Anda di halaman 1dari 6

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

Laporan projek bertajuk Cadangan Merekabentuk Makmal sama Guna ini telah dikemukakan, disemak serta disahkan sebagai memenuhi syarat dan keperluan Penulisan Projek seperti yang telah ditetapkan.

Disemak Oleh :

Nama Penyelia Tandatangan Penyelia Tarikh

: : :

PUAN NOR HAZIAN BINTI OSMAN

Disemak Oleh :

Nama Penyelaras Tandatangan Penyelaras Tarikh

: : :

PERAKUAN PELAJAR Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap satunya telah kami jelaskan sumbernya

1. Nama Pelajar No. Pendaftaran Tandatangan Tarikh

: : : :

NORSHAEERA BINTI AZAHAR 15DKA09F1051

2. Nama Pelajar No. Pendaftaran Tandatangan Tarikh

: : : :

NURUL NABILA ATIRA BINTI NAJRI 15DKA09F1058

3. Nama Pelajar No. Pendaftaran Tandatangan Tarikh

: : : :

NAJWA BINTI ABDUL AZIZ 15DKA09F1120

ii

DEDIKASI

Kurikululum Projek Akhir ini merupakan suatu aspek yang amat bernilai dalam memperoleh kehendak Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai syarat bagi penganugerahan segulung diploma. Selain itu, para pelajar berpeluang untuk meningkatkan kreativiti dan berfikiran kreatif dan kritis untuk menyempurnakan projek ini. Sehubungan dengan itu, pelajar juga berpeluang untuk mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam mencipta sesuatu produk yang berinovatif.

Laporan Lengkap Projek Akhir ini adalah merupakan hasil kerja yang menyeluruh dalam mereka bentuk Makmal Guna Sama. Setiap ahli kumpulan mengambil setiap sudut aspek member idea, rekabentuk, bahan yang digunakan, dan penyelesaian projek. Dalam masamerekabentuk, para pelajar didedahkan dengan konsep kepimpinan, pengurusan dan cara bekerja dengan betul. Ini adalah disebabkan penghasilan projek akhir ini dikehendaki siap mengikut jadual takwim yang telah ditentukan.

Ucapan terima kasih ini didedikasikan kepada semua masyarakat yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung semasa proses pembinaan projek. Kerjasama yang diberikan amat bernilai bagi menjayakan projek ini. Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada para pensyarah dan rakan seperjuangan kerana mencetuskan ideaidea baru bagi menangani setiap permasalahan. Sekian, wassalam.

iii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya, kami dapat menyempurnakan Laporan Lengkap Projek Akhir yang bertajuk Cadangan Merekebentuk Makmal Guna Sama mengikut kriteri-kriteria yang dikehendaki dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pertama sekali, ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Ketua Jabatan Mekanikal, Ketua Penyelaras Projek dan Penyelia Projek iaitu Puan Hazizn Binti Osman. Atas sokongan beliau juga, kami dapat manyempurnakan hasil projek akhir ini. Melalui kurikulum projek akhir ini juga, berbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat ditimba bagi mengasah kemahiran am. Selain itu, kredit untuk rakan seperjuangan juga kerana membantu serba sedikit bagi manjayakan projek ini. Tanpa kerjasama mereka mungkin penghasilan laporan dan projek akhir ini tidak lengkap.

Sebelum mengakhiri ucapan penghargaan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu menjayakan penghasilan projek ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang telah banyak memberi dorongan dan memberi kata-kata semangat untuk memajukan diri dan terus berjaya dalam bidang yang telah diceburi. Sekian, ucapan diakhiri dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualikum warahmatullahiwabarakatuh.

iv

ABSTAK

Bermula disember 2011 pengambilan pelajar bagi kursus kejuruteraan awam telah meningkat dari tahun yang sebelumnya. Hal ini telah mendatangkan masalah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di jabatan kejuruteraan awam. Kemudahan infrastruktur yang terdapat di jabatan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang terlalu ramai. Disebabkan masalah ini,pelajar terpaksa meneruskan sesi pembelajaran mereka di bengkel bagi menampung masalah kekurangan bilik kuliah di jabatan. Keadaan persekitaran bengkel yang berhabuk, sedikit sebanyak telah mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran. Penghasilan sesuatu projek memerlukan beberapa kaedah bagi memudahkan pelaksanaan projek mengikut objektif yang telah dirancang. Objektif yang pertama ialah mengenalpasti masalah kekurangan kelas di Jabatan Kejuruteraan Awam. Kaedah yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data. Pengumpulan data dibuat dengan cara menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini merupakan salah satu cara yang memudahkan kita untuk mendapatkan data yang diperlukan. Perancangan untuk merangka isi kandungan borang soal selidik perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan data yang dikumpul dapat dianalisa dan dapat disimpulkan. Isi kandungan borang soal selidik dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu latar belakang, keselesaan, keselamatan dan kesihatan dan cadangan responden. Borang soal selidik yang dirangka akan diedarkan kepada 50 orang pelajar dan 30 orang pensyarah. Objektif yang terakhir dalam proses perlaksanaan projek ialah merekabentuk pelan struktur bagi kelas yang akan dibina di dalam bengkel/makmal. Selain itu, kami turut menyediakan pelan autocadd untuk menerangkan secara anggaran keluasan ruang kelas yang akan dibina. Kami juga akan membuat pemilihan bahan-bahan yang berkualiti serta harga yang berpatutan mengikut keperluan yang dikehendaki. Dengan adanya cadangan merekabentuk Makmal Guna Sama ini diharapkan ia dapat direalisasikan bagi menangani masalah yang berlaku.

ABSTACT

Starting in December 2011 intake of students of civil engineering courses has increased from previous years. This has become a problem for the teaching and learning at the department of civil engineering. Infrastructure facilities available in the

department can not accommodate the number of students is too many.Because of this problem, students had to continue their learning at the workshop sessions to meet the shortage of classrooms in the department. Environmental conditions that dusty

workshop, to some extent interfere with teaching and learning process. Production of a project requires a number of ways to facilitatethe implementation of projects in accordance with the planned objectives. The first objective was to determine the shortage of class in the Department of Civil Engineering. Method used is the method of data collection. The data was collected using questionnaires. This questionnaire is one way that makes it possible to obtain the necessary data. Planning to develop the content of the questionnaire should be carefully done to ensure that data collected will be analyzed and it can be concluded. The contents of the questionnaire is divided into several parts, background, comfort, safety and health and the respondent. Structured

questionnaires will be distributed to 50 students and 30 lecturers. The final objective of the project implementation process is to design a structure planfor the class to be built in the workshop / laboratory. In addition, we also provide autocadd plan to describe in approximate size of classrooms will be built. We will also make the selection of materials of quality and reasonable price in accordance with the requirements. With the proposed design "Makmal Guna Sama" is hoped it can be realized to address the problem.

vi