R. 1997. Beyond Processes, Studies in Science Education. Yorkshire: Studies in Education Limited. Millar, R., & Osborne, J. 1998. Nuffield Seminars: Unpublished Interim Report.

12

Millar, R. 1998. Researching students' understanding of the procedures of scientific enquiry. Unpublished Interim Report. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1993. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Som Hj Nor dan Mohamad Dahalan Mohd Ramli. 1998. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Torrance, E. P. 1963. Creativity. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Wellington, J. (1989). Skill and process in science education: An introduction. Wellington, J. (Ed), Skills and process in science education: A critical analysis.. London: Routledge

13