Anda di halaman 1dari 6

1.

Proses perkembangan pranatal Tempoh kehamilan bagi manusia ialah lebih kurang 266 hari . Tempoh ini boleh dibahagikan kepada 3 penggal dan setiap satu penggal berlangsung selama 3 bulan. Tempoh kehamilan tersebut adalah trimester pertama ( bulan pertama sehingga bulan ketiga ) , trimester kedua ( bulan keempat sehingga bulan keenam ) dan trimester ketiga ( bulan ketujuh sehingga bulan kesembilan ). Selain daripada itu, ahli psikologi juga

membahagikan tempoh kehamilan kepada 3 peringkat perkembangan berdasarkan ciri-ciri perkembangan pranatal . Peringkat yang dimaksudkan adalah tempoh germinal, tempoh embrio atau lembaga, dan tempoh fetus atau janin. i. Tempoh germinal ( minggu pertama sehingga minggu kedua ) Tempoh ini bermula dari tempoh persenyawaan sehingga selesai implantasi ( lekatan di dinding uterus ( rahim ) si ibu. Proses persenyawaan bermula apabila ovum yang dibebaskan melalui proses ovulasi dibawa oleh aliran cecair ke tiub fallopian dan ditembusi oleh sperma dalam tempoh 48 jam . Dalam tempoh 24 hingga 36 selepas tempoh persenyawaan , zaigot mula menjalani proses penyalinan dan penggandaan sel melalui proses mitosis. Pembahagian sel terus berlaku sambil zaigot bergerak menuju uterus dan terapung-apung di uterus selama 3-4 hari sebelum menjalani proses implantasi iaitu melekat atau membenam di dinding uterus. Pada peringkat ini, zaigot terdiri daripada 2 bahagian iaitu blastosista ( lapisan dalam ) dan trofoblas ( lapisan luar ). Pada perkembangan seterusnya blastosista akan tumbuh menjadi fetus ( janin ) manakala trofoblas ( lapisan luar ) akan bertukar menjadi plasenta ( uri ).

ii.

Tempoh embrio ( minggu ketiga sehingga minggu kelapan ) Zaigot kini disebut sebagai embrio dan perkembangannya semakin ketara.

Blastosista terus membahagi dengan cepat kepada 3 lapisan yang berbeza. Lapisan luar (ectoderm ) akan terus membentuk kulit, rambut, kuku, kelenjar minyak, sistem saraf dan deria sensori fetus. Lapisan tengah ( mesoderm ) pula membentuk otot , tulang, tisu-tisu perantara dan sistem penghadaman dan perkumuhan. Lapisan ketiga (endoderm ) berperanan bagi membentuk saluran penghadaman , trakea, bronkea, paru-paru dan organ utama seperti pankreas dan hati. iii. Tempoh fetus ( minggu kesembilan sehingga lahir ) Penghujung minggu kelapan dalam tempoh penghamilan menandakan permulaan bagi tempoh fetus . Ciri- ciri perkembangan pralahir diringkaskan seperti berikut : Bulan 1 ( 4 minggu ) Ciri-ciri perkembangan Jantung sudah terbentuk dan mula berdenyut Bahagian- bahagian utama otak mula terbentuk Mata, telinga, mulut dan hidung terbentuk Muncul bonjolan- bonjolan yang akan menjadi tangan dan kaki Saraf dan tulang belakang mula terbina Merupakan peringkat perkembangan yang pesat dalam jangka hayat manusia Sudah ada rupa wajah manusia Semua organ dalaman sudah terbentuk Otak berkembang dengan pesat dan sudah boleh memberikan arahan dan rencatan otot Jantung sudah terbahagi kepada 4 bahagian Muncul alat jantina luar Mata sudah mempunyai kornea Tulang mula mengeras dan otot terbentuk dengan pesat Lengan , tangan , jari dan kaki terbentuk

2 ( 8 minggu )

3 ( 12 minggu )

4 ( 16 minggu )

5 ( 20 minggu )

6 ( 24 minggu )

7 ( 28 minggu ) 8 ( 32 minggu )

9 ( 38 minggu )

Boleh melaksanakan pelbagai aksi seperti menendang, menggenggam jari kaki dan tangan, memusingkan badan , dan bergerak balas terhadap rangsangan luar Fetus juga boleh menghisap, menelan dan membuang air kecil Jantina sudah boleh dikenal pasti. Cap jari tangan dan kaki sudah terbentuk Denyutan jantung kuat Pergerakan dapat dirasai oleh ibu Kulit nipis dan bersifat lut sinar ; badan diselaputi bulu halus Denyutan jantung boleh didengar jika telinga diletakkan di atas perut ibu Ada rambut, bulu kening dan bulu mata Kuku menjadi keras , kulit menebal, kelenjar peluh mula berfungsi dan fetus tersedu, menangis dan menghisap ibu jari Kelopak mata terpisah Kulit berkedut dan disaluti oleh satu lapisan pelindung ( vernix caseosa) Deria penglihatan dan pendengaran mula berfungsi Lemak badan bertambah Fetus amat aktif ; wujud pernafasan teratur ; jantung dan buah pingang mula berfungsi Mempunyai masa tidur dan berjaga Selesa dalam kedudukan kepala ke bawah ( kedudukan semasa lahir ) Tulang dan kepala lembut dan fleksibel Zat besi mula disimpan di dalam hati Kulit kurang kedut; vernix caseosa tebal ; lanugo hilang. Fetus kurang aktif Memperoleh imBAbi daripada ibunya. Berkedudukan kepala dibawah dan bersedia untuk dilahirkan

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pranatal

Pelbagai faktor yang boleh diambil kira dalam mempengaruhi perkembangan pranatal. Antara faktor yang dikatakan adalah pemakanan, emosi dan teratogen. i. Faktor pemakanan Fetus di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada nutrient yang terdapat di dalam badan ibunya bagi membolehkan mereka terus hidup dan membesar dengan

sempurna di dalam rahim. Ibu mengandung juga harus mengambil asid folik, yang selalunya terdapat pada sayur hijau dan buah-buahan, kalsium serta zat besi yang tinggi semasa proses kehamilan. Makanan-makanan tersebut dipercayai dapat membantu menguatkan gigi bayi. Susu pula merupakan sumber kalsium yang paling baik dan ibu mengandung digalakkan mengambil segelas susu sehari. Selain daripada menguatkan gigi, kalsium dan fosfurus amat penting untuk perkembangan tulang dan fetus. Zat besi pula diperlukan untuk pembinaan sel-sel darah merah fetus. Vitamin dapat mencegah penyakit dan menyempurnakan perkembangan fetus. Penting bagi ibu memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.

ii.

Faktor emosi Jika ibu mengandung mengalami rasa takut yang amat sangat, kerisauan yang

melampau atau pelbagai emosi serta berada dalam perasaan yang tidak seronok, perubahan psikologi yang berlaku mungkin mempengaruhi fetus. Tekanan ibu mengandung mungkin mempengaruhi fetus tersebut secara tidak langsung dan ibu tersebut berkemungkinan terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat seperti mengambil dadah dan kurangnya penjagaan janin sebelum lahir. Emosi ibu mengandung dalam masa kehamilan juga boleh mempengaruhi proses kelahiran. Emosi ibu mengandung yang tidak keruan

berkemungkinan akan menyebabkan kontraksi dan komplikasi semasa proses kelahiran dan boleh menyebabkan kekurangan aliran oksigen ke bayi atau masalah lain selepas kelahiran. iii. Faktor teratogen Teratogen ialah agen persekitaran yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan

dalam perkembangan normal dan boleh terjerumus kepada keadaan yang abnormal atau kematian. Faktor yang berkait rapat dengan teratogen termasuklah dadah dan jangkitan, radiasi dan pencemaran. a. Dadah

Dadah yang dimaksudkan adalah dadah jenis kafein. Dadah jenis ini dijumpai di dalam kopi, teh dan kola dan digunakan oleh kebanyakan ibu-ibu mengandung. Tiada bukti yang menyatakan kafein boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus. Walau bagaimana pun satu kajian telah mendapati mengambil kafein dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan kandungan gugur secara tiba-tiba dan lahirnya bayi yang kurang berat badan. b. Alkohol

Wanita yang mengambil alkohol secara berlebihan semasa sedang hamil berkemungkinan tinggi akan mendapat bayi yang mengalami kecacatan yang serius. Dalam satu kajian mendapati 71% bayi yang lahir daripada ibu yang kerap mengambil alkohol adalah tidak normal .Kebanyakan daripada bayi-bayi ini menderita penyakit fetal alcohol syndrome, penyakit yang merangkumi kepala kecil yang abnormal, otak tidak berkembang, kecacatan mata. Penyakit jantung dan pembentukan muka yang tidak normal. Perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak ini juga terbantut. c. Radiasi

Dos radiasi yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan yang serius kepada perkembangan organisma dan boleh menyebabkan kematian janin serta gugur kandungan secara tiba- tiba atau mengejut. Contoh yang paling mudah untuk dilihat ialah kelahiran bayi-bayi daripada ibu-ibu yang hamil pada letupan bom di Hiroshima semasa perang dunia ke-2

FEM 3101
( Psikologi Perkembangan Kanak-kanak dan Remaja )

Tugasan Amali Video


Nama Pensyarah: Dr.Mariani Mansor Nama Demo: Cik Peck May Yee Kumpulan
2

Nama Ahli Kumpulan


1. 2.

Iskandar Aisar bin Ismail Mohd Nadhir bin Azmi

165235 (BSPMP) 164106 (BSPMP )

Anda mungkin juga menyukai