Anda di halaman 1dari 9

PLOT NOVEL MERENANG GELORA

Plot Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan pengawas sekolah. Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya. Perkembangan i. Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup. ii.Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu pertelagahan antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian. iii.Peristiwa Badri disiram air ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin. iv.Siew Mei menceritakan aktiviti haram Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam aktiviti tersebut. v.Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan perkara tersebut daripada Badri. vi.Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira. vii.Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. viii.Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan. ix.Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil. Klimaks i. Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran. ii. Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua astas kesalahan yang dilakukan. iii. Meng kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman 3 rotan setiap seorang.

iv. Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong tujuannya supaya Meng Kong dibuang dari asrama. v. Peristiwa mengejutkan apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri. Peleraian i. Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya. ii. Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan. iii. Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM. iv. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan menjadi doktor yang akan bekerja di Hospital besar Kuala Lumpur. v. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan dan berjaya membuka resort di terengganu manakala Shahru dan Kumar melanjutkan pelajaran di politeknik mengambil kursus kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka bengkel kereta. vi. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira membuka sebuah butik dengan kelulusan diploma fesyen di UITM yang dimilikinya. vii. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. viii. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka.

Teknik Plot
i. Pemerian Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan. ii. Dialog Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap, usik Badrul lagi. iii. Imbas kembali Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort Jamil. iv. Imbas Muka Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil telefon bimbit dari kotak baharu ayahnya pasti akan mengesyaki sesuatu. v. Saspens Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri. vi. Kejutan Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang jualan telefon bimbit. vii. Monolog dalaman Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

PENGAJARAN DAN NILAI NOVEL MERENANG GELORA


Pengajaran
i. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.

Contoh, Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar.
ii. Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan

Contoh, Badri dapat mengelakkan serangan Shahrul secara spontan dengan menggunakan ilmu silatnya. iii. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan Contoh, Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. iv. Kita mestilah tegas dan adil menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain. Contoh, Cikgu Jailani menyelidiki secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri. v. Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah. Contoh, Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin pelajar. vi. Kita hendaklah berbincang secara rasional supaya tidak dipengaruhi emosi. Contoh, Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah percaya dengan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang mencuri telefon bimbit dari kedainya. vii. Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan. Contoh, Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah. viii. Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terusmenerus mengalami kesusahan. Contoh, Shahru tidak sedar dan insaf sekalipun terlibat dalam kemalangan dan dikenakan hukuman rotan di sekolah oleh pengetua.

NILAI i. Nilai Kasih Sayang


Badri tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun tahu Nadira tidak akan mempercayai. Hal ini demikian kerana Badri sayang akan masa depan Nadira.

ii. Nilai Ketabahan


Badri tetap dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi dengan tabah

iii. Nilai Kegigihan


Badri gigih berusaha sehingga memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM

iv. Nilai bertanggungjawab


Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan pagi anak-anaknya

v. Nilai Prihatin
En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial.

vi. Nilai Sayang akan seni bangsa


Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.

vii. Nilai keberanian


Badri tetap ingin berjumpa seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya.

viii. Nilai Persahabatan


Walaupun Badri,Jamil,Shahrul,Meng Kong,Siew Mei telah ada kehidupan masingmasing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masing-masing

PERSOALAN

i. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak yang terlibat dalam gejala sosial. a. Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah displin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor. ii. Kasih sayang ibu. bapa terhadap anak-anak Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisplin dan berjaya dalam peperiksaan. iii. Hasad dengki dalam persahabatan. Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong dibuang dari asrama iv. Tanggungjawab terhadap tugas . Contoh: Badri sebagai pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes displin walaupun melibakan kawannya Jamil. v. Semangat kerjasama dalam menyelesainya masalah. Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam perjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya. vi. Sikap gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan. Contoh: Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. vii. Buruk sangka dalam kalangan pelajar. Contoh: Shahrul,Kumar,Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri di dalam tandas sekolah. viii. Gejala lumba haram dalam kalangan pelajar. Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam pelumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh polis. ix. Berdiri untuk mendapatkan pengalaman. Contoh:Badri dan Taufik bekerja sambilandi resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM. x. Perpaduan kaum. Contoh:Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

GAYA BAHASA NOVEL MERENANG GELORA


Gaya Bahasa
i. Personifikasi Ombak memukul pantai (m/s 258) ii. Peribahasa Macam pinang dibelah dua(m/s 258) Biar pecah di perut jangan pecah di mulut (m/s62) iii. Pengulangan kata Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau. (m/s 257) iv. Kata ganda

mandi-manda (m/s 246) v. Simpulan bahasa Buah mulut (m/s 44) vi. Sinkof Kau (m/s 235) vii. Simile Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar(m/s 233) viii. Hiperbola Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri (m/s 123) ix. Bahasa Asing(bahasa Inggeris) Romeo rupa-rupanya (m/s65)

SINOPSIS Novel ini memaparkan kisah seorang pelajar bernama Badri yang baru dilantik menjadi pengawas.Perasaan teruja menjadi pengawas wujud dalam dirinya. Di sekolah dia mempunyai rakan baik bernama Jamil yang berbeza dari segi prinsip hidupnya. Kehadiran pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi pertelagahan pendapat antara Badri dan Jamil mengenai perempuan tetapi berakhir dengan pedamaian. Peristiwa Badri terserempak dengan Meng Kong dan rakannya di tandas menyebabkan Badri disiram air semasa di tandas oleh pelajar yang tidak dikenali. Badri pulang awal dari sekolah untuk menukar pakaian dan meminta keizinan ibunya untuk ke perpustakaan seterusnya ke rumah Pak alang untuk belajar silat. Apa yang berlaku tidak melemahkan semangatnya malah berusaha menjejaki pelajar tersebut dan akhirnya pelajar tersebut dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin iaitu Cikgu Jalani . Semasa pulang dari sekolah Badri mendapati nota kecil di poket seluarnya. Nota tersebut daripada Siew Mei yang ingin menceritakan aktiviti haram Meng Kong serta penglibatan Jamil . Badri kecewa kerana Jamil merahsiakan darinya dan hubungannya semakin renggang. Kakak Nadira menegur pakaian yang dipakainya tetapi Nadira memarahi kakaknya pula. Badri bertemu Nadira di perpustakaan untuk menceritakan tentang Sharul tetapi tidak dipercayai oleh Nadira. Tatakala Nadira bersama dengan Shahrul dan rakan-rakan rempitnya,pihak polis menyerbu kumpulan tersebut dan menahan Nadira dalam ketakutan ditinggalkan Shahrul, selepas disoal siasat Nadira dihantar pulang dan dia dimarahi pula oleh ibu dan kakaknya. Nadira menyesali perbuatannya dan ingin berbaik pula dengan Badri. Hubungan baik antara Badri dan Nadira dicemburui oleh Shahrul malah menyimpan dendam kepada Badri. Jamil menceritakan segalanya kepada Badri setelah dia dituduh mencuri telefon oleh Meng Kong. Badri menasihati Jamil supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti tersebut kerana beliau adalah anak harapan keluarga .Selain itu Jamil sepatutnya membantu Meng Kong dan rakan-rakannya supaya tidak terus bergelumang dengan aktiviti tersebut. Badri terdengar perbualan Shahrul dan rakan-rakan mengenai jualan telefon semasa berjoging di tepi tasik. Namun Shahrul ternampak kelibat Badri lalu menyerangnya tetapi dapat ditangkis oleh Badri. Dendam Shahrul kepada Badri semakin memuncak dan sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam terhadap Badri. Melalui CCTV ayah Meng Kong dapat mengesan perbuatan anaknya sendiri mencuri telefon bimbit dan beliau menyesal menuduh Idham dan Jamil. Ayah Meng Kong berjumpa pengetua untuk mengenal pasti telefon bimbit yang dirampas pihak sekolah dan memohon Meng Kong ditempatkan di asrama. Ketiga-tiga pelajar telah menerima hukuman rotan oleh pihak sekolah.

Meng Kong telah berubah menjadi baik, manakala Shahrul dan Kumar berusaha supaya Meng Kong dibuang sekolah dengan memasukkan rokok di dalam beg Meng Kong namun perbuatan Kumar telah dapat dihidu oleh Badri dan akhirnya Kumar menyesal atas perbuatannya.Hubungan antara Badri dan Siew Mei semakin akrab dan ini menyebabkan fikiran Nadira terganggu. Badri pernah ternampak Jamil berbual dengan bernama pemuda Amran dan tiga rakannya yang mati ditembak oleh polis kerana mengedar dadah. Hal ini membimbangkan Badri kemungkinan Jamil juga terlibat. Kematian Amran menyebabkan Shahrul ketakutan kerana rahsianya akan dibongkar oleh Badri. Dia merancang melanggar Badrul dengan motor,malangnya dia yang cedera parah kerana terhumban ke longkang. Dia bernasib baik kerana Badrul serta kawan-kawannya pula segera menghantarnya ke hospital Tingkah laku Shahrul masih tidak berubah dan tidak disenangi oleh rakan-rakannya.Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak mempeduli langsung tentang dirinya. Perbuatannya menyorok telefon di dalam beg Badri akhirnya diketahui oleh Cikgu Jailani. Oleh sebab ketakutan Shahrul hilang fokus seterusnya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Setelah tamat peperiksaan SPM Siew Mei ke Jepun kerana menziarah kakaknya . Kesempatan yang ada memberi peluang Siew Mei mempelajari bahasa Jepun . Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudaranya di Terengganu. Apabila keputusan SPM diumumkan Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik menperoleh 7A Badri menjadi doktor perubatan di Hospital Besar Kuala Lumpur manakala Siew Mei menjadi doktor gigi. Jamil menjadi pemilik resort di Terengganu setelah menamatkan pengajian dalam bidang hotel dan pelancongan. Sharul dan Kumar mengambil bidang otomotif di politeknik dan mereka berkongsi membuka bengkel kereta di Kuala Lumpur setelah tamat pengajian, Meng Kong meneruskan perniagaan ayahnya yang semakin berkembang manakala Nadira berkelulusan bidang fesyen berkahwin dengan Shahrul dan membuka butik . Jamil berharap hubungan Badri dan Siew Mei berakhir dengan perkahwinan.Bagi Badri pula dia berasa puas kerana kawan-kawannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan yang lalu dan berharap berjaya pula merenang gelora kehidupan mendatang sehingga akhir hayat.