Anda di halaman 1dari 27

OLAHRAGA

1.0: PENGENALAN LONTAR PELURU Sebagai acara sukan dalam sukan olahraga, yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita.

Diperingkat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan menangah, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa kesemasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontaran. Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan. Lontaran peluru memerlukan atlit yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah syarat yang utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlit. Pelontar peluru harus mengenal pasti latihan yang bersistematik dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Cara melontar peluru mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peserta tidak boleh melontar dengan sesuka hati tampa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan. Atlit hendaklah menolak atau melontar peluru dari atas bahu diantara leher dengan dagu. Pelontar peluru akan membuat lontaran daripada bulatan khas yang bebas dari sebarang gangguan. Teknik lontaran memainkan peranan penting dan utama dalam menentukan pencapaian atau prestasi peserta. Jika seseorang itu dapat menggunakan teknik yang betul dan tepat, sudah tentu mendapat prestasi yang menggalakkan. Tampa teknik lontaran yang betul, seseorang peserta tidak akan mencapai jarak yang diharapkan, walaupun mempunyai saiz badan yang besar.

OLAHRAGA
1.1: SEJARAH LONTAR PELURU Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga. Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry OBrien. Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. . Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah

mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam

OLAHRAGA
pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negaranegara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.

OLAHRAGA
2.0: PERALATAN Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatan tertentu dan didalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, atlit serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan samaada kepada atlit sendiri, ataupun peserta lain. Peralatan yang diperlukan didalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit lelaki atau wanita ataupun peringkat kelas bagi peserta sekolah menengah dan rendah. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulat. ( Jadual berat peluru ) Remaja Lelaki Berat rekod Berat dibenarkan untuk untuk pengesahan 7.260 kg Wanita 4.00 kg lelaki Remaja Wanita -

kejohanan (Minimum) (Maksimum) Diameter (Minimum) (Maksimum) 110 mm 130 mm 95 mm 110 mm 93 mm 98 mm 88 mm 90 mm 7.265 kg 7.285 kg 4.005 kg 4.025 kg 4.000 kg 5.000 kg 3.250 kg 4.00 kg

OLAHRAGA
3.0:UKURAN DAN SEKTOR LONTAR PELURU. 3.1: UKURAN GELANGGANG Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

RAJAH 1.1: UKURAN DAN SEKTOR LONTAR PELURU

OLAHRAGA
3.2: SEKTOR LONTAR PELURU. Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru

menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. Ukuran garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih. Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran.

OLAHRAGA
Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran. Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan. Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentiknya mestilah bulat dan licin.

OLAHRAGA
4.0: AKTIVITI SENAMAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN BERANSUR MAJU. 4.1: AKTIVITI SENAMAN 4.2: LATIHAN KEMAHIRAN BERANSUR MAJU. 1. Cara rnernegang peluru dengan menggunakan bola lisut tampa memperkenalkan peluru dahulu. 2. Memperkenalkan peluru. 3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus. 4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku. 5. Geongsoran dengan menggunakan peluru. 6. Gelongsor dengan menggunakan peluru kekedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki Power Position (tapak kki bersudut) 7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas. 8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power Position (chin-knee-toe) dagu, lutut dan ibu jani, lakukan pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran. 9 Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power

position dan putaran pinggang. 10. Dan kedudukan dinan buat gelongsoran dalam bulatan lontaran. 11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menhala ke arah lontaran. 12. Dalani bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran).

OLAHRAGA
13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw. 14. Membuat lontaran sisi. 15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran. 16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan

OLAHRAGA
5.0: CARA DAN TEKNIK MELONTAR PELURU 5.1: CARA MEMEGANG PELURU. Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna. 1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali. 2. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong. 3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan. 4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh Kini

dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.

OLAHRAGA
5.2: TEKNIK MELONTAR PELURU. 5.2.1: Teknik Lontaran Berdiri Statik Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini. Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik. 1. Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah. Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan. 3. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar. 4. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran. 5. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru. 6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.

OLAHRAGA
5.2.2: Teknik Lontaran Sisi Peserta juga boleh membuat lontaran menggunakan teknik sisi badan, sama ada dari sisi kanan atau sisi kiri. Untuk melaksanakan teknik ini, peserta perlu berdini secara megereng, dengan mana-mana sisi badannya menghadap Persediaan Membuat Lontaran Sisi 1. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan. 2. Peserta berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya. 3. Peserta hendaklah meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan. 4. Peserta meluruskan kaki kirinya dan dengan demikian sudah bersedia untuk melakukan lontaran. 5. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya. 6. Peserta mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya

OLAHRAGA
5.2.3: Teknik Membelakangi Kawasan Lontaran Dari semasa ke semasa menerusi latihan yang dilakukan dan penyertaan peserta dlam pelbagai kejohanan, bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam sesuatu teknik lontaran, tetapi menambahkan teknik atau kaedah lontaran baru, yang mungkin lebih baik atau berkesan daripada teknik sebelumnya. Peningkatan mungkin dicapai menerusi pelbagai teknik lontaran, sebagai peserta, seseorang itu diharapkan dapat menggunakan sebaik boleh teknik lontaran untuk acara. Teknik Lontaran Membelakangi Kawasan Lontaran Teknik lontaran secara membelakangi kawasan Iontaran atau kawasan pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju, dan biasanya dilakukan oleh peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak menggalakkan peserta baru menggunakan teknik lontaran mi kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya. Juga akan menjadi suatu kelebihan jika peserta dapat memepelajari dan menggunakan teknik ini khususnya dalam pertandingan. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam

menggunakan teknik lontaran cara ini. 1. Peserta bersedia dengan memegang peluru dalam bulatan lontaran. 2. Peserta memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil membongkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kin ke belakang. 3. Peserta mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. 4. Peserta menurunkan kakinya berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan dan keseimbangan. 5. Peserta memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. 6. Peserta menolak peluru keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal.

OLAHRAGA
7. Peserta mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat. 8. peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi bahagian belakangnya untuk membolehkan pegawal mengukur jarak yang dicapai. 5.2.4: Teknik Obrien Satu lagi teknik lontaran peluru yang dicipta pada tahun 1950-an oleh seorang pelontar peluru terkenal ketika itu, Perry OBrien. Teknik pemindahan kaki atau lebih dikenali sebagai teknik OBrien. Sejak diperkenalkan, teknik ini terus menjadi pilihan dan kegemaran kebanyakkan peserta bertaraf dunia. Ini disebabkan menerusi teknik ini jarak yang dicapai adalah lebih jauh berbanding dengan jarak menerusi teknik lontaran yang lain. Teknik ini juga digunakan oleh kebanyakan peserta di negara kita khususnya dalam kejohanan kebangsaan. Mereka yang menggunakan teknik lontaran ini terdiri daripada mereka yang sudah

berpengalaman, yang mempunyai kemahiran tinggi dalam acara ini. Bagaimanapun, sebagai pelontar peluru, seseorang itu harus didedahkan dengan teknik ini bagi meningkatkan prestasinya. Berikut adalah peringkat atau cara melakukan lontaran menggunakan teknik OBrien. 1. Peserta bersedia di dalam bulatan lontaran dengan memegang peluru mengikut keselesaan sendiri. 2. Peserta berdiri dengan membelakangi kawasan pendaratan peluru, dengan kaki kanan hampir rnenyentuh garisan belakang bulatan. 3. Peserta membongkokkan badan ke belakang sambil mengangkatkan kaki kiri

serta merapatkannya dengan kaki kanan. 4. Peserta harus memulakanl langkah pada kaki kanan, diikuti dengan bengkokkan lutut kaki kanan dan dihayunkan tangan kiri ke luar.

OLAHRAGA
5. Peserta memusingkan bahu dan pinggangnya serta diikuti dengan perlakuan menolak dengan melepaskan peluru sekuat yang boleh. 6. Peserta hendaklah melakukan lajakan hayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan yang tidak memegang peluru. 7. Peserta berusaha mengimbangi badannya sambil memerhatikan peluru mendarat di kawasan pendaratan.

OLAHRAGA
6.0: GAYA LONTAR PELURU 6.1: GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3 Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling.Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan.Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang relax .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang relax tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan. 6.1.1: LUNSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3). Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan seperti berikut 1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur. 2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan. 3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan. 4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling.

OLAHRAGA
6.1.2: MEMBALING Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk parabola yang cukup berkesan. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan. 6.1.3: SELEPAS MEMBALING Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan.Pergerakan ini yang sebenarnya ialah

membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.

OLAHRAGA
6.2.0: GAYA OBRIEN( GAYA MEMBELAKANG) Gaya OBrien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap satu gaya yang terkemuka dan saintifik.Sebagaimana yang telah diterangkan awalawal tadi,gaya ini mendapat namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri OBrien.Gaya ini juga dikenali sebagai Gaya membelakang sebab perdirian persediannya adalah dalam keadaan membelakang ke arah tempat membaling. 6.2.1:PERDIRIAN PERSEDIAAN Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah

belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling.Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi badannya.Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk leher. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya. Kepalanya tegak memandang ke depan.

6.2.2:LUNSURAN

1. Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang. 2. Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling. 3. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi. 4. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melunsur ke belakang tetapi mereka melompat ke depan.

OLAHRAGA
6.2.3: KILASAN MEMBALING 1. Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran. 2. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang. 6.2.4: BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.

OLAHRAGA
7.0:PERATURAN LONTAR PELURU 1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian. 2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap

peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan. tetapi pesenta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja. [Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan] 3. Di tempat pertandingan, setiap peserta, jika boleh, diberi dua percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim. 4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alatalat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan, dengan atau menggunakan bulatan dalam sekotor untuk latihan, dengan atau tanpa a1ata-a1at akan meninggalakan kesan. 5. Lontaran hendaklah dibuat dan dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan. 6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras garisan bahu.

OLAHRAGA
7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan, dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta bila rnernbuat lontaran, akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka. (b) Sarung tangan tidak boleh digunakan. (c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan

menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja. (d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta

dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu. (e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau kesutnya. i. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang anggotan badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan. 9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturanperaturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru. [Nota: Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perengganinmi adalah termasuk dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142 para 4]. 10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaktah jatuh di datam kawasan di antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar. 11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung

OLAHRAGA
bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan. 12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah.

Ia mestitah tinggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luanya. (Lihat para 17) 13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa batik ketempat

pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling. 14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta,

termasuk lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira. 15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan, dan sebarang

pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian. 16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. 17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita.

OLAHRAGA
Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

OLAHRAGA
8.0: KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU 1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang

biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya. 2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan

melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan 3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran. 4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa

gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan. 5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah over pulled atau Thnder pulled. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang terlebih dan Under pulled pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.

OLAHRAGA
6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan

pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang. 7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450 Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450 Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.

OLAHRAGA
9.0:LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting Iangkah-langkah ini diperhatikan: 1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan. 2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta. 3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila

memunggut peluru juga dilakukan serentak. 4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan

membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru. 5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka. 6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang

berjarak 5 meter antara satu sama lain. 7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran. 8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu kumpulan 9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam. 10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGAS.

OLAHRAGA

Anda mungkin juga menyukai